Ferit Orhan Pamuk (lahir pada 7 Jun 1952 di kota Istanbul, Turki) merupakan novelis pasca-modernis prolifik Turki termasyhur. Karyanya tersebar ke seluruh dan diterjemah ke 40 bahasa.

Ferit Orhan Pamuk
Lahir (1952-06-07) 7 Jun 1952 (umur 71)
Istanbul, Turki
PekerjaanPenulis novel
WarganegaraTurki
Tempoh1974-kini
Pergerakan sasteraKesusasteraan pasca moden


Pada 2005, kerajaan Turki mendakwa Orhan Pamuk atas tuduhan jenayah dan menghasut berhubung pembunuhan 1 juta etnik Armenia dan 30,000 etnik Kurdi di Anatolia, Turki. Perbicaraan sepatutnya pada 16 Disember 2005, tetapi ditunda. Jika sabit kesalahan, beliau akan dihukum gantung sampai mati. Tuduhan tersebut atas desakan antarabangsa dibatalkan pada 22 Januari 2006.

Biografi sunting

Orhan Pamuk berasal dari keluarga mewah.Ayahnya adalah pengerusi eksekutif CEO pertama syarikat komputer IBM cawangan Turki. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Amerika Robert College di Istanbul, Turki. Seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang arkitek di Universiti Teknikal Istanbul. Ibu dan bapanya mahukan beliau menjadi peguam atau arkitek. Tapi di tahun tiga beliau berhenti belajar dan menjadi penulis sepenuh masa.Orhan Pamuk berjaya menamatkan pendidikan di Institut Kewartawanan di Universiti Istanbul pada 1977.

Dari 1985 hingga 1988 beliau menjadi pensyarah tamu di Universiti Columbia di Bandar Raya New York. Ketika masa yang sama turut menjadi mahasiswa di Universiti Iowa.

Beliau berkahwin dengan Aylin Turegen pada 1982 tapi bercerai tahun 2001. Mendapat anak perempuan bernama Rüya. Kini Orphan Pamuk menetap di Istanbul, Turki.

Pamuk dianugerahi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada 12 Oktober 2006.

Kegiatan penulisan sunting

Pamuk aktif menulis sejak 1974. Novel pertamanya ialah Karanlık ve Işık (Gelap dan Terang). Novel ini jadi pemenang bersama Mehmet Eroğlu tahun 1979 dalam Pertandingan Novel Milliyet Press.

1982 novel Cevdet Bey ve Oğulları (Tuan Cevdet dan anak-anaknya) menang Hadiah Novel Orhan Kemal pada 1983. Kisahnya tentang tiga generasi sebuah keluarga Istanbul kaya yang hidup di Nisantasi, daerah Istanbul tempat Orphan Pamuk dibesarkan.

Anugerah lain ialah Hadiah Novel Madarali 1984 atas novel Sessiz Ev (Rumah yang Sunyi) dan Prix de la Découverte Européenne 1991 .

Novel sejarah Beyaz Kale (Kastil Putih) tahun 1985 dalam bahasa Turki tahun 1985, menang Anugerah Kemerdekaan untuk Fiksyen Asing 1990.

The New York Times menyatakan Orphan Pamuk menghasilkan karya novel berteras pasca-moden, suatu perubahan dari naturalisme sempit dalam karya-karya awalnya.

Novel (Buku Hitam) tahun (1990) sangat kontroversi kerana begitu kompleks , intuisi dan simbiosis di dalamnya.

Pada 1992 skrip filem Gizli Yüz (Muka Rahasia), berdasarkan Kara Kitap diarahkan oleh pengarah Turki bernama Ömer Kavur.

Novel tahun 1995 Yeni Hayat (Kehidupan Baru) amat mengharukan masyarakat Turki dan antarabangsa kerana mendedahkan kezaliman terancang Turki ke atas etnik Kurdi di sempadan Turki - Iraq. Media Barat melaporkan etnik Kurdi di utara Iraq dibom dengan bom kimia oleh Saddam Hussein.

Tahun 1999, menulis novel Öteki Renkler (Warna yang Lain).

Tahun 2000 menghasilkan novel Benim Adım Kırmızı (Namaku Merah) . Novel ini menggunakan teknik teka-teki misteri, roman dan filasuf yang berlangsung di Istanbul pada abad ke-16, di mana zaman era Sultan Empayar Uthmaniyah Murat III pada tahun 1591 digambarkan dengan terperincinya. Novel Namaku Merah ini diterjemah ke 24 bahasa dan menang Hadiah IMPAC Dublin pada 2003.

Orphan Pamuk menghabiskan masa 30 tahun menulis novel fiksyen dan wang bukanlah matlamat utama penulisan beliau.

Novel Kar (2002) (Snow (Salju), 2004), membicarakan kontra antara Islamisme dengan Westernisme di era Turki moden. New York Times mencatat Snow sebagai salah satu dari Sepuluh Buku Terbaik 2004. Ia juga menerbitkan sebuah memoir/catatan perjalanan İstanbul-Hatıralar ve Şehir pada 2003 (Versi Inggeris, Istanbul-Memories and the City (Istanbul-Kenangan dan Kota) 2005).

Pada 2005 Orphan Pamuk menang Hadiah Perdamaian Pameran Dagang Buku Jerman bernilai 25.000 Euro untuk karya sasteranya di mana utopia Eropah dan Turki Islam dapat disatukan. Hadiah ini diberikan oleh Gereja St. Paulus di Frankfurt.

Karya Orphan berdasarkan kehilangan jati diri dalam rempuhan tamadun Barat dengan tamadun Islam di Turki. Tentu sekali Barat menyenangi karya sebegini. Begitu banyak racauan dan kegelisahan yang begitu indah berestetika.

Kontroversi sunting

Tuduhan menghasut sunting

Dalam wawancara oleh majalah Das Magazin, di Switzerland pada Februari 2005 , Orphan Pamuk menyatakan 30,000 etnik Kurdi dan 1000,000 Armenia dibunuh dan tiada rakyat Turki berani tampil ke hadapan untuk membela, seumpama peristiwa Holokus di Jerman.

Pada Jun 2005, Turki menguatkuasakan undang-undang baru yang akan menghukum mereka yang menghina tindakan kerajaan Turki. Jika sabit kesalahan , akan dihukum penjara 6 bulan hingga 3 tahun. Orphan terlepas kerana ketika ucapan itu dilakukan, undang-undang itu belum dikuatkuasakan. Namun ramai rakyat Turki yang marah kepada Orphan Pamuk kerana dikatakan menghina negara bangsa Turki. Ada sebahagian enulis Turki menuduh Orphan Pamuk hanya mendedahkan keburukan negara dan bangsa Turki tapi memejamkan mata terhadap isu Palestin, Afghanistan, Iraq dan kekejaman yang dilakukan Amerika, Britain dan lain-lain kuasa besar. Sebelum ini Orphan Pamuk tidak konsisten membicarakan masalah etnik Kurdi dan Armenia.

Orphan Pamuk dituduh gilakan Hadiah Nobel yang akhirnya diberikan kepada Harold Pinter dari Britain. Ternyata Yaşar Kemal, sasterawan Turki lebih awal prihatin terhadap etnik Kurdi. Karya Orphan Pamuk dianggap mengganggu proses kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah.

Reaksi antarabangsa sunting

Kontroversi tentang Orphan Pamuk mendapat liputan masyarakat Eropah kerana Turki bakal menyertai Kesatuan Eropah. Pada 30 November, Parlimen Eropah setuju 5 wakil menyiasat pembersihan etnik Kurdi dan Armenia yang diketuai oleh Camiel Eurling.

Pada 1 Disember, Amnesty International mendesak Turki membatalkan penguatkuasaan Akta 301 , membenarkan Orphan Pamuk bersuara .

Pada 13 Disember, lapan penulis tersohor di dunia iaitu Jose Saramago, Gabriel Garcia Marquez, Günter Grass, Umberto Eco, Carlos Fuentes, Juan Goytisolo, John Updike dan Mario Vargas Llosa mengecam Turki kerana melanggar hak asasi manusia.

Hasil karya sunting

  • Cevdet Bey ve Oğulları (1982, Tn. Cevdet dan Anak-anaknya)
  • Sessiz Ev (1983, Rumah yang Sunyi)
  • Beyaz Kale (1985, Kastil Putih)
  • Kara Kitap (1990, Buku Hitam)
  • Yeni Hayat (1995, Kehidupan Baru)
  • Öteki Renkler (1999, Warna-warna Lain)
  • Benim Adım Kırmızı (2000, Namaku Merah)
  • Kar (2002, Salju)
  • İstanbul: Hatıralar ve Şehir (2003, Istanbul: Kenangan dan Kota)

Anugerah sunting

  • 1979 Penghargaan Pertandingan Novel Milliyet Press (Turki) untuk novelnya Karanlık ve Işık (pemenang bersama)
  • 1984 Hadiah Novel Madarali (Turki) untuk novelnya Sessiz Ev
  • 1990 Anugerah Fiksyen Asing Bebas (Britain) untuk novelnya Beyaz Kale
  • 1991 Prix de la Découverte Européenne (Hadiah Penemuan Eropa) (Perancis) untuk terjemahan bahasa Prancis novelnya Sessiz Ev
  • 2002 Prix du Meilleur Livre Etranger (Hadiah untuk Buku Asing Terbaik) (Perancis) untuk novelnya Namaku Merah
  • 2002 Premio Grinzane Cavour (Itali) untuk novelnya Namaku Merah
  • 2003 Penghargaan Sastra Internasional IMPAC Dublin (Ireland) untuk novelnya Namaku Merah
  • 2005 Hadiah Perdamaian Pameran Dagang Buku Jerman (Jerman)
  • 2005 Prix Medicis Etranger (Perancis) untuk novelnya Salju
  • 2006 Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan

Pautan luar sunting