Dalam fizik teori, padanan anti-de Sitter/teori medan konformal (Bahasa Inggeris: anti-de Sitter/conformal field teori correspondence), pendeknya padanan AdS/CFT, kadang kala disebut kedualan Malcadena atau kedualan tolok/graviti, ialah perhubungan yang dikonjektur di antara dua teori fizik. Teori pertama ialah berkaitan ruang anti-de Sitter (AdS) yang digunakan dalam teori graviti kuantum yang diungkapkan melalui kerangka teori tetangsi atau teori-M. Teori kedua pula ialah berkaitan teori medan kuantum (CFT) iaitu sejenis teori medan kuantum termasuk teori Yang-Mills yang menerangkan zarah-zarah asas.