Objek mustahil ialah sejenis ilusi optik terdiri daripada suatu bentuk dua dimensi yang dilihat segera atau di bawah sedar sistem penglihatan sebagai mewakili suatu unjuran grafik objek tiga dimensi. Sifat "kemustahilan" kebanyakan objek sebegini mula disedari setelah beberapa lama kemudian kerana kecenderungan menafsirkan gambaran dua dimensi sebagai objek tiga dimensi.

Contoh terpilih sunting

  • Kiub mustahil (impossible cube) – dicipta M.C. Escher untuk litografnya bertajuk Belvedere yang menggambarkan seorang anak di kaki sebuah bangunan memegang sebuah kiub yang berupa sebegini.[1][2]
  • Segi tiga Penrose (Tribar) – mula dihasilkan Oscar Reutersvärd, seorang ahli matematik Sweden pada tahun 1934; kemudiannya dipopularkan Roger Penrose (yang menemuninya secara berasingan) pada tahun 1950an.
  • Tangga Penrose –dicipta Roger Penrose dan ayahnya Lionel berdasarkan segi tiga Penrose,[3] di mana tangga ini punya empat belokan 90 darjah namun saling bersambung maka sesiapa yang berjalan di atasnya tidak naik mahupun turun.
  • Serampang mustahil (impossible trident) tiga mata silindernya pada satu hujung bertukar menjadi dua mata bersegi empat pada satu hujung yang lain.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Bruno Ernst (Hans de Rijk) (2003). "Selection is Distortion". Dalam Schattschneider, D.; Emmer, M. (penyunting). M. C. Escher's Legacy: A Centennial Celebration. Springer. m/s. 5–16. ISBN 978-3-540-28849-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Barrow, John D (1999). Impossibility: The Limits of Science and the Science of Limits. Oxford University Press. m/s. 14. ISBN 9780195130829.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan p1958 tidak disediakan
  4. ^ "Impossible Fork". Wolfram Research. Dicapai pada 10 Februari 2014.