Norhizam Hassan Baktee

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Datuk Norhizam bin Hassan Baktee (lahir 23 Mei 1966)[3] ialah seorang Ahli Politik Malaysia dari Melaka. Beliau merupakan bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani[4] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan bekas ADUN Pengkalan Batu sebelum tewas pilihanraya negeri Melaka tahun 2021.[5]

Yang Berhormat Datuk

Norhizam Hassan Baktee

DMSM (Melaka)
EXCO Pertanian, Penternakan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Dalam jawatan
13 Mac 2020 – 5 September 2021
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Pengkalan Batu
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 5 September 2021
Gabenor
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehKalsom Noordin
Majoriti2,756 (2018)
EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan,
Koperasi dan Industri Asas Tani
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 24 Februari 2020
Timbalan Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik
Melaka
Dalam jawatan
2015 – 10 Mac 2020
Didahului olehLim Jak Wong
Digantikan olehJawatan kosong
Butiran peribadi
LahirNorhizam bin Hassan Baktee
(1966-05-23) 23 Mei 1966 (umur 57)
Melaka, Malaysia
Parti politik UMNO (2006)
DAP
(2006–2020)
(2020–kini)
PasanganDatin Norlishah Ibrahim[1][2]
Anak-anak2

Kerjaya politik sunting

Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di cawangan Pantai Peringgit namun meninggalkan parti tersebut pada tahun 2006 sebelum menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana mengikuti jejak bapanya serta pandangan beliau bahawa parti tersebut "tidak lagi boleh dipercayai" dan "tidak telus".[6]

Beliau menjadi ADUN Pengkalan Batu setelah memenanginya ketika pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) pada 10 Mei 2018.[7] Beliau telah mengangkat sumpah sebagai EXCO Kerajaan Negeri Melaka selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri pada 16 Mei tahun yang sama.[8][9]

Pada 10 Mac 2020, beliau telah dipecat daripada DAP setelah memberi sokongan kepada gabungan politik baharu di Melaka.[10] Pemecatan ini susulan kenyataan olehnya bahawa beliau hanyalah "barua" (tali barut) dalam parti berkenaan.[11] Kenyataan tersebut dibidas oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mendakwa bahawa kenyataan itu "hanya alasan untuk menghalalkan tindakan beliau" manakala Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berpendapat bahawa kenyataan itu adalah demi mendapatkan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN).[12] Biarpun demikian, Norhizam mendakwa beliau tidak menerima apa-apa surat rasmi mengenai pemecatan beliau daripada parti berkenaan.[13]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telah berkahwin dengan Datin Norlishah Ibrahim[1] serta mempunyai dua orang anak.[14]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Nur Saliawati Salberi (16 November 2019). "Bazar Peduli Rakyat tawar harga lebih rendah". BH Online. Gambar oleh Khairunisah Lokman. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019. Norhizam dan isteri, Datin Norlishah Ibrahim...
  2. ^ "Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Pengkalan Batu" (PDF). Melaka Kini. Ayer Keroh: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 3 Julai 2018). 2 Julai 2018. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019. ...Norhizam Hassan dan isteri, Norlishah Ibrahim.
  3. ^ "N15 Pengkalan Batu". calon.ubah.my (dalam bahasa Inggeris). 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  4. ^ Adly umum portfolio Exco Melaka Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  5. ^ "Calon PKR bagi DUN Pengkalan Batu, Melaka menang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-24. Dicapai pada 2019-12-02.
  6. ^ Tong, Geraldine (25 Jun 2018). "Dari Umno ke DAP, kemenangan tebus kekalahan bapa". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  7. ^ Fairuz Zaidan (10 Mei 2018). "BN Melaka tumbang disebalik formula '24451'". BH Online. Foto oleh Rasul Azli Samad. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  8. ^ "Angkat Sumpah EXCO Kerajaan Negeri Melaka" (PDF). Buletin SUK. 2018. m/s. 8. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  9. ^ "Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka Sempena Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bil. 5/2018" (PDF). Buletin SUK. 2018. m/s. 9. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  10. ^ "DAP pecat Norhizam Hassan Baktee". Astro Awani. 10 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 11 Mac 2020.
  11. ^ Fareez Azman (2 Mac 2020). ""Saya jadi barua selama 22 bulan" - ADUN Pengkalan Batu". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  12. ^ Ekhwan Haque Fazlul Haque (3 Mac 2020). "'Jadi barua' hanya alasan Norhizam - Adly". MyMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  13. ^ "Norhizam: I've yet to receive official letter sacking me from DAP" [Norhizam — Saya masih belum menerima surat rasmi berkenaan pemecatan saya daripada parti DAP]. The Star (dalam bahasa Inggeris). 10 Mac 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  14. ^ "Exco Melaka rimas dihujani mesej lucah wanita misteri". mSTAR Online. 14 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019. Bapa kepada dua cahaya mata...
  15. ^ "Muhyiddin dahului senarai 566 penerima darjah, bintang dan pingat Melaka". Bernama. 11 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-07. Dicapai pada 2 Disember 2019.
  16. ^ Bernama (11 Oktober 2019). "Muhyiddin dahului senarai 566 penerima darjah". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.

Pautan luar sunting