One Laptop Per Child

One Laptop Per Child Association, Inc. (OLPC) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan untuk menyelia pembangunan peralatan pembelajaran yang murah dan mampu milik untuk kegunaan negara membangun. Tumpuan OLPC adalah pembangunan, pembinaan dan pengaturan penggunaan komputer riba XO-1 yang bermatlamat untuk menggalakkan pembelajaran bagi kanak-kanak di negara membangun. OLPC menumpukan perhatian dalam bidang pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi. OLPC didaftarkan di Delaware, Amerika Syarikat.

Komputer riba OLPC XO-1

OLPC dibiaya oleh ahlinya termasuk AMD, Brightstar Corporation, eBay, Google, Marvell, News Corporation, SES, Nortel Networks, dan Red Hat. Setiap ahli mendermakan AS$2 juta. Walaupun OLPC bukan ditubuhkan untuk keuntungan, pengeluar XO-1 dijangka memperoleh 5-10% keuntungan daripada penjualan XO-1.

Organisasi ini dipengerusikan oleh Nicholas Negroponte. Antara orang penting lain termasuk Jim Gettys, naib presiden kejuteraan perisian dan Charles Kane, presiden dan ketua pegawai operasi.

Penggunaan komputer riba XO sunting

Ringkasan pesanan sunting

Tahun Jumlah (anggaran) Tarikh disahkan Pembeli
2007 100,000 Oktober 2007 Uruguay[1][2]
15,000 14 November 2007 Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat[3]
260,000 1 Disember 2007 Peru[4]
50,000 1 Disember 2007 Mexico (jutawan Mexico Carlos Slim)[5]
167,000 5 Januari 2008 Program G1G1 2007[4]
2008 65,000 29 Mei 2008 Colombia (Caldas) [6]
+200,000 Jun 2008 Uruguay[7]
+30,000 Oktober 2008 Peru[8]
+110,000 10 November 2008 Colombia (Bogota dan Cartagena) [9]
10,000 10 November 2008 Ghana[10]
12,500 9 Januari 2009 Program G1G1 2008[11]
2009 250,000 24 April 2009 India (belum disahkan)[12]
5,000 24 April 2009 Sierra Leone
100,000 14 Mei 2009 Rwanda [13]
Total 1,374,500    

Negara terlibat sunting

Pada Oktober 2007, Uruguay memesan 100,000 komputer riba, menjadikan Uruguay negara pertama membeli pesanan penuh komputer riba. Penggunaan pertama bukan percubaan terjadi di Uruguay pada Disember 2007.[1] Sejak itu, 200,000 lagi komputer riba telah dipesan untuk diberi kepada semua pelajar sekolah awam di antara umur 6 dan 12 tahun.

Negara ini dikatakan menjadi negara pertama di dunia di mana semua pelajar sekolah rendah mendapat sebuah komputer riba percuma sebagai sebahagian daripada Plan Ceibal.[14][15] Presiden Tabaré Vázquez menyempurnakan skim ini di sebuah sekolah di Montevideo pada 13 Oktober 2009.[14] Dalam dua tahun terakhir, 362,000 murid dan 18,000 pelajar telah terlibat, dengan kos $260 (£159) setiap murid, termasuk kos penyelenggaraan, pembaikan peralatan, latihan untuk guru dan sambungan Internet.[14] Kos tahunan mengekalkan program ini, termasuk portal maklumat untuk pelajar dan guru, dijangka sebanyak AS$21 (£13) per murid.[14]

Bagaimanapun, negara pulau Pasifik Selatan Niue turut menuntut perkara yang sama pada Ogos 2008.[16]

Kanak-kanak OLPC mengucapkan terima kasih

Komputer riba ini telah dihantar kepada negara-negara berikut, sama ada setelah dipesan atau sebahagian daripada program Give One Get One:

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ivan Krstić (2007-12-01). "ivan krstić · code culture » First OLPC deployment: now it's real". Ivan Krstić's code culture blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 2008-01-24.
  2. ^ OLPC Wiki, Country News, dicapai pada 23 Januari 2008
  3. ^ "Birmingham to buy 15K laptops from OLPC - Mass High Tech: The Journal of New England Technology". Dicapai pada 2008-01-24.
  4. ^ a b "Intel Quits Effort to Get Computers to Children - New York Times". Dicapai pada 2008-01-24.
  5. ^ "Peru, Mexico billionaire agree to buy $188 laptops" Betanews, 3 Disember 2007
  6. ^ OLPC in Colombia
  7. ^ "Ceibal Project Progress: Meshing Children with Sugar - One Laptop Per Child News". Olpcnews.com. Dicapai pada 2008-12-05.
  8. ^ Peruvian president talks OLPC
  9. ^ Colombia Signs up for OLPC Laptops With Windows
  10. ^ "[Community-news] OLPC News (2008-11-10)". Lists.laptop.org. Dicapai pada 2008-12-05.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boston.com tidak disediakan
  12. ^ India, Sierra Leone Place OLPC Orders
  13. ^ 120,000 XO Laptops Headed to OLPC Rwanda
  14. ^ a b c d Verónica Psetizki. (2009-10-16) "Laptop for every pupil in Uruguay", BBC
  15. ^ Hayley Jarvis (2009-10-16). "Laptop for each pupil in Uruguay". SOS Children's Villages. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-24. Dicapai pada 2009-10-18.
  16. ^ "One laptop for every Niuean child". BBC. 2008-08-22. Dicapai pada 2009-10-18.
  17. ^ "Linux Today Notes From a Senior Editor: A Close Look at the OLPC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-13. Dicapai pada 2009-10-20.
  18. ^ http://wiki.laptop.org/go/OLPC_United_States
  19. ^ http://wiki.laptop.org/go/OLPC_Birmingham
  20. ^ http://www.youtube.com/watch?v=inxOg-dt6rw
  21. ^ OLPC Wiki, Laptop News 2008-01-19, "3. Ulaan Baatar"
  22. ^ "Microsoft Word - OLCP Oceania -- Concept Note -- Sep08" (PDF). 2008-09-17. Dicapai pada 2008-12-05.

Pautan luar sunting