Oceania (Tulisan Jawi: اوسيانيا‎) ataupun Australasia (Jawi: اوسترالاسيا‎) merupakan sebuah benua yang terdiri daripada negara-negara seperti Australia, New Zealand, Papua New Guinea dan negara Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Nauru, Kiribati, Tahiti, Samoa, Palau dan banyak lagi.

Oceania
Unjuran ortografi Oceania geopolitik.
Oceania Geopolitik
Kawasan8,525,989 km2 (3,291,903 bt2)
Penduduk35,670,000
Negara
Wilayah tanggungan
Bahasa
Zon masaUTC+8 (Waktu Piawai Australia Barat) to UTC-6 (Pulau Easter) (barat ke timur)
Bandar terbesarSydney
Melbourne
Brisbane
Perth
Auckland
Adelaide
Kedudukan Oceania dalam peta dunia

Oceania merupakan benua dengan luas daratan terkecil dan jumlah penduduk kedua terkecil setelah Antartika. Ia adalah kerana Oceania sebenarnya merupakan kumpulan pulau-pulau di Lautan Pasifik.

Peristilahan sunting

Istilah ini diciptakan oleh seorang ahli geografi Perancis bernama Conrad Malte-Brun dengan nama Océanie pada tahun 1812.[1] Kata ini berakar daripada perkataan Bahasa Yunani ὠκεανός ōkeanós yang bermaksud "lautan" melalui bahasa Latin oceanus; pengungkapan sebegini dipilih kerana sifat menonjol rantau geografi ini yang dihubungkan melalui lautan besar.[2]

Rangkuman sunting

 
Peta Oceania

Tujuan utama penggunaan terma Oceania ialah untuk membuat kenyataan mengenai sebuah rantau atau benua (seperti Asia dan Eropah) yang terletak di antara benua Asia dan benua Amerika, dengan Australia sebagai tanah besar. Penggunaan perkataan Oceania adalah untuk menunujukkan hubung kait di antara negara-negara di rantau tersebut. Oceania ialah benua terkecil di dunia dan mempunyai populasi kedua terkecil di dunia selepas benua Antartika.

Senarai negara dan wilayah sunting

Jata Bendera Nama negara atau wilayah (serta negara milik) Keluasan
(km2)
Jumlah
penduduk
(2016)[3]
Kepadatan
penduduk
(per km2)
Ibu negara ISO 3166-1
Australasia
    Ashmore and Cartier Islands (Australia) 199
    Australia 7,686,850 24,125,848 3.1 Canberra AU
    Kepulauan Coral Sea (Australia) 10 4 0.4
    New Zealand 268,680 4,660,833 17.3 Wellington NZ
    Pulau Norfolk (Australia) 35 2,302 65.8 Kingston NF
Australasia (jumlah) 7,955,774 28,788,987 3.6
Melanesia
    Fiji 18,270 898,760 49.2 Suva FJ
    New Caledonia (Perancis) 19,060 272,677 14.3 Nouméa NC
    Papua (Indonesia) 319,036 3,486,432 10.9 Jayapura
    Papua Barat (Indonesia) 140,375 760,855 5.4 Manokwari
    Papua New Guinea 462,840 8,084,991 17.5 Port Moresby PG
    Kepulauan Solomon 28,450 21.1 Honiara SB
    Vanuatu 12,200 270,402 22.2 Port Vila VU
Melanesia (jumlah) 1,000,231 14,373,536 14.4
Mikronesia
    Persekutuan Mikronesia 702 104,937 149.5 Palikir FM
    Guam (Amerika) 549 162,896 296.7 Hagåtña GU
    Kiribati 811 114,395 141.1 South Tarawa KI
    Kepulauan Marshall 181 53,066 293.2 Majuro MH
    Nauru 21 11,347 540.3 Yaren (de facto) NR
    Kepulauan Mariana Utara (Amerika) 477 55,023 115.4 Saipan MP
  Palau 458 21,503 46.9 Ngerulmud PW
    Pulau Wake (Amerika) 2 150 75 Wake Island UM
Mikronesia (jumlah) 3,201 523,317 163.5
Polynesia
    Samoa Amerika (Amerika) 199 55,599 279.4 Pago Pago, Fagatogo AS
    Kepulauan Cook (New Zealand) 240 17,379 72.4 Avarua CK
    Pulau Easter (Chile) 164 5,761 35.1 Hanga Roa CL
    Polynesia Perancis (Perancis) 4,167 280,208 67.2 Papeete PF
    Hawaii (Amerika) 16,636 1,360,301 81.8 Honolulu US
    Niue (New Zealand) 260 1,624 6.2 Alofi NU
    Kepulauan Pitcairn (United Kingdom) 47 47 1 Adamstown PN
    Samoa 2,944 195,125 66.3 Apia WS
    Tokelau (New Zealand) 10 1,282 128.2 Nukunonu TK
    Tonga 748 107,122 143.2 Nukuʻalofa TO
    Tuvalu 26 11,097 426.8 Funafuti TV
    Wallis dan Futuna (Perancis) 274 11,899 43.4 Mata-Utu WF
Polynesia (jumlah) 25,715 2,047,444 79.6
Jumlah 8,919,530 45,725,020 5.1
Jumlah tidak termasuk Tanah Besar Australia 1,232,680 21,599,172 16.6

Rujukan sunting

  1. ^ "Oceania". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  2. ^ Lyons, Paul (2006). American Pacificism: Oceania in the U.S. Imagination. m/s. 30. ISBN 9781134264155.
  3. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.