Nineteen Eighty-Four

Nineteen Eighty-Four (kekadang ditulis 1984) ialah novel distopia yang ditulis oleh George Orwell pada 1948 tentang sebuah masyarakat kolektivisme yang berpemerintahan oligarki. Kehidupan di provinsi Airstrip One, Oseania merupakan suatu dunia yang memperlihat perang berterusan, pengawasan kerajaan yang merebak, serta kawalan minda rakyat yang kekal. Kepentingan rakyat sentiasa diketepikan atas alasan kepentingan negara dan falsafah itulah yang sentiasa membolehkan Parti memanipulasi dan mengawal manusia. Di Kementerian Kebenaran, protagonis Winston Smith ialah pegawai kerajaan. Dia bertanggungjawab untuk menyebarkan propaganda Parti menerusi pengubahan rekod sejarah bagi membayangkan bahawa Parti adalah serba tahu dan sentiasa betul. Bagaimanapun, kehidupan diri yang susah payah mengecewakannya sehingga dia menentang Big Brother dan akhirnya ditangkap, diseksa, lalu dipulihkan.

Nineteen Eighty-Four
Kulit buku edisi pertama British
Umum
PengarangGeorge Orwell
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
GenreDistopia, fiksyen politik, fiksyen sains sosial
Penerbitan
PenerbitSecker and Warburg (London)
Tarikh penerbitan
8 Jun 1949
Jenis media
Cetak (kulit tebal & kulit nipis) & e-buku, audio-CD
Halaman326 m.s. (edisi kulit nipis)
Kawalan kewibawaan
OCLC52187275
823/.912 22
LCCPR6029.R8 N647 2003

Sebagai fiksyen politik kesusasteraan, Nineteen Eighty-Four telah dianggap sebagai sebuah novel klasik yang tergolong dalam subgenre fiksyen sains sosial. Sejak penerbitannya pada 1949, banyak istilah dan konsepnya seperti Big Brother, doublethink (dwifikiran), thoughtcrime (jenayah fikiran), Newspeak (Tuturan Baharu), dan Memory hole (Lohong ingatan) telah diserap ke dalam bahasa vernakular masa kini. Pada 1998, Modern Library menempatkan Nineteen Eighty-Four sebagai novel ke-13 terbaik dalam senarainya, 100 Novel Bahasa Inggeris Yang Terbaik Pada Abad Ke-20.

Senarai terjemahan sunting

Versi bahasa Malaysia
  • 1984. Diterjemahkan oleh Aida Harun Ramli. Kuala Lumpur: Biblio Press. 2022.