One Israel atau '1Israel' atau 'Satu Israel' (Ibrani: ישראל אחת, Yisrael Ahat) adalah dibentuk oleh pemimpin Parti Buruh Israel Ehud Barak semasa Pilihan Raya Israel 1999 dengan tujuan untuk membuat Parti Buruh tampak lebih sederhana dan untuk mengurangkan reputasi imej sekular dan elitis di kalangan penyokong Mizrahi (Gesher dipimpin oleh ahli politik Mizrahi David Levy sementara Meimad ialah parti agama). Ia berasaskan tranformasi Tony Blair di Britain yang juga membentuk Parti Buruh Baru.

One Israel
ישראל אחת
PemimpinEhud Barak
Diasaskan1999
Dibubarkan15 Mei 2001
PerikatanBuruh, Gesher dan Meimad (1999-2001)
Buruh dan Meimad (2001)
MK terbanyak26 (1999-2001)
MK tersedikit23 (2001)
Simbol pilihan raya
אמת
Politik Israel
Parti politik
Pilihan raya

Perjanjian persefahaman itu meletakkan Gesher di belakang Ehud Barak dan Shimon Peres dan David Levy akan mendapat jawatan menteri. Meimad dijanjikan kedudukan menteri di parlimen Knesset.

Dalam pilihan raya itu, bancian menganggarkan parti buruh akan memenangi 33 kerusi. Malangnya, Satu Israel tidak muncul sebagai fraksi terbesar di Dewan Knesset kerana hanya memenangi 26 kerusi . Jumlah ini lebih rendah, sedangkan 34 kerusi dalam pilihan raya 1996. Dari 26 kerusi, Parti Buruh mendapat 22 kerusi, Parti Gesher 3 dan Meimad 1. Untuk memenuhi perjanjian pra-pilihan raya, Levy dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri . Meimad Michael Melchior dilantik Menteri Sosial dan Hal Diaspora Israel.

Barak, yang telah menewaskan Benjamin Netanyahu dalam pemilihan Perdana Menteri Israel, telah membentuk kerajaan campuran yang tidak stabil. Enam parti kecil iaitu Shas, Meretz, Yisrael BaAliyah, Parti Tengah, Parti Agama Kebangsaan dan Kesatuan Taurah Yahudi.

Ehud Barak menyertai Perjanjian Kem David dengan Yasser Arafat pada musim panas 2000 menyebabkan Gesher menarik diri daripada perikatan pada 7 Mac 2001. Pada 7 Mei perikatan bergabung dengan Paksi Haluan Baru. Pada 15 Mei tahun 2001 ia dinamakan Parti Buruh-Meimad.

Setelah parti runtuh, Barak disiasat atas tuduhan berhubung Satu Israel yang telah melanggar undang-undang dana parti dengan membenarkan wang asing di bawa masuk sebagai dana kempen . Eliezer Goldberg didenda 13 juta Shekel kerana melanggar undang-undang dana.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Barak's 'One Israel'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-24. Dicapai pada 2010-03-22.