Nikolai Rimsky-Korsakov

Nikolai Andreyevich Rimsky-Korsakov (Bahasa Russia: Николай Андреевич Римский-Корсаков, Nikolaj Andreevič Rimskij-Korsakov, lahir 6 atau 18 Mac 6 1844 – 8 atau 21 Jun 1908) merupakan seorang penggubah Russia antara lima yang tersohor "The Five" atau juga dikenali sebagai The Mighty Handful dan juga seorang guru muzik dalam bidang teknik muzik barat harmoni dan orkestra.

Portrat Nikolai Rimsky-Korsakov dilukis oleh Valentin Serov pada 1898

Beliau terkenal terutamanya dalam minat beliau berkenaan cerita-cerita rakyat dan pari-pari (fairy tale); dan juga berdasarkan kemahiran luar biasa beliau dalam gubahan orkestranya, yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh "minat" beliau.

Biografi sunting

Dilahirkan di Tikhvin, 200 km di timur Sankt Peterburg dari kalangan keluarga bangsawan, Rimsky-Korsakov mula menunjukkan bakat nyanyian beliau daripada satu usia yang muda. Namun beliau kemudiannya dihantar belajar di Russian Imperial Naval College di St. Petersburg dan kemudiannya menganggotai tentera laut Russia. Beliau mula memberi tumpuan secara penuh kepada muzik pada tahun 1861 apabila beliau bertemu dengan Mily Balakirev.

Balakirev memberikan Rimsky-Korsakov dorongan dan tunjuk ajar semasa Rimsky-Korsakov tidak bertugas. (Episod fiksyen perkhidmatan Rimsky-Korsakov di dalam tentera laut membentuk plot untuk wayang gambar Song of Scheherezade (1947), yang mana skor muziknya diadaptasi oleh Miklós Rózsa.) Melalui Balakirev, Rimsky-Korsakov bertemu dengan penggubah-penggubah lain yang kemudiannya dikenali sebagai "The Mighty Handful" (lebih dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai "The Five").

Semasa bertugas di dalam tentera laut (sebahagiannya disiapkan dalam waktu pelayaran), beliau menggubah simfoni pertamanya pada sekitar tahun 1861-1865. Simfoni tersebut dianggap ramai sebagai gubahan pertama direka oleh seorang berbangsa Russia, walaupun penggubah Anton Rubinstein sebenarnya menggubah simfoni petama beliau pada tahun 1850. Sebelum meletakkan jawatannya di dalam tentara laut pada tahun 1873, beliau telah menyiapkan satu bahagian orkestra yang terkenal, Sadko pada tahun 1867 dan juga sebuah opera yang diberi nama The Maid of Pskov (1872). Karya-karya ini adalah tiga di kalangan beberapa kerja awal yang kemudiannya disemak semula oleh beliau.

Senarai karya sunting

Opera sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Di Wikipedia Bahasa Inggeris (Untuk pemahaman lanjut mengenai rencana ini)