Noor Effandi Ahmad

Datuk Noor Effandi Ahmad adalah bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi[1] yang telah dilantik pada tahun 2018 dan dilantik semula pada tahun 2020 hingga tahun 2021. Beliau juga merupakan bekas ADUN Telok Mas (2018-2021) setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[2] lalu. Namun demikian, pada Pilihan raya negeri Melaka 2021, beliau tidak bertanding di mana-mana kerusi.

Yang Berbahagia Datuk

Noor Effandi Ahmad

DMSM (Melaka)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Telok Mas
Dalam jawatan
2018–2021
Didahului oleh Datuk Latiff Thamby Chik
Digantikan oleh Abdul Razak Abdul Rahman
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Dalam jawatan
2018–2021
Butiran peribadi
Parti politik BERSATU (2016-2021) (2024-Kini)
Parti Amanah Negara (2022-2024)
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional (2020-2021) (2024-Kini)
Pakatan Harapan (2017-2020) (2022-2024)

Politik sunting

Beliau adalah muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Telok Mas, Melaka. Beliau telah menang dalam pertandingan 3 penjuru menentang Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Rosazli Md. Yasin (PAS) pada PRU 14 lalu.[3]

Beliau telah bersama-sama dengan ADUN Sungai Udang, Idris Haron, Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dan Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali pada 4 September 2021 berikutan campur tangan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Ab Rauf Yusoh dalam pentadbiran Sulaiman.[4]

Serentak dengan itu, beliau telah dipecat secara automatik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana menyokong pembangkang. Ia telah disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen.[5]

Anugerah sunting

  •   Melaka
    •   Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk[6]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting