Ole Einar Bjørndalen

Ole Einar Bjørndalen (lahir 27 Januari 1974) ialah seorang biatlet profesional Norway, yang seringkali digelar "Raja Biatlon" . Beliau ialah ahli sukan yang mendapat pingat terbanyak dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk, dengan 13 pingat.[1] Pada 1992, beliau memenangi pingat kerjaya pertamanya di kejohanan dunia muda. Setahun kemudian pada 1993, selepas memenangi rekod tiga kejohanan dunia muda, Bjørndalen menyertai Piala Dunia Biatlon pertamanya. Kejayaan cemerlangnya tiba pada 1994 apabila menduduki podium Piala Dunia pertamanya dalam perlumbaan pecut di Bad Gastein, Austria. Bjørndalen mula bertanding di Sukan Olimpik pada Sukan Olimpik Lillehammer 1994, yang dilansungkan di negara kelahirannya Norway. Beliau mendapat kemenangan besar pertamanya pada 11 Januari 1996 dalam satu pertandingan individu di Antholz-Anterselva, Itali. Pada 20 Februari 2014, Bjørndalen dilantik menganggotai suruhanjaya atlet Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, setelah menjadi atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk paling berpingat dalam sejarah.[2]

Ole Einar Bjørndalen
Kelahiran (1974-01-27) 27 Januari 1974 (umur 50)
Simostranda, Modum, Norway
Ketinggian1.79 m (5 ka 10 in)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Bjorndalen sets Winter Olympics medal record". UPI. 19 Februari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.
  2. ^ "Athletes select two IOC reps". ESPN. 20 Februari 2014. Dicapai pada 21 Februari 2014.

Pautan luar sunting