Orang utan Tapanuli

Orang utan Tapanuli (Pongo tapanuliensis) merupakan spesis orang utan, yang menduduki Tapanuli Selatan dalam kepulauan Sumatera di Indonesia.[1][2] Ia merupakan salah satu daripada tiga spesis orang utan yang telah dikenali selain orang utan Sumatera (Pongo abelii), dijumpai lebih jauh di barat laut di pulau itu, dan orang utan Borneo (Pongo pygmaeus). Ia digambarkan sebagai spesies yang berbeza pada tahun 2017 dan mewakili spesis kerangka besar yang masih ada yang digambarkan sejak bonobo (Pan paniscus) pada tahun 1929.

Pongo tapanuliensis
Jantan dewasa
Betina dewasa
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Keluarga: Hominidae
Genus: Pongo
Spesies:
P. tapanuliensis
Nama binomial
Pongo tapanuliensis
Nater et al. (2017)
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Approximate location in Sumatra

Penemuan dan penamaan sunting

Populasi orangutan yang terisolasi di Batang Toru, Tapanuli Selatan mula-mula dilaporkan oleh ekspedisi pada tahun 1997, tetapi ia tidak diiktiraf sebagai spesies yang berbeza.[3] Ia hanya dikenalpasti sebagai spesis orang utan yang berbza pada tahun 2017, berikutan satu kajian filogenetik terperinci telah dilakukan. Kajian tersebut mengumpuk sampel genetik daripada 37 orang utan, dan menjalankan analisis morfologikal ke atas 33 orang utan jantan dewasa.[1] Komponen utama kajian ini ialah rangka seekor jantan dewasa yang meninggal setelah dicederakan oleh penduduk tempatan, yang kemudiannya ditetapkan sebagai holotaip spesies. Spesimen didapati mempunyai ciri-ciri fizikal yang tersendiri berbanding dengan kumpulan spesimen utama, terutamanya dalam ciri-ciri tertentu pada tengkorak dan gigi.[4] Tengkorak dan poskranium spesimen disimpan di Muzium Zoologi Bogor.[1] Kajian genetik juga menunjukkan bahawa populasi Batang Toru harus dianggap sebagai spesies yang berbeza, dengan dua sampel yang diambil dari populasi menunjukkan perbezaan yang signifikan dari dua spesies orang utan yang lain dalam analisis komponen utama.[1][5]

Filogeni sunting

Perbandingan genetik menunjukkan bahawa orang utan Tapanuli tersimpang dari orang utan Sumatera sejak kira-kira 3 juta tahun yang lalu,[1][4][6] tetapi menjadi lebih terisolasi selepas letusan Danau Toba yang berlaku kira-kira 75,000 tahun yang lalu. Mereka telah meneruskan hubungan sporadis yang terhenti sekurang-kurangnya 10,000 hingga 20,000 tahun yang lalu. Berbeza pula orang utan Tapanuli dengan orang utan Borneo yang tersimpang kira-kira 670,000 tahun lalu. Orang utan telah mengembara dari Sumatera ke Borneo memandangkan kedua-dua pulau ini dihubungkan oleh jambatan darat sebahagian daripada Sundaland semasa tempoh glasier. Julat semasa orang utan Tapanuli dipercayai berhampiran dengan kawasan di mana keturunan orang utan pertama kali memasuki apa yang kini Indonesia dari tanah besar Asia.[1]

==Huraian Orang utan Tapanuli lebih menyerupai orang utan Sumatran barbanding orang utan Borneo dari segi tubuh badan dan warna bulu.[1][6] Walau bagaimanapun, mereka mempunyai rambut keriting, kepala yang lebih kecil dan muka yang rata.[7][8] 'Panggilan panjang' orang utan Tapanuli jantan adalah lebih tinggi berbanding orang utan Sumatera, dan lebih panjang dan mempunyai lebih denyutan berbanding dengan orang utan Borneo.[1] Pemakanan mereka juga unik, yang mengandungi perkara luar biasa seperti ulat dan kon konifer.[8]

Habitat sunting

Orang utan Tapanuli tinggal hutan tropika yang terletak di selatan Danau Toba di Sumatera. Keseluruhan spesis ditemui di kawasan sekitar 1,000 km2 (400 bt2) pada ketinggian 300 hingga 1,300 m (1,000 hingga 4,000 ka).[1][9] Orang utan Tapanuli terpisah dari spesies orang utan yang lain iaitu orang utan Sumatera, dengan hanya 100 km (60 bt).[4]

Status pemuliharaan sunting

Dengan kurang daripada 800 ekor yang masih wujud, Pongo tapanuliensis mempunyai populasi terendah di antara semua kera yang ada. Ia telah menjadi spesies kritikal yang terancam, walaupun belum dinilai oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dalam hutan, keseluruhan spesies ini dikelilingi 1,000 km2 (400 bt2). Ancaman kepada spesies ini termasuklah penebangan hutan, memburu, konflik dengan manusia, pemedagangan hidupan liar, dan projek hidroelektrik yang dicadangkan dalam lingkungan mereka. Kemerosotan pembiakan juga mungkin disebabkan oleh sais populasi yang kecil dan julat yang berpecah.

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i Nater, A.; dll. (2017-11-02). "Morphometric, Behavioral, and Genomic Evidence for a New Orangutan Species". Current Biology. doi:10.1016/j.cub.2017.09.047. Explicit use of et al. in: |last2= (bantuan)
  2. ^ Cochrane, Joe (2017-11-02). "New Orangutan Species Could Be the Most Endangered Great Ape". The New York Times. Dicapai pada 2017-11-03.
  3. ^ Gill, Victoria (2017-11-02). "New great ape species identified". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-11-03.
  4. ^ a b c Anderson, Natali (2017-11-02). "New Great Ape Species Found on Sumatra: Tapanuli Orangutan (Pongo tapanuliensis)". Sci-News.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-11-03.
  5. ^ Knapton, Sarah (2017-11-02). "New great ape discovered... and immediately listed as world's most endangered". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2017-11-03.
  6. ^ a b Wright, Stephen (2017-11-02). "Frizzy-haired, smaller-headed orangutan may be new great ape". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 2017-11-03.
  7. ^ Bittel, Jason (2017-11-02). "Scientists Discover a New—and Endangered—Orangutan Species". NRDC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-11-03.
  8. ^ a b Stokstad, Erik (2017-11-02). "New great ape species found, sparking fears for its survival". Science (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1126/science.aar3900.
  9. ^ Davis, Nicola (2017-11-02). "New species of orangutan discovered in Sumatra – and is already endangered". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2017-11-03.

Pautan luar sunting