Pantai Dalam (Tulisan jawi: ڤنتاي دالم) ialah sebuah kawasan perumahan yang terletak di barat daya Kuala Lumpur. Pantai Dalam berada di dalam bahagian pilihan raya Parlimen Lembah Pantai yang diwakili YB Fahmi Fadzil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Dewan Rakyat. [1] Nama Pantai Dalam diambil daripada Kampung Pam Thai Dalam yang terdahulunya dikenali kerana loji rawatan pembetungan yang terletak di pusat Pantai.

Jalan Pantai Dalam di Pantai Dalam
Pantai Dalam terdiri daripda pelbagai bangunan perumahan bertingkat, salah satunya ialah PPR Pantai Ria

Demografi sunting

Kebanyakan penduduk di sini merupakan pekerja kolar biru yang menetap di rumah pangsa yang dijual melalui Program Perumahan Rakyat apabila mereka ditempatkan semula dari rumah setinggan mereka; pelajar Universiti Malaya; serta pegawai polis dan kakitangan yang berkaitan, umumnya dari Desa Aman 1 dan 2.

Penduduk Pantai Dalam tersiri daripada 49% orang Melayu, 19% orang Cina dan 32% orang India. Beberapa orang setinggan masih mentikan pembelian rumah daripada program tersebut yang telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum pilihan raya umum 2008.

Pantai Dalam dihubungkan dengan bahagian Lembah Klang lain melalui Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuhraya Persekutuan.

Pengangkutan sunting

Pengangkutan awam di Pantai Dalam merangkumi pelbagai cara pengangkutan seperti bas, kereta api dan teksi. Antara perkhidmatan bas yang disediakan ialah Rapid KL dan Metrobus. Perkhidmatan kereta api bermula dari KTM Komuter di stesen Komuter Pantai Dalam, stesen Komuter Petaling dan stesen Komuter Angkasapuri, dan dari Laluan Kelana Jaya di stesen LRT Kerinchi, stesen LRT Abdullah Hukum dan stesen LRT Universiti.

Kawasan kejiranan sunting

Terdapat pelbagai kawasan perumahan yang lebih kecil yang membentuk kawasan Pantai Dalam secara keseluruhannya. Antaranya ialah:

  • The Park Residences
  • Pantai Hillpark
  • Kampung Pantai
  • PPR Sri Pantai
  • PPR Pantai Ria
  • PPR Sri Cempaka
  • PPR Kerinchi
  • Desa Aman 1 & 2
  • Pantai Murni
  • Pantai Permai
  • Taman Bukit Angkasa
  • Pantai Baru
  • Kampung Pasir
  • Taman Pantai Dalam
  • Taman Pantai Indah
  • PPR Kampung Limau
  • Kondominium Pantai Panorama
  • Capri by Fraser
  • Camellia Serviced Apartment
  • KL Gateway
  • Kondo Rakyat Desa Pantai

Rujukan sunting

  1. ^ "PRU-13: Rasmi - Nurul Izzah menang di Lembah Pantai". Utusan Online. 5 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 10 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)