Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang berkhidmat dari 18 Mac 2008 hingga Mac 2010.[1] Pada 1 Jun 2010, beliau telah digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha untuk jawatan Menteri Pengangkutan.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri

Ong Tee Keat

PSM, PJN; SSAP (Pah); SMS (Sel)
Fail:PANDAN.JPG
Presiden Persatuan Cina Malaysia
Dalam jawatan
18 Oktober 2008 – Mac 2010
Didahului olehTan Sri Ong Ka Ting
Digantikan olehDato' Seri Chua Soi Lek
Menteri Pengangkutan Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 4 Jun 2010
Didahului olehTan Sri Chan Kong Choy
Digantikan olehKong Cho Ha
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P100 Pandan, Selangor
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehRafizi Ramli
Majoriti2,961
Butiran peribadi
Lahir (1956-11-22) 22 November 1956 (umur 67)
Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik - MCA - BN (Hingga 2017)
Parti Warisan (Dari 2022)
PasanganPuan Sri Chooi Yoke Chun (徐玉珍)
Anak-anak3 anak perempuan
KediamanTaman Midah, Cheras
PekerjaanAhli politik
ProfesionJurutera
Laman web rasmihttp://www.ongteekeat.net/

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam politik akar umbi parti MCA, beliau pernah menjadi Naib Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA.

Kehidupan peribadi sunting

Anak kepada penjual ikan, Tee Kiat merupakan seorang akar umbi MCA yang aktif walaupun beliau berada di universiti. Selepas menjalani pendidikan menengahnya di Sekolah Tinggi Confusian di Kuala Lumpur, beliau pergi ke MBSKL untuk meneruskan pelajarannya di Tingkatan Enam. Enam tahun selepas bekerja sebagai jurutera mekanikal, beliau berhenti untuk menjadi setiausaha politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lee Kim Sai dalam tahun 1986.

Politik sunting

Beliau merupakan Ahli Parlimen Pandan, Selangor dari MCA. Beliau mula bertanding di Pilihan raya kecil Ampang Jaya 1989 , menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang menjadi calon parti Semangat 46.

Pada tahun 2004, beliau memenangi kerusi Parlimen Pandan, Selangor. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pandan dan mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti sebanyak 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 22,275 undi. Pada 21 Februari 2013, beliau tidak lagi dicalonkan oleh MCA untuk mempertahankan parlimen tersebut, sebaliknya digantikan oleh Gary Lim.[2]


Isu dan kontroversi sunting

Ugutan bunuh sunting

Pada 27 Julai 2009, Lim Kit Siang dari DAP membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya.

Akhbar Sunday Star menyiarkan ugutan bunuh itu pada 26 Julai 2009 :

"If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku).[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (18 Oktober 2008). "Pemilihan MCA: Tee Keat Presiden, Soi Lek Menang Mengejut". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-21. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
  2. ^ "PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MCA", Malaysiakini.com,21 Februari 2013.
  3. ^ Kit Siang Buat Laporan Polis Terhadap Ancaman Bunuh Presiden MCA

Pautan luar sunting