Orang Samoa

kelompok etnik

Orang Samoa (Templat:Lang-sm) adalah penduduk asli di Kepulauan Samoa dalam kawasan rantau Polinesia dibahagikan antara Samoa dan Samoa Amerika; mereka bertutur dalam bahasa Samoa.

Orang Samoa
Jumlah penduduk
s. 650,000-700,000
Kawasan ramai penduduk
 Samoa194,320 orang
 Amerika Syarikat184,440 orang[1]
 New Zealand144,138 orang[2]
 Australia75,755 orang[3]
 Samoa Amerika55,519 orang
 Kanada1,100 orang[4]
Bahasa
Bahasa Samoa, Bahasa Inggeris
Agama
Agama Kristian, Politeisme

Budaya dan adat masyarakat orang ini merupakan penghubung penting antara budaya serumpun lain termasuk Tonga, Fiji dan Polinesia Perancis[5][6] dari segi pembentukan dan penyebaran budaya, bahasa dan agama di seluruh Polinesia Timur secara keseluruhannya.[6]

Gaya hidup sunting

Menurut Margaret Mead dalam buku etnografi dikarangnya Coming of Age in Samoa, anak-anak kecil kurang giat bergaul dengan orang sebaya mereka sehingga berusia enam atau tujuh tahun.[7]:59 Kaum wanita juga bergantung sepenuhnya kepada suami untuk status sosial mereka dalam kampung diduduki mereka.[7]:78

Darjah dalam masyarakat sunting

Masyarakat Samoa terdiri daripada tiga golongan utama seperti berikut:[8]

  • Matai - ketua kampung berperanan dalam memberikan nasihat kekeluargaan dan keagamaan, menguruskan sumber dan bekalan; kedudukan ini dilihat sebagai pengikat dan pengutuh struktur masyarakat dalam kalangan orang Samoa.[8]:219
  • Aiga [ai.nga] - ketua keluarga yang berkuasa pada tanah yang diduduki dan diusahakan keluarga. Pangkat ainga boleh diberikan melalui perkahwinan, pertalian darah malah juga pengasuhan sebagai anak angkat.[8]:217, 218
  • Aumaga [au.ma.nga] dan manaia [ma.nai.a] - aumaga setaraf buruh manakala manaia pula bertindak sebagai penyelia atau mandor.

Budaya sunting

Penampilan sunting

Masyarakat Samoa lazim mencacah diri baik dalam kalangan lelaki (soga'i miki) mahupun perempuan (malu).[9][10][11]

Dua-dua kaum juga berpakaian dengan bersarung (lava-lava dan puletasi.[12])

Rujukan sunting

  1. ^ "Census AmericanFactfinder". United States Census. Dicapai pada 4 April 2012.[pautan mati]
  2. ^ "Samoans: Facts and Figures". Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand.
  3. ^ "20680-Country of Birth of Person (full classification list) by Sex - Australia" (Microsoft Excel download). 2006 Census. Australian Bureau of Statistics. Dicapai pada 2008-06-02. Total count of persons: 19,855,288.
  4. ^ "Census Profile, 2016".
  5. ^ "Discovery and Settlement of Polynesia". archive.hokulea.com. Dicapai pada 2020-04-14.
  6. ^ a b Best, Elsdon (1918). "Polynesian Navigators: Their Exploration and Settlement of the Pacific". Geographical Review. 5 (3): 169–182. doi:10.2307/207638. ISSN 0016-7428. JSTOR 207638.
  7. ^ a b Mead, Margaret (1928). Coming of Age in Samoa. New York: William Morrow and Company.
  8. ^ a b c Peters-Golden, Holly, penyunting (2012). Culture sketches: Case studies in anthropology (ed. 6th). Dubuque, Iowa: The McGraw-Hill. m/s. 217–219, 221. ISBN 9780078117022. OCLC 716069710.
  9. ^ Mallon, Sean (2005). "Samoan Tatau as Global Practice" Chapter 7 in "Tattoo: Bodies, Art, and Exchange in the Pacific and thee West". Durham: Duke University Press. m/s. 145–169. ISBN 0-8223-3562-X.
  10. ^ Sowell, Teri (2000). Worn With Pride: Celebrating Samoan Artistic Heritage. Oceanside, CA, USA: Oceanside Museum of Art. m/s. 10–17.
  11. ^ Mallon, Sean (2002). Samoan Art and Artists / O Measina a Samoa. Honolulu: University of Hawaii Press. m/s. 104–118. ISBN 0-8248-2675-2.
  12. ^ Mallon, Sean (January 2002). Samoan Art and Artists. ISBN 9780824826758. Dicapai pada 18 January 2021.