Paladium

Unsur kimia logam dengan nombor atom 46
46 rodiumpalladiumperak
Ni

Pd

Pt
Umum
Nama, Simbol, Nombor palladium, Pd, 46
Siri kimia logam peralihan
Kumpulan, Kala, Blok 10, 5, d
Rupa logam putih berperak
Jisim atom 106.42(1) g/mol
Konfigurasi elektron [Kr] 4d10
Bilangan elektron per petala 2, 8, 18, 18, 0
Sifat fizikal
Keadaan pepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) 12.023 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur 10.38 g/cm³
Takat lebur 1828.05 K
(1554.9 °C, 2830.82 °F)
Takat didih 3236 K

(2963 °C, 5365 °F)

Haba pelakuran 16.74 kJ/mol
Haba pengewapan 362 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) 25.98 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1721 1897 2117 2395 2753 3234
Sifat atom
Struktur hablur muka kubus berpusat
Keadaan pengoksidaan +2,0,±1
(oksida agak bes)
Keelektronegatifan 2.20 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 804.4 kJ/mol
kedua: 1870 kJ/mol
ketiga: 3177 kJ/mol
Jejari atom 140 pm
Jejari atom (kiraan) 169 pm
Jejari kovalen 131 pm
Jejari Van der Waals 163 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan tiada data
Rintangan elektrik (20 °C) 105.4 nΩ·m
Keberkonduktan haba (300 K) 71.8 W/(m·K)
Pengembangan terma (25 °C) 11.8 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus) (20 °C) 3070 m/s
Modulus Young 121 GPa
Modulus ricih 44 GPa
Modulus pukal 180 GPa
Nisbah Poisson 0.39
Skala kekerasan Mohs 4.75
Kekerasan Vickers 461 MPa
Kekerasan Brinell 37.3 MPa
Nombor CAS 7440-05-3
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
100Pd sin 3.63 d ε - 107Rh
γ 0.084, 0.074,
0.126
-
102Pd 1.02% Pd stabil dengan 56 neutron
103Pd sin 16.991 d ε - 103Rh
104Pd 11.14% Pd stabil dengan 58 neutron
105Pd 22.33% Pd stabil dengan 59 neutron
106Pd 27.33% Pd stabil dengan 60 neutron
107Pd sin 6.5×106 y β- 0.033 107Ag
108Pd 26.46% Pd stabil dengan 62 neutron
110Pd 11.72% Pd stabil dengan 64 neutron
Rujukan

Paladium merupakan suatu unsur kimia dalam jadual berkala yang memiliki simbol Pd dan nombor atom 46. Ia merupakan sejenis logam jarang dijumpai dengan warna putih keperakan yang ditemui pada 1803 oleh William Hyde Wollaston, yang menamakannya bersempena asteroid Pallas.[1]

Sejarah sunting

Paladium ditemui oleh pakar kimia Inggeris, William Hyde Wollaston pada tahun 1803. Beliau kemudiannya melaporkan penemuannya dalam sebuah penerbitan pada 1805.[2]

Sifat sunting

Paladium ialah sebuah logam berwarna putih keperakan seperti platinum. Seperti platinum, paladium juga tahan daripada pengoksidaan dan memiliki sifat mangkin yang baik. Paladium juga stabil secara kimia dan baik dalam mengalirkan elektrik.[3]

Isotop sunting

Paladium memiliki tujuh isotop alami, di mana enam daripadanya adalah stabil dan 107Pd merupakan isotop alami yang memiliki separuh hayat selama 6.5 juta tahun. Unsur ini juga memiliki 23 radioisotop dengan julat jisim atom daripada 91 ke 129,[4][5] di mana kebanyakannya mempunyai separuh hayat kurang dari 30 minit.

Sebatian sunting

Tahap-tahap pengoksidaan paladium yang paling umum ialah +2. Sebatian-sebatian paladium dengan tahap pengoksidaan 0 juga agak mudah dijumpai dan sebatian paladium(IV) pula lebih jarang ditemui berbanding dengan kedua-dua jenis sebatian di atas. Beberapa sebatian paladium(III) turut ditemui.[6]

Kewujudan sunting

Kira-kira 210 tan paladium telah dilombong pada 2018, di mana Rusia mendahului sektor perlombongan paladium dengan jumlah hasil sebanyak 85 tan, diikuti dengan Afrika Selatan, Kanada, Amerika Syarikat dan Zimbabwe.[7] Syarikat Norilsk Nickel dari Rusia merupakan syarikat pengeluar logam paladium terbesar, dengan merangkumi 41% jumlah pengeluaran paladium.[8]

Kegunaan sunting

Paladium paling banyak digunakan dalam penukar bermangkin sebagai mangkin.[9]

Logam paladium digunakan sebagai komponen bagi pemuat seramik pelbagai lapisan (MLCC) dan litar bersepadu hibrid dalam peralatan elektronik umum disebabkan oleh sifat kekonduksian elektrik dan tahan lama paladium.[10][11] Papan induk komputer boleh mempunyai 80 g per tan paladium dan telefon bimbit pula memiliki 130 g per tan logam tersebut.[12]

Paladium juga digunakan dalam kuantiti kecil dalam beberapa jenis amalgam pergigian untuk mengurangkan kesan hakisan.[13] Inlai pergigian juga ditambah dengan paladium.

Dalam aspek barangan kemas, paladium kadangkala ditambahkan kepada emas untuk menghasilkan aloi "emas putih".

Rujukan sunting

  1. ^ Hiromu, Sakurai (1998). Genso 111 no Shinchishiki (dalam bahasa Jepun). Kodansha. m/s. 218. ISBN 4-06-257192-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Wollaston, W. H. (1805). "On the Discovery of Palladium; With Observations on Other Substances Found with Platina". Philosophical Transactions of the Royal Society of London. 95: 316–330. doi:10.1098/rstl.1805.0024.
  3. ^ Bell, Terence. "Palladium's Properties, Characteristics and Applications". The Balance. Dicapai pada 14 Julai 2019.
  4. ^ "Atomic Weights and Isotopic Compositions for Palladium (NIST)". 2009-08-23. Dicapai pada 12 November 2009.
  5. ^ Schopper, H. (2009). "Atomic Mass and Nuclear Binding Energy for Pd-129 (Palladium)". Nuclei with Z = 1 - 54. doi:10.1007/978-3-540-69945-3.
  6. ^ Powers, David C; Ritter, Tobias (2011). "Palladium(III) in Synthesis and Catalysis". Higher Oxidation State Organopalladium and Platinum Chemistry. Topics in Organometallic Chemistry. 35. m/s. 129–156. doi:10.1007/978-3-642-17429-2_6. ISBN 978-3-642-17428-5. PMC 3066514. PMID 21461129.
  7. ^ "Platinum-Group Metals". Mineral Commodity Summaries 2019 (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 10.3133/70202434: USGS. 2019. m/s. 125. ISBN 978-1-4113-4283-5.CS1 maint: location (link)
  8. ^ Bell, Terence. "The 10 Biggest Platinum Producers". The Balance. Dicapai pada 14 Julai 2019.
  9. ^ "Palladium". United Nations Conference on Trade and Development. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2006. Dicapai pada 5 February 2007.
  10. ^ Shaffer, Christopher (20 Januari 2015). "Platinum Group Metals Connect: Electronics Applications". Thermo Fisher Scientific (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2019.
  11. ^ "Electrodes and Other Electronics". International Platinum Group Metals Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Julai 2019.
  12. ^ Hagelüken, Christian (2012). "Recycling the Platinum Group Metals: A European Perspective". Platinum Metals Review (dalam bahasa Inggeris). 56 (1). doi:10.1595/147106712x611733.
  13. ^ Colon, Pierre; Pradelle-Plasse, Nelly; Galland, Jacques (2003). "Evaluation of the long-term corrosion behavior of dental amalgams: influence of palladium addition and particle morphology". Dental Materials. 19 (3): 232–9. doi:10.1016/S0109-5641(02)00035-0. PMID 12628436.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Paladium di Wikimedia Commons