Seorang nomark (Mesir Kuno: heri-tep a'a ) ialah gabenor wilayah Mesir Kuno; sebuah negara yang terbahagi kepada 42 buah wilayah, disebut nomos (Mesir: sepat). Nomark ialah pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk sebuah nomos.[1]

Etimologi sunting

Nomos berasal daripada perkataan Yunani nomos (νομός), yang bermaksud wilayah atau daerah. Nomark berasal daripada perkataan Yunani nomarchēs (νομάρχης): νομός (nomos) + άρχης (penguasa).

Sejarah Mesir sunting

Pembahagian kerajaan Mesir kepada nomos boleh didokumenkan sejak pemerintahan Djoser pada Dinasti ke-3 pada awal Kerajaan Lama, kk. 2670 SM, dan mungkin lebih lama sejak kerajaan pradinasti di lembah Nil. Senarai topografi terawal menyenaraikan nomos Mesir Hulu dan Hilir bertarikh sejak zaman pemerintahan Nyuserre Ini, ketika pertengahan Dinasti ke-5, iaitu ketika para nomark tidak lagi tinggal di ibu kota diraja tetapi tinggal di nomosnya.[2]

Kuasa golongan nomark kekal penting semasa kebangkitan semula diraja semasa Dinasti Kesebelas, yang pada asalnya keluarga nomark Thebes. Kuasa mereka berkurangan semasa Dinasti Kedua Belas, memberi jalan untuk kemuncak kekuasaan diraja semasa Kerajaan Pertengahan.

Penggunaan semula istilah itu sunting

Gelaran nomarch terus digunakan walaupun ke dalam zaman Romawi.

Gelaran ini juga digunakan di Yunani moden untuk ketua-ketua wilayah di Yunani, yang juga bergelar nomos (pl. Νομοί, nomoi, νομαρχία, nomarchia juga digunakan untuk merujuk kepada kawasan di dalam wilayah nomos).[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Grimal, Nicolas (1992). A History of Ancient Egypt. Blackwell Books. m/s. 142, 400.
  2. ^ Altenmüller, Hartwig (2001). "Old Kingdom: Fifth Dynasty". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 2. Oxford University Press. m/s. 597. ISBN 978-0-19-510234-5.
  3. ^ Jones, James Barry; Keating, Michael (1995). The European Union and Its Regions. m/s. 253. ISBN 0-19-827999-X – melalui Google Books.

Pautan luar sunting