01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Oktober (disebut [ok.to.bĕr]) ialah bulan kesepuluh dalam sebuah tahun dalam takwim Gregorius dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Oktober bermula pada hari yang sama dengan Januari pada tahun biasa.

Peristilahan sunting

Nama bulan ini berasal daripada bahasa Latin ôctō yang bererti "lapan", yakni bulan kelapan dalam takwim Romawi lama yang dasabulan sehinggalah 153 SM. Penamaan ini kekal dengan kemasukan bulan-bulan baharu serta penetapan hari penghulu takwim pada zaman Julius Caesar.

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Tulakom" (Jawi: تولاكوم, menyerap Bahasa Thai: ตุลาคม tùlaa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Tula dilambangkan sepasang dacing atau tulā.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.