Paramaribo (Sebutan Bahasa Belanda: /ˌpaːraːˈmaːriboː/) ialah ibu negara Suriname dan bandarnya yang paling besar, dan terletak di tebing Sungai Suriname di Daerah Paramaribo.

Paramaribo
NegaraSuriname
DaerahDaerah Suriname
Keluasan
 • Jumlah182 km2 (70 batu persegi)
Aras
3 m (10 ft)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah240,924
 • Kepadatan1,300/km2 (3,000/batu persegi)
Zon waktuUTC-3 (UTC-3)

Bandar ini dinamai sempena puak Paramaribo yang tinggal di muara Sungai Suriname.[1] Nama Paramaribo mungkin ialah pengubahan pada nama kampung orang asli, Parmirbo. Bandar ini terletak di Sungai Suriname, kira-kira 15 km dari Lautan Atlantik di daerah Paramaribo. Paramaribo mempunyai jumlah penduduk sebanyak 240924 orang. Paramaribo ialah pusat perniagaan dan kewangan Suriname. Mengikut pentadbirannya, Paramaribo berada dalam lingkungan daerahnya sendiri di Suriname. Paramaribo dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Johan Adolf Pengel dan Lapangan Terbang Zorg en Hoop untuk penerbangan tempatan. Institusi pengajian tinggi Paramaribo ialah Universiti Suriname Anton de Kom, yang merupakan satu-satunya universiti di negara ini. Paramaribo menempatkan 4 hospital, iaitu Hospital Akademik Paramaribo, Hospital 'S Lands, Hospital Sint Vincentius dan Diakonessenhuis. Bandar jajahan Belanda yang ditubuhkan pada kurun ke-17 dan ke-18 diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2002. Antara mercu tanda yang terkemuka ialah Istana Zeelandia, Istana Presiden Suriname, Gereja Katolik Roman St Peter dan St Paul, Masjid Suriname dan lain-lain.

Rujukan sunting

  1. ^ E.M. Pospelov, Geograficheskie nazvaniya mira (Moscow: Russkie slovari, 1998), p. 322.