Yoshihiko Noda

Perdana Menteri ke-95 Jepun
(Dilencongkan dari Noda Yoshihiko)

Yoshihiko Noda (Bahasa Jepun: 野田 佳彦, Noda Yoshihiko, lahir 20 Mei 1957) adalah ahli politik Jepun dari Parti Demokratik Jepun (DPJ), ahli Dewan Perwakilan (dewan rendah) dan Diet (dewan perundangan kebangsaan). Beliau menjadi Perdana Menteri Jepun selepas dipilih oleh parti pemerintah DPJ selepas peletakan jawatan Naoto Kan.

Yoshihiko Noda
野田 佳彦
Perdana Menteri
Dalam jawatan
2 September 2011 – 26 Disember 2012
RajaAkihito
TimbalanKatsuya Okada
Didahului olehNaoto Kan
Digantikan olehShinzo Abe
Menteri Kewangan
Memegang jawatan
8 Jun 2010
Perdana MenteriNaoto Kan
Didahului olehNaoto Kan
Digantikan olehJun Azumi
Butiran peribadi
Lahir (1957-05-20) 20 Mei 1957 (umur 66)
Funabashi, Jepun
Parti politikParti Demokratik (1998–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Baru Jepun (1992–1994)
Alma materUniversiti Waseda
Institut Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita
Laman web rasmiTapak sesawang rasmi

Kehidupan awal sunting

Noda dilahirkan di Funabashi, Chiba. Beliau mahir seni bela diri Jepun. Beliau siswazah Universiti Waseda dan Institut Pengurusan Matsushita.

Kerjaya politik sunting

Beliau dipilih mewakili Chiba untuk kali pertama pada 1987.

Pada tahun 1993, beliau dipilih ke Diet (kebangsaan) buat kali pertama mewakili Chiba. Beliau kemudiannya menyertai DPJ dan berkhidmat sebagai ketua hal ehwal Diet serta ketua pejabat perhubungan awam pihak. Noda bertindak sebagai menteri kewangan apabila DPJ memenangi kawalan Diet pada bulan September 2009.

Menteri Kewangan sunting

Pada bulan Jun 2010 noda telah dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, yang juga Menteri Kewangan sebelum ini. Noda dikenali sebagai seorang reformis dan telah membawa kumpulan DPJ, dan Ketua Setiausaha Ichiro Ozawa.

Noda mendakwa bahawa Jepun mendapat manfaat besar daripada Amerika Syarikat, tetapi beliau menegaskan bahawa Jepun bebas pada 2002.

Pada Oktober 2005, Noda mengkritik Perdana Menteri Junichiro Koizumi yang menganggapnya sebagai sebagai penjenayah perang. Pada 15 Ogos 2011, semasa sambutan ulang tahun ke-66 pengeboman Hiroshima dan titik Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, beliau berkata beliau bukanlah penjenayah perang.

Perdana Menteri Jepun sunting

Selepas peletakan jawatan Naoto Kan pada Ogos 2011, noda menjadi calon terbaik menjadi pengganti Perdana Menteri Jepun ke-6 dalam tempoh lima tahun. Naoto Kan dikritik kerana pengendalian selepas gempa bumi dan tsunami 9.0 magnitud pada 11 Mac 2011 serta krisis loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi. Tiga dari enam reaktor itu masih bocor radiasi.Tsunami itu membunuh 15,700 nyawa dan 5,000 yang lain. Penduduk Jepun mengkritik kerana usaha pemulihan terlalu perlahan. 80,000 penduduk dipindahkan tetapi selepas enam bulan, belum ada tanda-tanda boleh pulang ke rumah dan mendapat pekerjaan .Naoto Kan mahu reaktor nuklear yang dihentikan untuk dipulihkan semula. Sebaliknya Noda mahu Jepun bebas dari tenaga nuklear.

Dalam pilihan raya itu beliau berjaya menewaskan 4 calon lain termasuk Menteri Perdagangan dan Industri, Banri Kaieda dalam pusingan kedua pemilihan.Beliau memperoleh 215 undi berbanding 177 undi Kaieda.Calon termuda dan pilihan ramai, bekas Menteri Luar Seiji Maehara telah kalah lebih awal. Ichiro Ozawa pula digantung keahlian parti kerana skandal pembiayaan politik.

Noda disahkan sebagai Perdana Menteri pada hari Selasa, 30 Ogos 2011. Cabaran Noda ialah peningkatan semula mata wang yen yang mengancam eksport, membentuk polisi bekalan tenaga baru dan pada masa sama menyelesaikan krisis nuklear ekoran bencana tsunami dan gempa bumi. Yen melonjak ke paras tertinggi sejak pasca perang berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kebimbangan ekonomi global.Pada Ogos 2011, dolar AS meningkat kepada 78.45 yen berbanding 76.99 sebelum ini.

Rujukan sunting