Packet One Networks

Packet One Networks (P1) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada bulan Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat buah syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada bulan 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama yang melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3 GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian
IndustriTelekomunikasi
Ditubuhkan2002
Ibu pejabatIbu pejabat di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingMicheal Lai (CEO)
Mohamad Idham Bin Nawawi (COO)
Kenny Wong (CMO)
KeluaranWiMAX
Jalur lebar
Bilangan kakitangan400+
Syarikat indukGreen Packet Bhd
Tapak webhttp://www.p1.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menajakan projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai ‘P1 Filmmakers Showcase’. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia. RUUMZ adalah platform jaringan sosial dalam talian Malaysia yang tersendiri dan ahli-ahlinya dapat bersantai, mendengar muzik, menonton filem, bermain games, berbual dan menjadi sebahagian dari komuniti siber yang segar. Sertailah sekarang!

Barangan dan perkhidmatan sunting

WiMAX sunting

P1W1MAX sunting

Khidmat WiMAX P1 merupakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tetap yang menggunakan spektrum WiMAX 2.3 GHz WiMAX dan piawaian 802.16e, yang juga dikenali sebagai Mobile WiMAX yang membolehkan capaian jalur lebar tanpa dawai sehingga 30 batu (50 km) dari stesen utama.

WIGGY sunting

Modem mudah alih P1 WIGGY [1] ialah modem WiMAX yang dikuasakan dengan port USB pada komputer.

Rujukan sunting

  1. ^ "WiMAX on the go". thestar.com.my. Dicapai pada 2009-04-09.

Pautan luar sunting