Novel

cerita dalam bentuk prosa, biasanya pan­jang dan kompleks, yang berkaitan dengan pe­ngalaman manusia dan kelakuan sosial

Novel (Jawi: نوۏل) atau roman (Jawi: رومن‎)[1]:II ialah suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis seseorang penulis (novelis) mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam kisah yang diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan, konflik dan peleraian. Tebal dan panjang novel ini amat diambil kira yang membezakan penulisan bercerita ini dengan cerita pendek; malah panjang sebuah novel masih menjadi hal penentu dipakai kebanyakan anugerah sastera sebagai kriteria penilaian.[n 1]

Novel yang mudah lazim mengisahkan suatu "wira" atau hero yang mudah dikenali. Walter Scott mendefinisikannya sebagai "narasi fiktif dalam bentuk prosa atau sajak. Tujuannya adalah menjadikan peristiwa di dalamnya sebagai peristiwa yang luar biasa dan jarang terjadi", sementara dalam novel "peristiwa-peristiwanya adalah rentetan peristiwa nyata yang biasa terjadi dalam kehidupan manusia dan keadaan masyarakat saat itu".[3]

Peristilahan sunting

Kata "novel" berasal dari bahasa Itali novella bererti "baru", "berita", atau "cerita pendek mengenai sesuatu yang baru", dan kata itu sendiri berasal dari bahasa Latin novella, bentuk jamak dari novellus yang disingkatkan kepada novus, yang turut memberi erti sama.[4]

"Roman" juga merupakan istilah berkait rapat yang difahamkan adalah cerita panjang atau karangan berprosa yang melukiskan perbuatan pelakunya menurut watak dan isi jiwa masing-masing - kata ini datang daripada kecenderungan karya-karya sebegini ditulis dalam bahasa-bahasa Romawi (langues romanes, lingue romanze) berbanding bahasa Latin yang dianggap terhad dalam lingkungan formal[5] di mana karya-karya ini sering mengemukakan tema pengembaraan, kesetiaan dan kehormatan.[6] "Roman" pernah digunakan sepadan dengan medium bernama "novel" dalam konteks bahasa Melayu semasa zaman Poedjangga Baroe.[1]:II[7] sebelum nama "novel" menjadi lebih dominan lewat abad ke-20.

Banyak karya yang digelar roman, termasuk roman-roman sejarah karya Scott,[8] Wuthering Heights karya Emily Brontë[9], dan Moby-Dick karya Herman Melville,[10] sering juga disebut novel. Roman yang disebutkan di sini berbeza dengan roman percintaan cereka popular atau novel roman. Malah, bahasa-bahasa Eropah lainnya tidak membezakan antara roman dan novel: "a novel is le roman, der Roman, il romanzo."[11]

Sejarah sunting

Genji monogatari (Jepun: 源氏物語) karya Murasaki Shikibu dipercayai merupakan karya sastera berbentuk novel pertama yang wujud di dunia tahun 1010.[12][13] Don Quixote (1605) karya Miguel de Cervantes juga diberi perhatian sebagai karya Eropah pertama mengikut bentuk ini.[14]

Penulisan karangan asal berbahasa Melayu pertama yang diamati menepati format novel mula wujud dengan terbitnya Hikayat Panglima Nikosa karya Ahmad Shawal bin Abdul Hamid di Kuching, Sarawak tahun 1876.[15][16] Penceburan gaya penulisan baru ini pada masa sama digiatkan melalui penterjemahan buku L'araignée rouge karya René de Pont-Jest kepada Lawah-Lawah Merah yang terbit di Hindia Belanda tahun 1875.[17] Tjhit Liap Seng (Bintang Toedjoeh) merupakan karya novel bahasa Melayu pertama dikarang dalam kawasan tersebut oleh Lie Kim Hok di Buitenzorg (kini Bogor) tahun 1886.

Karya agung sunting

Masyarakat pembaca digalakkan membaca karya agung atau novel agung yang tersebar di seluruh dunia atau di sesebuah negara.[perlu rujukan]

Karya agung biasanya tentang sebuah cerita lengkap sesuatu zaman atau era. Contohnya percintaan semasa Perang Dunia Kedua. Ia akan diadun dan diselitkan dengan falsafah dan konflik kemanusiaan supaya dapat menyentuh hati nurani pembaca. Cerita sedih dan dapat mengalirkan air mata pembaca lebih menarik dan diingati berbanding cerita kelakar.[perlu rujukan]

Nota sunting

  1. ^ Anugerah Nebula diberikan oleh organisasi The Science Fiction and Fantasy Writers of America misalnya menetapkan kategori novel sekiranya melebihi 40,000 patah kata, novela antara 17,500-39,999 patah kata, novelet antara 7,500-17,499 patah kata dan cerita pendek kurang daripada 7,499 patah kata.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "'roman' - Maklumat Kata". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 22 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "Nebula Rules" (dalam bahasa Inggeris). Science Fiction and Fantasy Writers of America, Inc. Dicapai pada 14 Julai 2016.
  3. ^ "Essay on Romance", Prose Works volume vi, hlm. 129, dikutip dalam "Introduction" to Walter Scott's Quentin Durward, ed. Susan Maning. Oxford: Oxford University Press, 1992, hlm. xxv.
  4. ^ Burgess, Anthony. "Novel". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 02-08-2009. The term novel is a truncation of the Italian word novella (from the plural of Latin novellus, a late variant of novus, meaning "new"), so that what is now, in most languages, a diminutive denotes historically the parent form. The novella was a kind of enlarged anecdote like those to be found in the 14th-century Italian classic Boccaccio's Decameron, each of which exemplifies the etymology well enough. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Schellinger, Paul (8 April 2014). "Novel and Romance: Etymologies". Encyclopedia of the Novel. Routledge. m/s. 942. ISBN 978-1-135-91826-2.
  6. ^ Saul, Nicholas (9 Julai 2009). The Cambridge Companion to German Romanticism. Cambridge University Press. m/s. 1–. ISBN 978-0-521-84891-6.
  7. ^ Sarwadi (2004). Sejarah Sastra Indonesia Modern. Yogyakarta: Gama Media.
  8. ^ "Introduction" to Walter Scott's Quentin Durward, ed. Susan Maning, hlm. xxv-xxvii.
  9. ^ Moers, Ellen (1977). Literary Women: The Great Writers (dalam bahasa bahasa Inggris). Oxford University Press. ISBN 978-0195035827.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ McCrum, Robert (13 Januari 2014). "The 100 best novels: No 17 – Moby-Dick by Herman Melville (1851)". The Guardian (dalam bahasa bahasa Inggeris). Dicapai pada 14-07-2016. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Doody 1997, halaman 15
  12. ^ "The Tale of Genji". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica Inc.
  13. ^ Reischauer, Edwin O. (1980). The Japanese. Cambridge, MA: Belknap Press. m/s. 49. ISBN 0-674-47178-4.
  14. ^ Kuiper, Kathleen, penyunting (1995). Merriam-Webster's Encyclopedia of Literature. Springfield, Mass.: Merriam-Webster.
  15. ^ Syarifah Salha Syed Ahmad (17 Ogos 2021). "Hikayat Panglima Nikosa: Antara Novel Melayu Terawal di Dunia". Jendela. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 12 September 2021.
  16. ^ Silong, Fenny (12 Ogos 2021). "Exhibit early history of Malay literature". New Sarawak Tribune.
  17. ^ "Lawah-Lawah Merah (1875)" (PDF). Wikimedia Commons. 2017.

Bacaan lanjut sunting

  • Ballaster, Ros (1992). Seductive Forms: Women's Amatory Fiction from 1684 to 1740. Oxford: Clarendon Press. ISBN 0-19-811244-0.
  • Doody, Margaret Anne (1997), The True Story of the Novel (dalam bahasa bahasa Inggris), New Brunswick, NJ: Rutgers University Press, ISBN 9780813524535CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Relihan, Constance C. (ed.), Framing Elizabethan fictions: contemporary approaches to early modern narrative prose (Kent, Ohio/ London: Kent State University Press, 1996). ISBN 0-87338-551-9