Nostalgia boleh difahamkan sebagai suatu rasa kerinduan, sebak atau keinginan mengenai pengalaman manis yang dirasai suatu masa dahulu atau di suatu tempat yang pernah dijejaki.[1][2] Perasaan ini sering dikaitkan dengan kecenderungan kepada peristiwa yang berlaku dan orang yang wujud pada zaman dahulu, terutamanya mengenai "zaman kanak-kanak yang indah";[3] perkara ini dapat dihubungkan kepada rasa yang berat sebelah kepada ingatan tertentu.[4]

Rasa nostalgia ini boleh dicetuskan melalui rangsangan deria bau dan sentuhan yang diproseskan dalam amigdala iaitu kawasan emosi otak manusia. Muzik[5] dan cuaca[6] juga dapat mencetuskan rasa ini dengan sama kuatnya.

Latar belakang sunting

Perkataan nostalgia berakar daripada bahasa Yunani gabungan νόστος (nóstos), bermaksud "kepulangan", dan ἄλγος (álgos), iaitu "kesakitan". Istilah ini mula dicetus oleh Johannes Hofer (1669–1752) pada 1688 dalam disertasi Basel beliau yang mengaitkannya idea ini dengan perasaan rindu yang sering dialami askar upahan dari Switzerland terhadap pedalaman bergunung-ganang mereka ketika berkhidmat di kawasan Perancis dan Itali yang lebih rendah. Gejala yang dihidapi dikatakan termasuk pitam, demam panas, rasa tidak mudah hadam, sakit perut serta maut.[7]

Antara tahun 1850-an dan 1870-an, nostalgia ini lama-kelamaan tidak dipandang langsung sebagai suatu penyakit tetapi lebih kepada suatu gejala, yakni lebih kepada suatu jenis melankolia yang boleh membawa kepada perkara yang lebih gawat seperti membunuh diri; dan pemikiran ini hampir lenyap selepas itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Boym, Svetlana (2002). The Future of Nostalgia. Basic Books. m/s. xiii–xiv. ISBN 0-465-00708-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-08. Dicapai pada 2018-05-28. Cite has empty unknown parameter: |ip= (bantuan)
  2. ^ "'nostalgia' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  3. ^ Sedikides, Constantine; Wildschut, Tim; Arndt, Jamie; Routledge, Clay (October 2008). "Nostalgia: Past, Present, and Future" (PDF). Current Directions in Psychological Science. 17 (5): 304–307. doi:10.1111/j.1467-8721.2008.00595.x.
  4. ^ Morewedge, Carey K. (1 Oktober 2013). "It Was a Most Unusual Time: How Memory Bias Engenders Nostalgic Preferences". Journal of Behavioral Decision Making (dalam bahasa Inggeris). 26 (4): 319–326. doi:10.1002/bdm.1767. ISSN 1099-0771.
  5. ^ https://www.psychologytoday.com/blog/mental-mishaps/201105/music-evoked-nostalgia
  6. ^ "Study: Nostalgia Makes Us Warm, and Cold Makes Us Nostalgic". 4 Disember 2012. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ John Tierney (8 Julai 2013). "What Is Nostalgia Good For? Quite a Bit, Research Shows". The New York Times. Dicapai pada 9 Julai 2013.