Nostradamus, (14 Disember 1503 – 2 Julai 1566) lahir sebagai Michel de Nostredame, merupakan pengarang ramalan yang paling terkenal di dunia. Beliau dikenali dengan hasil karya ciptaannya iaitu Les Propheties, yang mengandungi satu rangkap empat baris tidak berima dan 941 yang berima, yang dikumpulkan menjadi sembilan set 100 buah dan satu set 42 buah yang dipanggil 'Centuries'.

Potret Nostredame

Biografi sunting

Zaman Kanak-kanak sunting

 
Rumah yang didakwa tempat kelahiran (sebelum diubahsuai)

Nostradamus dilahirkan di Saint-Rémy-de-Provence (lihat peta Diarkibkan 2006-04-25 di Wayback Machine) di selatan Perancis pada Disember 1503, yang mana tempat itu masih wujud hingga kini. Michel de Nostredame merupakan seorang dari lapan anak pasangan Reynière de St-Rémy dan saudagar makanan Jaume de Nostredame, yang juga peguambicara yang kaya. Asal keluarga itu adalah keturunan Yahudi tetapi bapa Jaume, Guy Gassonet, telah memeluk Katolik pada 1455, dengan mengambil nama Kristian 'Pierre' dan nama keluarga 'Nostredame'.

Dalam hal ini, nampaknya Guy Gassonet mengikuti beribu-ribu orang Yahudi yang lain kerana meningkatnya penzaliman pegawai Perancis terhadap kaum Yahudi yang mana ramai dari mereka adalah keturunan pelarian dari Sepanyol yang dikenali sebagai Marranos. Nama keluarga Nostredame yang diketahui telah mempengaruhi hal yang sama. Ketika ramai orang mengamalkan agama nenek moyang mereka, tiada siapa yang tahu ia turut berlaku kepada keluarga Nostredame, atau ia masih diamalkan dua generasi kemudian. Walau bagaimanapun, ketika dewasa, dia lebih cenderung kelihatan sebagai penganut Katolik.

Adik beradiknya yang dikenali termasuklah Delphine, Jehan (1507-77), Pierre, Hector, Louis (1522), Bertrand, Jean dan Antoine (1523).

Tahun-tahun Pembelajaran sunting

Tidak banyak yang diketahui tentang zaman kanak-kanak Nostredame walaupun terdapat amalan lazim yang menunjukkan bahawa beliau dididik oleh moyangnya, Jean de St-Rémy – yang mana tetapi malangnya apabila dia meninggal ketika Nostredame masih berusia setahun. Diketahui juga ketika berumur lima belas tahun, Nostredame memasuki Universiti Avignon untuk mendapat sarjana. Lebih setahun kemudian, (apabila beliau telahpun mempelajari Trivium tatabahasa, percakapan, dan logik, berbanding sukatan kemudian iaitu Quadrivium geometri, aritmetik, muzik dan astronomi/astrologi) beliau dipaksa meninggalkan Avignon apabila universiti ditutup akibat penularan Wabak Hitam. Pada 1529, selepas beberapa tahun menjadi penjual ubatan, beliau memasuki Montpellier untuk mempelajari bidang perubatan. Dia disingkirkan sekali lagi apabila diketahui yang dia telah menjadi seorang penjual ubat-ubatan yang mana satu perniagaan yang dilarang oleh undang-undang universiti.

Dokumen penyingkirannya (BIU Montpellier, Register S 2 folio 87) masih wujud di perpustakaan fakulti tersebut. Selepas penyingkitannya, Nostredame kembali bekerja , kemungkinan sebagai penjual ubat-ubatan (walaupun sebahagian penerbit memanggilnya 'Doktor'), dan menjadi terkenal kerana penciptaan "pil ros" yang dipercayai mampu melindungi dari wabak.

Perkahwinan dan Kerja Penyembuhan sunting

Pada 1531 dia dijemput oleh Jules-César Scaliger, seorang sarjana Renaissance, untuk datang ke Agen.Di sana, Nostredame mengahwini seorang perempuan yang namanya masih menjadi pedebatan (kemungkinan Henriette d'Encausse), yang melahirkannya dua cahaya mata. Pada 1534, isteri dan anak-anaknya meninggal yang barangkali disebabkan Wabak itu. Selepas kematian mereka, beliau kembali mengembara, merentasi Perancis dan kemungkinan Itali.

Kembalinya beliau pada 1545, beliau mengambil perawat terkenal Louis Serre sebagai pembantu untuk menentang wabak yang merebak di Marseille, dan kemudian atas usaha sendiri bersambung ke Salon-de-Provence dan ibu kota Aix-en-Provence. Akhirnya, pada 1547, beliau menetap di Salon-de-Provence di sebuah rumah yang masih di sana kini, dan di mana dia mengahwini janda kaya bernama Anne Ponsarde (gelaran Gemelle, atau 'Twinny') dan mempunyai enam anak – tiga perempuan (Madeleine, Anne dan Diane) dan tiga lelaki (César, Charles dan André). Di antara 1556 dan 1567, Nostredame dan isterinya menyumbangkan perkongsian sebanyak satu per tiga belas dalam projek saliran Diarkibkan 2006-02-07 di Wayback Machine yang diuruskan oleh Adam de Craponne untuk mengairi Salon dan Désert de la Crau dari sungai Durance. Sebahagian dari jaringan itu masih ada hingga kini dan dengan bantuan yang banyak itu, stesen hidroelektrik telahpun dibina di Salon.

Penilik sunting

Selepas lawatan ke Itali, Nostredame mula beralih minat dari perubatan kepada suatu yang diluar jangkauan manusia. Mengikut kebiasaan, beliau menulis sebuah almanak Diarkibkan 2006-04-06 di Wayback Machine pada tahun 1550, yang untuk kali pertamanya me'Latin'kan namanya kepada 'Nostradamus'. Beliau sangat teruja dengan kejayaannya lalu memutuskan untuk menulis satu atau lebih lagi setiap tahun. Jika dikumpulkan semuanya, terdapat 6,338 ramalan (kebanyakannnya ramalan yang gagal), dan tidak kurang juga sebelas kalendar tahunan yang bermula dengan 1 Januari (dan tidak seperti yang sepatutnya, kadangkala, Mac). Terdapat banyak tidak balas terhadap almanak beliau yang mana bangsawan dan orang yang terkenal dari jauh kemudiannya mula berminat untuk menanyakan nasihat dan tilikan beliau walaupun lazimnya beliau harapkan mereka untuk menyediakan carta kelahiran yang mana suatu tilikan horoskop boleh dikaitkan.

Apabila beliau memulakan projek beliau untuk menulis buku dengan seribu rangkap Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine yang mana mempunyai karangan ramalan, kebanyakannya tidak bertarikh, yang menyebabkannya terkenal hingga kini. Oleh kerana risau diancam oleh kaum agama, beliau menggunakan kaedah untuk menentukan maknanya dengan "pengVirgilan" kosa kata, permainan kata dan percampuran bahasa seperti bahasa Provençal, Yunani Purba, Latin dan Itali. Oleh sebab teknikal yang berkaitan dengan penerbitannya dalam tiga bahagian, lima puluh lapan rangkap terakhir bagi Century atau buku 100 rangkap, tidak dapat diselamatkan kepada mana-mana edisi.

Karangan tersebut, diterbitkan sebagai buku yang bertajuk Les Propheties ('Ramalan'), telah mendapat pelbagai reaksi apabila diterbitkan. Sesetengahnya mengatakan yang Nostradamus adalah pesuruh Syaitan, palsu atau gila, manakala golongan atasan terfikirkan yang rangkap karangannya adalah ramalan yang melibatkan kerohanian. Catherine de Médicis, permaisuri Raja Henry II Perancis, merupakan salah seorang peminat Nostradamus. Selepas membaca almanac beliau pada 1555, yang mana tersembunyi ancaman tidak bernama ke atas keluarga diraja, baginda permaisuri menjemput beliau ke Paris untuk menerangkannya, dan menilik horoskop bagi anak-anak baginda. Pada ketika itu beliau takut akan dipancung tetapi pada waktu kematiannya pada 1566, Catherine telah pun melantiknya menjadi Kaunselor dan Tukang Rawat Raja.

Sesetengah biografi menyatakan yang kehidupan Nostradamus menunjukkan yang beliau takut dituduh menentang agama oleh Penyoal Siasat tetapi ramalan dan astrologi tidak termasuk dalam kategori tersebut, maka, beliau hanya diancam bahaya jika mengamalkan sihir untuk menyokong ramalannya. Malah, hubungannya dengan pihak gereja sebagai peramal dan penyembuh amat baik. Penahanan jangka pendek beliau di Marignane lewat 1561 hanya disebabkan beliau menerbitkan almanak 1262 tanpa keizinan biskop, yang bertentangan dengan dekri diraja.

Tahun-tahun Terakhir dan Kematian sunting

 
Tempat persemadian Nostradamus di Collégiale St-Laurent, Salon

Menjelang 1566, penyakit gout Nostradamus, yang dihidapinya sejak bertahun yang lalu menyukarkannya untuk bergerak, telah menjadi suatu edema (lendir berkumpul). Lewat Jun, beliau memanggil peguamnya untuk membuat wasiat tambahan berkenaan harta beliau yang ditambah dengan 3444 syiling (sekitar AS$300,000 kini) – ditolak lagi beberapa hutangnya – kepada isterinya sehinggalah dia berkahwin lagi, dan juga kepada anak lelakinya sehingga mereka berumur dua puluh lima tahun dan anak perempuannya sehinggalah mereka berkahwin. Wasiat itu diikuti lagi beberapa ayat tambahan pendek.

Pada malam 1 Julai, dikatakan yang beliau memberitahu setiausahanya Jean de Chavigny, "Kamu takkan mendapati saya hidup lagi menjelang matahari terbit." Pagi keesokaannya, beliau ditemui mati di atas lantai bersebelahan katil dan bangku. Beliau dikebumikan di capel Franciscan tempatan (sebahagiannya kini menjadi restoran La Brocherie), tetapi dipindahkan ketika Revolusi Perancis yang mana beliau dikebumikan di Collégiale St-Laurent Diarkibkan 2008-02-16 di Wayback Machine sehingga kini.

Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting