Orang Amerika Jerman

Orang Amerika Jerman terdiri daripada 51 juta orang (17% penduduk A.S.), dan juga kelompok keturunan terlapor kendiri yang terbesar di Amerika Syarikat.[1] Negeri-negeri California, Texas dan Pennsylvania mempunyai bilangan penduduk berketurunan Jerman yang terbesar, tetapi negeri-negeri Midwest atas, termasuk Iowa, Minnesota, Wisconsin, Nebraska, Dakota Utara dan Selatan, mempunyai perkadaran keturunan Jerman terbesar iaitu lebih satu pertiga.[2]

Orang Amerika Jerman
(Inggeris)German Americans
(Jerman)Deutschamerikaner
Bahasa
Inggeris Amerika, Jerman
Agama
Kristian:
Protestan (Lutheran, Reformed, Mennonite, Amish, dll)
Katolik Rom
Yahudi
Kumpulan etnik berkaitan
Jerman
Amerika Austria
Amerika Switzerland
Kanada Jerman
Diaspora Jerman

Tak satu negeri Jerman bersejarah ada koloni seberang laut, sehinggalah 1680-an barulah penghijrah Jerman tiba secara besar-besaran di jajahan British di benua Amerika Utara, terutamanya di New York dan Pennsylvania. Gelombang penghijrahan besar-besar berterusan ketika abad ke-19, ketika kira-kira lapan juta orang tiba dari Jerman. Mereka tertarik oleh kebebasan memiliki tanah dan beragama, sambil terhalau dari Eropah akibat kekurangan tanah serta penindasan agama dan politik. Mereka tiba untuk mencari kebebasan agama atau politik, atau mengharapkan peluang ekonomi yang lebih besar daripada di Eropah, ataupun semata-mata memulakan kehidupan baru di Dunia Baru. Ketikaan sebelum tahun 1850 terdiri kebanyakannya daripada golongan petani yang mencari tanah yang paling subur untuk menjayakan teknik pertanian intensif mereka. Selepas tahun 1840, ramai yang tiba ke kawasan bandaraya, di mana timbulnya daerah-daerah penutur bahasa Jerman atau "Germania".[3][4][5]

Orang Amerika berketurunan Jerman sentiasa meninggalkan pengaruh di hampir setiap bidang dalam masyarakat Amerika Syarikat, baik sains mahupun seni bina, perindustrian, sukan, hiburan, keagamaan, kerajaan dan tentera. Jeneral-Jeneral Baron von Steuben, John Pershing, Dwight Eisenhower, dan Norman Schwarzkopf masing-masing memerintah Tentera Darat Amerika Syarikat di Perang Revolusi Amerika, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, dan Perang Teluk. Ramai rakyat Amerika Jerman memainkan peranan penting dalam perindustrian dan perniagaan, termasuklah John D. Rockefeller, William Boeing, Walter Chrysler, dan Donald Trump. Jurutera Jambatan Brooklynn John A. Roebling dan jurubina Walter Gropius, adalah antara yang meninggalkan mercu tanda negara, manakala Albert Einstein dan Wernher von Braun adalah antara yang meninggalkan pusaka kecendekiawanan. Tidak lupa juga, nama-nama seperti Babe Ruth, Lou Gehrig, Jack Nicklaus, Doris Day, dan Leonardo DiCaprio yang menjadi ahli sukan atau seniman terkenal.[6]

Kaum Amerika Jermanlah yang mengasas tadika-tadika terawal di Amerika Syarikat,[7] memperkenalkan tradisi pokok Krismas,[8][9] serta mencipta masakan Amerika popular seperti hot dog dan hamburger.[10] Selain itu, orang Amerika Jerman turut menguasai industri pembuatan bir secukupnya dalam sejarah Amerika Syarikat, bermula dengan kilang bir yang diasaskan pada abad ke-19 oleh pendatang Jerman seperti Eberhard Anheuser, Adolphus Busch, Adolph Coors, Frederick Miller, Frederick Pabst, dan Joseph Schlitz,[11] lalu diwariskan kepada pengusaha bir masa kini seperti Karl Strauss.[12][13][14][15][16][17]

Seperti dengan ramai lagi kaum pendatang ke Amerika Syarikat, sejumlah besar orang berketurunan Jerman, baik berdarah penuh mahupun kacukan, sudah "diamerikakan" pada dasarnya, iaitu tidak lagi bertutur bahasa Jerman sebagai bahasa ibunda dan tidak mengutamakan budaya Jerman.

Rujukan sunting

  1. ^ From Census Bureau, "S0201. Selected Population Profile in the United State" 2006-2008 data Diarkibkan 2020-02-13 di archive.today
  2. ^ Ancestry: 2000 (PDF), dicapai pada 2008-07-23 Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Zane L. Miller, "Cincinnati Germans and the Invention of an Ethnic Group", Queen City Heritage: The Journal of the Cincinnati Historical Society 42 (Fall 1984): 13-22
  4. ^ Bayrd Still, Milwaukee, the History of a City (1948) pp. 260-63, 299
  5. ^ Raymond Lohne, "Team of Friends: A New Lincoln Theory and Legacy", Journal of the Illinois State Historical Society Fall/Winter2008, Vol. 101 Issue 3/4, pp 285-314
  6. ^ Rating the Top Baseball Players of All Time, dicapai pada 2007-11-28
  7. ^ [https://web.archive.org/web/20110611083242/http://www.wisconsinhistory.org/dictionary/index.asp?action=view&term_id=1676&search_term=schurz Diarkibkan 2011-06-11 di Wayback Machine Schurz, Margarethe [Meyer] (Mrs. Carl Schurz) 1833 - 1876]
  8. ^ "The History of Christmas", Gareth Marples, diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-28, dicapai pada December 2, 2006
  9. ^ Professor Brought Christmas Tree to New England
  10. ^ See newspaper accounts Diarkibkan 2009-08-05 di Wayback Machine
  11. ^ Amy Mittelman, Brewing Battles: A History of American Beer (2007)
  12. ^ "Video-Radio Briefs". Los Angeles Times. Jan 14, 1955. Dicapai pada May 14, 2010. Brewmaster Karl Strauss tells how beer is made when KTTV's "Success Story" visits the Pabst Brewing Company
  13. ^ Brian Alexander (Jan 31, 1989). "This Gaslamp Gold Is for You, Bud Family Tradition Renewed to Take the Plunge Into Homemade Suds at San Diego's 1st BrewPub". Los Angeles Times. Dicapai pada May 14, 2010.
  14. ^ Helen Pauly (Jun 30, 1981). "This beer baron is a real prince". Milwaukee Journal. Dicapai pada May 14, 2010.
  15. ^ David Nelson (Mar 17,1989). "Old Columbia Is Actually New and Thrives on Brew of Its Own Making". Los Angeles Times. Dicapai pada May 14, 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Greg Johnson (Dec 10, 1989). "Brew Pubs Tapping Into Trend of Designer Suds". Los Angeles Times. Dicapai pada May 14, 2010.
  17. ^ Peter Rowe (Sep 1, 1999). "Tempt your taste buds and discover the difference". San Diego Union-Tribune. Dicapai pada May 14, 2010.

Pautan luar sunting