Nur Fathiah Diaz (lahir pada 20 Oktober 1999) ialah seorang aktris, pelakon suara, artis, dan penyanyi Malaysia. Beliau terkenal kerana membintangi suara watak sebagai Upin & Ipin selama tiga musim. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, beliau digantikan oleh Asyiela Putri. Beliau kini merupakan pengisi suara bagi watak BoBoiBoy dan siri animasi BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy dan filem rancangan tersebut.

Nur Fathiah Diaz
Fathiah semasa mempromosikan BoBoiBoy Movie 2 bersama TGV Cinemas
Kelahiran
Nur Fathiah binti Diaz

(1999-10-20) 20 Oktober 1999 (umur 24)
WarganegaraMalaysia
Nama lainPuan Thiah
Kerakyatan Malaysia
PekerjaanPelakon, pelakon suara, artis, penyanyi, guru bahasa Inggeris
Tahun aktif2005–kini
PasanganImran (2023-kini)
SaudaraMuhammad Fathi Diaz (adik)
KeluargaDiaz Mohd Bahauddin (bapa)
Azlinda Mohd Alias (ibu)

Kerjaya sunting

Fathiah merupakan anak sulung kepada pasangan Diaz Mohd Bahauddin dan Azlinda Mohd Alias. Di samping itu, adiknya, Muhammad Fathi Diaz juga merupakan pelakon suara Ochobot.

Fathiah pertama kali mencuburi bidang alih suara dengan mensuarakan watak Upin & Ipin dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, kemudian beliau mengisi suara bagi siri animasi Upin & Ipin dari musim pertama hingga ketiga sebagai watak yang sama.

Setelah mengundurkan diri buat sementara waktu, Fathiah kembali ke mengisi suara bagi watak BoBoiBoy dalam siri animasi Malaysia BoBoiBoy. Dia juga berlakon sebagai watak BoBoiBoy dalam filem BoBoiBoy: The Movie.[1]

Fathiah sekali lagi memegang perana watak BoBoiBoy dalam BoBoiBoy Galaxy dan BoBoiBoy Movie 2 di mana kedua-dua tersebut bertemakan galaksi semesta cereka Sains.

Selain daripada menjadi seorang pelakon suara, Fathiah juga merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama di Shah Alam, Selangor. Fathiah mengakui bahawa peminat sukar untuk terima hakikat watak BoBoiBoy ialah wanita malahan individu dewasa. Kata beliau kepada Berita Harian,

"Apabila mereka jumpa dan tahu suara watak BoBoiBoy tu kepunyaan saya, kanak-kanak tergamam sebab tidak percaya.

"Mungkin dalam fikiran mereka, makcik manalah yang jadi BoBoiBoy ni (ketawa).

"Bila mereka dengar sahaja suara sama dengan karakter itu, barulah mereka percaya,"[2]

Fathiah kini selamat berkahwin bersama pasangan beliau pada 25 Oktober 2023. Perkahwinan ini viral di TikTok dan disahkan oleh Anas Abdul Aziz[3] dan Tuan Haji Mohd Zainul Ariffin, pengetua SAM Bestari.

Filemografi sunting

Siri Animasi sunting

Filem sunting

Lainnya sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Thiah pemilik suara Boboiboy. harian metro. Dicapai 11 Januari 2019.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (2 Disember 2023). "Fathiah pinjam suara untuk watak BoBoiBoy". Berita Harian. Dicapai pada 2 Disember 2023.
  3. ^ Jaafar, Hazim (25 Oktober 2023). "Pelakon Suara BoBoiBoy Sah Berkahwin, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Mewarnai Zaman Kanak-Kanak". The Vocket. Dicapai pada 2 Disember 2023.

Pautan luar sunting