Paramesium (atau binatang kasut[1]) ialah protozoa air tawar dalam genus Paramecium yang badannya bujur, diliputi membran plasma yang berbulu (silia), berbentuk tetap dan leper seperti selipar, dan mempunyai alur ber­bentuk corong untuk makan (mulut).

Paramesium
Paramecium aurelia
Pengelasan saintifik
Domain:
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Paramecium

Müller, 1773
Spesies

Paramecium aurelia
Paramecium bursaria
Paramecium caudatum
Paramecium tetraurelia

Paramesium tersebar luas di persekitaran air tawar, dan terutamanya biasa dijumpai dalam kumbahan. Kini, beberapa spesies baru Paramesium telah dijumpai di lautan.

Sesetengah eukariot sel tunggal seperti Paramecium merupakan contoh pengecualian kepada kod genetik sejagat: dalam sistem terjemahan mereka beberapa kodon berbeza daripada genetik piawai.

Fisiologi sunting

Sel menyerupai sferoid,[2] dengan hujung tumpul di hadapan dan runcing di belakang. Pelikel adalah kaku tetapi selaput lentur memberikan Paramecium bentuk khususnya. Menyelitupi bahagian luarannya adalah struktur seperti rerambut, dikenali sebagai silia. Pada bahagian sisi, bermula di hadapan dan berterusan separuh jalan, adalah liang oral, yang mengumpulkan makanan sehingga ia di sapu masuk ke mulut sel. Terdapat bukaan pada bahagian belakang yang dikenali sebagai liang dubur ("anal pore"). Vakuol contractile dan salurannya yang tersebar, dirujuk sebelumnya sebagai pengosmokawalaturan organisma, juga terdapat di luar Paramecium. Paramesium biasanya dikelirukan dengan Blepharisma.

Paramecium mengandungi sitoplasma, trikosista, tekak, vakuol makanan, makronukleus, dan mikronukleus. Ia juga memiliki vakuol mengecut yang menyingkirkan air agar sel tidak pecah kerana air yang berlebihan yang bebas memasuki selaput disebabkan oleh sifat separa telap selaput.

Pergerakan sunting

Silia merupakan struktur pergerakan lokomotif Paramecium. Agar Paramecium boleh bergerak ke hadapan, silianya bergerak menurut rentak pada sudut 120 darjah, ke belakang secara serentak (iaitu, silium mengeliat dari hujung ke pangkal). Ini bererti bahawa Paramecium bergerak dengan sulur melalui air di paksi yang maya. Paramecium juga boleh bergerak ke belakang apabila silia mengepuk ke hadapan pada sudut dengan serentak.

Sekiranya Paramecium melanggar halangan ia mengundur, belok sedikit dan bergerak ke hadapan lagi. Jika ia kembali melanggar objek pepejal sekali lagi, ia akan mengulangi proses ini sehingga ia melepasi objek tersebut.

Mengumpul makanan sunting

Paramecia makan organisma mikro seperti bakteria, alga, dan yis. Untuk mengumpulkan makanannya, Paramecium menggunakan cilianya bagi menyapu makanannya sepanjang bersama air ke dalam mulut sel selepas ia jatuh ke dalam liang tekak (oral groove). Makanan masuk melalui mulut sel kedalam perutnya. Apabila makanan yang mencukupi telah terkumpul di pangkal tekak, ia membentuk satu vakuol makanan dalam sitoplasma, dan bergerak melalui sel itu, melalui bahagian belakang terlebih dahulu. Ketika ia bergerak, enzim daripada sitoplasma memasuki vakuol untuk mencerna kandungan, nutrien yang dicerna kemudian memasuki sitoplasma, dan vakuol mengecut. Apabila vakuol sampai ke liang dubur, ia pecah, menyingkirkan sisa kandungan kepada bahagian luar.

Simbiosis sunting

Salah satu hubungan simbiotik yang paling menarik yang diketahui ialah Paramecium aurelia dan bakteria endosimbionta. Lihat juga simbiosis Chlorella dengan Paramecium bursaria.

Genom sunting

Genom Paramecium telah dijujukkan (spesies: Paramecium tetraurelia), memberi bukti bagi salinan tiga pertindihan keseluruhan genom.[3]

Bagi sesetengah siliat, seperti Stylonychia dan Paramecium, hanya UGA dinyahkod sebagai kodon henti, sementara UAG dan UAA diatur kembali sebagai kodon deria.[4]

Belajar sunting

Persoalan mengenai sama ada spesies Paramecium memaparkan pembelajaran telah menjadi objek banyak uji kaji, menghasilkan keputusan yang bercampur-campur. Dalam salah satu uji kaji paling terkini yang diterbitkan,[5] pengarang, dengan menggunakan voltan sebagai penggalak, menyimpulkan bahawa Paramecium mampu membezakan antara tahap keterangan cahaya yang berbeza.

Rujukan sunting

  1. ^ "binatang kasut". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ "O. F. Muller". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-26. Dicapai pada 2012-02-26.
  3. ^ Aury JM, Jaillon O, Duret L; dll. (2006). "Global trends of whole-genome duplications revealed by the ciliate Paramecium tetraurelia". Nature. 444 (7116): 171–8. doi:10.1038/nature05230. PMID 17086204. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Lekomtsev S, Kolosov P, Bidou L, Frolova L, Rousset JP, Kisselev L (2007). "Different modes of stop codon restriction by the Stylonychia and Paramecium eRF1 translation termination factors". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 104 (26): 10824–9. doi:10.1073/pnas.0703887104. PMC 1904165. PMID 17573528. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Armus, H.L., Montgomery, A.R., Jellison, J.L. (Fall 2006). "Discrimination Learning in Paramecia (P. caudatum)". Psychological Record. 56 (4): 489–498. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-13. Dicapai pada 2012-02-26.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting