Dr. Ong Kian Ming (Cina ringkas: 王建民pinyin: Wáng Jiàn Mín; Jawi: در. ءوڠ كيان مينڠ ; lahir 1975) adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang ahli akademik, penganalisis politik dan kini menjadi ahli strategi pilihan raya bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ong merupakan bekas penganalisis politik terkemuka dalam senario politik Malaysia . Rencana-rencana beliau tersiar dalam Malaysiakini , Malaysian Insider , The Edge dan lain-lain. Kerjaya beliau bermula sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Dasar Sains, Universiti UCSI dan menjadi pakar rujuk bagi 'Blue Ocean Strategies. Beliau pernah menjadi penganalisis dasar untuk Sosio Ekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (SEDAR) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP). Selain itu, beliau juga merupakan perunding bersekutu untuk Kumpulan Perudingan Boston, Kuala Lumpur. [2][3][4]


Ong Kian Ming

王建民
در. ءوڠ كيان مينڠ
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bangi, Selangor
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Teo Nie Ching (DAP)
Digantikan olehSyahredzan Johan
Majoriti42,206
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
MenteriDarell Leiking
Didahului oleh Ahmad Maslan
Chua Tee Yong
Digantikan olehLim Ban Hong
Butiran peribadi
Lahir (1975-09-12) 12 September 1975 (umur 48)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik DAP
PasanganYeoh Ee Leng[1]
Dr. Iezua Ong Kian Ming
KediamanMalaysia
PendidikanPh.D (Sains Politik)
Alma materAmerika Syarikat Universiti Duke
United Kingdom Universiti Cambridge
United Kingdom London School of Economics
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmihttp://www.ongkianming.com

Pendidikan sunting

Ong belajar peringkat PhD dalam bidang sains politik dari Universiti Duke , Amerika Syarikat. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics . Sebelum itu beliau adalah seorang sarjana Asean di Institusi Raffles dan Kolej Rendah Raffles, Singapura .

Keluarga sunting

Ong mempunyai abang dan adik perempuan. Beliau dibesarkan di Petaling Jaya . Bapanya adalah seorang arkitek.

Kontroversi sunting

Sekumpulan lelaki menceroboh masuk ke rumahnya di SS2 pada 10 Julai 2012. Selaku wakil DAP, beliau banyak berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bagi memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia lebih telus dan wibawa.

Keputusan Pilihan Raya sunting

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Keluar undi
2013 P102 Serdang, Selangor Ong Kian Ming (DAP) 79,238 67.98% Yap Pian Hon (MCA) 37,032 31.77% 118,314 42,206 88.87%
2018 P102 Bangi, Selangor Ong Kian Ming (DAP) 102,557 65.60% Liew Yuen Keong (MCA) 19,766 12.64% 156,327 68,768
Shafie Ngah (PAS) 33,789 21.61%
Dennis Wan (Bebas) 215 0.14%

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
  2. ^ "Why I joined the DAP — Ong Kian Ming". Dicapai pada 28 September 2012.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Political analyst Ong Kian Ming joins DAP". Malaysiakini. Dicapai pada 28 September 2012.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Ong Kian Ming Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-19. Dicapai pada 28 September 2012.