Nor Shamsiah Mohd Yunus

Gabenor Bank Negara Malaysia ke-9

Tan Sri Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus [1] merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia mulai 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2023. [2] yang menggantikan Tan Sri Muhammad bin Ibrahim. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Kemudian, beliau menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pasaran Kewangan dan Modal.[3]

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk

Nor Shamsiah Mohd Yunus

PSM; PMW (WP)
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-9
Dalam jawatan
1 Julai 2018 – 30 Jun 2023
Didahului olehMuhammad bin Ibrahim
Digantikan olehDatuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour
Butiran peribadi
LahirNor Shamsiah binti Mohd Yunus
1964 (umur 59–60)
Persekutuan Malaysia
KerakyatanMalaysia
Alma materUniversiti South Australia (1983-1985)

Beliau adalah wanita kedua yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pendidikan sunting

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dari University of South Australia dan merupakan seorang akauntan bertauliah (CPA).

Kerjaya sunting

Bank Negara Malaysia sunting

Beliau telah mula bertugas di Bank Negara Malaysia sejak 1987 lalu. Pada 1999, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengawalan Bank hingga 2004. Pada 1 Disember 2004, beliau telah telah dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia. Pernah bertugas sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2010-2013 dan 2013-2016. Beliau akhirnya telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia bermula dari 1 Julai 2018 lalu.[4]

Tugasan di Bank Negara Malaysia sunting

Beliau telah menjalankan tugas dalam bidang pembangunan kewangan, pengurusan strategik sumber manusia, transformasi pembangunan organisasi, pembentukan pengawalan berhemat, dasar dan peraturan pengawalan bank, pengurusan krisis dan insurans.

Pengalaman kerjaya lain sunting

  • Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
  • Pengarah Urusan, Danamodal Nasional Berhad
  • Ahli Panel Pelaburan KWSP
  • Ahli Lembaga Pelaburan Tabung Haji

Sumbangan sunting

Beliau terlibat secara langsung dalam penyelesaian Krisis Kewangan Asia 1998 lalu. Memainkan peranan yang penting juga dalam pembentukan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan Pelan Hala Tuju Sektor Kewangan (2011-2020).[5]

Lihat juga sunting

Gabenor Bank Negara Malaysia

Rujukan sunting