Oberstleutnant (Sebutan bahasa Jerman: [ˈʔoːbɐstlɔʏtnant]) (terjemahan Leftenan Superior atau Pemangku Pegawai Atasan) ialah pangkat pegawai medan kanan dalam beberapa negara yang bertutur bahasa Jerman dan Skandinavia, setaraf dengan pangkat Leftenan Kolonel.[1] Pada masa ini ia digunakan oleh tentera darat dan tentera udara Austria, Jerman, Switzerland, Denmark, dan Norway. Pangkat överstelöjtnant Sweden ialah terjemahan langsung, begitu juga pangkat everstiluutnantti Finland.

Austria sunting

 
Insignia bagi oberstleutnant Austria

Angkatan Tentera Austria, iaitu Bundesheer, menggunakan pangkat Oberstleutnant sebagai pangkat pegawai keenam tertingginya. Seperti di Jerman dan Switzerland, Oberstleutnant berada di atas Major dan di bawah Oberst. Istilah ini juga digunakan oleh Bundespolizei (pasukan polis) dan Justizwache (pasukan penjara) Austria. Kedua-dua organisasi ini bersifat awam, tetapi pangkat mereka disusun mengikut cara ketenteraan.

Belgium sunting

Denmark sunting

Pangkat oberstløjtnant Denmark adalah berdasarkan istilah Jerman.[2] Ditakrifkan OF-4 dalam NATO dan diberi gred gaji M401,[3] ia digunakan dalam Tentera Darat Diraja Denmark dan Tentera Udara Diraja Denmark.

Jerman sunting

Leftenan Kolonel
Oberstleutnant
       
Pelapik gorjet Tentera Darat (merah)
dan Tentera Udara (kuning)
Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
 
Jerman
Cabang perkhidmatan   Tentera Darat Jerman
  Tentera Udara Jerman
Singkatan OTL
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Diperkenalkan 1956 (moden)
Kod
NATO
OF-4
Pangkat tinggi seterusnya

Oberst

Pangkat rendah seterusnya

Major

Persamaan pangkat Fregattenkapitän

Lazimnya, akhiran boleh digunakan pada perkataan Oberstleutnant untuk menentukan jenis pegawai secara individu. Pegawai bersara yang tidak hilang upaya (iaitu secara teorinya bersedia untuk penugasan semula) terus menggunakan pangkat mereka dengan akhiran a.D. (Jerman)[4] atau aD (Switzerland),[5] iaitu singkatan außer Dienst atau 'out of service'. Akhiran menyatakan pengkhususan militari dalam perkhidmatan aktif termasuk Oberstleutnant i.G. ('im Generalstabsdienst') untuk pegawai staf am atau Oberstleutnant d.R. ('der Reserve') untuk askar simpanan. Akhiran i.R. ('im Ruhestand'), menyatakan persaraan tanpa tentuan undang-undang a.D., adalah tidak rasmi.

Bundeswehr sunting

Angkatan Tentera Jerman Barat dan Jerman bersatu sejak 1955, iaitu Bundeswehr menggunakan pangkat Oberstleutnant dalam Tentera Darat Jerman dan Tentera Darat Jerman. Setara di cabang lain ialah Fregattenkapitän untuk Tentera Laut Jerman, Oberfeldarzt untuk staf perubatan, Flottillenarzt untuk staf perubatan tentera laut, Oberfeldapotheker untuk staf farmasi, Flottillenapotheker untuk staf farmasi tentera laut, dan Oberfeldveterinär untuk staf perubatan veterinar.[6]

Di dalam sistem gred gaji pekerja negara Jerman, Oberstleutnant diletakkan dalam Besoldungsgruppe A dan menerima samada gred gaji A14 atau A15, bergantung pada senioriti seseorang. Oleh itu, Oberstleutnant dibayar gaji yang setara dengan gaji konsul dan wakil kelas pertama dalam jabatan luar negeri (A14) atau pengarah sekolah kerajaan, duta dan konsul besar (A15).[7]

Had umur untuk pangkat pegawai Oberstleutnant ialah 61.[8]

Epaulet Oberstleutnant dalam Tentera Darat dan Tentera Udara ditandakan dengan dua paku (bintang) perak yang disusun secara menegak di atas kalungan daun oak berwarna perak.

Tentera Darat Luftwaffe
Pangkat junior
Major
   

(Pangkat pegawai Jerman)
Oberstleutnant

Pangkat senior
Oberst

Bundesgrenzschutz sunting

Pasukan polis Bundesgrenzschutz menggunakan pangkat Oberstleutnant sehingga 1976, dan digantikan oleh istilah Polizeioberrat dan Polizeidirektor dalam usaha kerajaan untuk membezakan antara polis dan angkatan tentera Jerman Barat.[9]

Wehrmacht dan Waffen-SS sunting

Wehrmacht (1935-1945) Jerman Nazi menggunakan pangkat Oberstleutnant untuk Tentera Darat dan Tentera Udara, sama dengan gaya yang dipakai Bundeswehr. Waffen-SS (1933-1945) menggunakan pangkat Obersturmbannführer sebagai persamaan.[10]

Nationale Volksarmee (NVA) sunting

Tentera Rakyat Nasional (1956-1990) Jerman Timur menggunakan pangkat Oberstleutnant (singkatan OSL) untuk tentera darat dan udaranya, manakala Volksmarine menggunakan istilah Fregattenkapitän.

Norway sunting

Pangkat Oberstløytnant telah diperkenalkan pada masa yang sama dengan Denmark, kerana Norway pada masa itu adalah sebahagian daripada Denmark–Norway.[11]

Sweden sunting

Varian överstelöjtnant Sweden, ialah pangkat pegawai medan kanan dalam Tentera Darat Sweden dan Tentera Udara Sweden, ia berada dibawah pangkat Överste dan di atas major. Ia juga setara dengan pangkat tentera laut Kommendörkapten dalam Tentera Laut Sweden.[12]

Switzerland sunting

Pengawal Swiss sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Petikan
  1. ^ STANAG 2116, m/s. A-2, A-5, C-2, C-5.
  2. ^ Editors 1935, m/s. 3.
  3. ^ Ministry of Defence 2017.
  4. ^ Bundesbeamtengesetz (BBG) §86
  5. ^ Verordnung über die Militärdienstpflicht (VMDP), Artikel 95.
  6. ^ Scheel, Walter; Schmidt, Helmut; Apel, Hans (25 July 1968). "Presidential Order on Rank Designation and Uniform of Soldiers ("Anordnung des Bundespräsidenten über die Dienstgradbezeichnungen und die Uniform der Soldaten"), Bundesgesetzblatt Teil 1 1978 Nr. 40 vom 25.07.1978, p. 1067" (PDF). Bundesanzeiger Verlag (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Sep 2019.
  7. ^ German Federal Ministry of Justice and Consumer Protection (23 May 1975). "Bundesbesoldungsgesetz Anlage I (zu § 20 Absatz 2 Satz 1) Bundesbesoldungsordnungen A und B". Gesetze im Internet (dalam bahasa Jerman).
  8. ^ Gesetz über die Rechtsstellung der Soldaten (Soldatengesetz - SG) §45 Abs. 2 (3)
  9. ^ Gesetz über die Personalstruktur des Bundesgrenzschutzes (BGSPersG), Art. 5
  10. ^ Lucas, James (2001) [1998]. "Anhang I: Gegenüberstellung der Rangbezeichnungen". Handbuch der Wehrmacht 1939-1945: Ein Nachschlagewerk (dalam bahasa Jerman). Diterjemahkan oleh Kaspar, Rudolf. Vienna: Tosa Verlag. m/s. 190.
  11. ^ Petersen 2014, m/s. 493.
  12. ^ "Förordning om ändring i officersförordningen (1994:882)" (PDF) (dalam bahasa Sweden). Swedish Code of Statutes. 26 June 2000. m/s. 2. Dicapai pada 7 October 2020.
Bibliografi
  • "Grads-Betegnelserne i Hæren". Danske Soldater (dalam bahasa Denmark). 2 (2). 12 February 1935.
  • Military Committee Land Standardization Board (13 January 2021). STANAG 2116 (ed. 7th). NATO Standardization Agency.
  • Ministry of Defence (9 January 2017). "Historik". forpers.dk (dalam bahasa Denmark). Forsvarsministeriets Personalestyrelse. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2019. Dicapai pada 8 April 2021.
  • Petersen, Karsten Skjold (2014). Kongens klæder - Hærens uniformer og udrustning i Danmark-Norge (dalam bahasa Denmark) (ed. 1st). Slovenia: Historika. ISBN 9788793229006.