Papilionoidea (dari genus Papilio yang bermaksud "kupu-kupu") merupakan salah sebuah superfamili kupu-kupu selain Hesperioidea dan Hedyloidea.

Papilionoidea
Papilio demodocus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
(tanpa pangkat):
Superkeluarga:
Papilionoidea

Latreille, 1802
Famili
Charaxes brutus

Diusulkan bahawa kedudukan filogenetik Papilionoidea adalah seperti berikut:[1]

Rhopalocera

Papilionoidea (kupu-kupu sejati)

Hesperiidae (skipper)

Hedylidae (kupu-kupu rerama Amerika)

Sesetengah pengarang menganggap kelompok ini sebagai satu siri Papilioniformes di dalam sebuah superfamili yang turut merangkumi Hesperiidae, namun tidak semua sepakat bahawa semua kupu-kupu terdiri daripada satu klad. Hesperiidae amat berbeza dengan kupu-kupu yang lain. Anggota-anggota Papilionoidea boleh dibezakan daripada kupu-kupu lain dengan sifat-sifat yang berikut:

  • tubuhnya lebih kecil dan kurang seakan rama-rama;
  • kepaknya lebih besar;
  • sesungutnya lurus dan tongkol (berbanding sesungut Hesperiidae yang bengkok);
  • pupanya berbentuk bersudut, tidak bundar.


Famili Papilionoidea sunting

Papilionoidea terdiri daripada lima famili yang cukup disokong dengan bukti, iaitu:

Di kalangan subfamili Nymphalidae, hanya Morphinae dan Satyrinae yang mungkin berparafili, tetapi dua subfamili tersebut membentuk sebuah klad yang kuat disokong dengan Charaxinae sebagai kelompok saudara.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Tree of LifeAccessed January 2007
  2. ^ Gerardo Lamas (2008) Systematics of butterflies (Lepidoptera: Hesperioidea and Papilionoidea) in the world: current state and future perspectives (in Spanish). In: Jorge Llorente-Bousquets and Analía Lanteri (eds.) Contribuiciones taxonómicas en ordens de insectos hiperdiversos. Mexico City: UNAM. Pp. 57-70.

Templat:Lepidoptera