Udege (Rusia: Удэгейцы; etnonim: удээ/удэхе udee/udehe) ialah sebuah kaum yang tinggal di kawasan Primorsky Krai dan Khabarovsk Krai, sepanjang cawang-cawang sungai Ussuri, Amur, Kungari and Anyuy di Rusia. Orang Udege bertutur dalam bahasa Udege yang tergolong dalam famili bahasa Tungus dan mengamalkan kepercayaan animisme, pemujaan haiwan dan shamanismw. Orang Udege banyak menjalankan kegiatan pemburuan, perikanan dan penuaian ginseng. Mengikut bancian pada tahun 2002, terdapat 1,657 orang Udege di Rusia, iaitu meningkat sedikit dari 1,500 orang pada tahun 1970).

Udege
Kawasan ramai penduduk
Rusia: Khabarovsk Krai, Primorsky Krai
Bahasa
Udege
Agama
Shamanisme
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Tungus yang lain

Pautan luar sunting

Templat:Asia-ethno-group-stub