Osman Gumanti (lahir di Sumatera Barat, Indonesia, 1916 - meninggal di Kuala Lumpur, Malaysia, 14 Disember 1973 pada umur 57 tahun) merupakan salah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu. Ia menghabiskan masa kecilnya di Minangkabau, sebelum merantau ke Malaya pada tahun 1950.

Osman Gumanti
Kelahiran1916
Meninggal dunia14 Disember 1973(1973-12-14) (umur 57)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Petaling Jaya, Selangor.[1]
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1950–1953
MajikanStudio Jalan Ampas
Kampung asalSumatra Barat

Kerjaya sunting

OSMAN Gumanti pada awalnya ialah seorang penari. Bagaimanapun ketika menari dalam filem "Chempaka" kemudian disusuli "Chinta" dan "Nilam" pengarah, B.S. Rajhans telah tertarik dengan ketanpanannya lalu ditawarkan berperanan hero dalam filem "Rachun Dunia" berheroinekan Kasma Booty. Menurut fakta, Osman Gumanti merupakan hero kedua (dianggap popular) selepas S. Roomai Noor yang diperkenalkan B.S. Rajhans dalam "Chinta" kemudian barulah L. Krishnan mengambil P. Ramlee sebagai hero dalam "Bakti" (1950). Sungguhpun Osman Gumanti tidak pernah berlakon tetapi peranannya sebagai Jamal dalam "Rachun Dunia" telah diperlihatkannya dengan baik dan secara kebetulan pula filem tersebut berjaya di box office. Pasangan Osman Gumanti-Kasma Booty begitu ideal dan menjadi idola sehingga berjaya menarik ramai peminat filem menyebabkan Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) mengarahkan B.S. Rajhans supaya dicari satu cerita lagi mengsesuaikan gabungan lakonan mereka berdua. Justeru itu, lahirlah filem bercorak fantasi "Dewi Murni" yang dipenuhi dengan 12 lagu sehinggakan "Ikan Di Laut Asam Di Darat (Jodoh)" nyanyian R. Azmi dan Rubiah (tetapi rakaman piringhitam digantikan dengan suara M. Yatim) begitu popular sampai ke hari ini. Anehnya, itulah filem terakhir dibintangi Osman Gumanti sebagai hero dan Kasma Booty berperanan heroine walaupun "Dewi Murni" mendapat sambutan tidak kurang hebatnya sebagaimana juga "Rachun Dunia". Kerana ketidaksesuaiaannya berada di studio MFP Jalan Ampas, selepas membintangi beberapa filem (terakhir "Tas Tangan Wanita"), Osman Gumanti beralih angin ke Nusantara Film kemudian ke Keris Film.

Filemografi sunting

Filem sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting