Parc des Princes (Sebutan bahasa Perancis: [paʁk de pʁɛ̃s]) merupakan sebuah stadium bola sepak di Daerah 16, Paris, Perancis,[1] berdekatan dengan Stade Jean-Bouin dan Stade Roland Garros.[1][2]

Parc des Princes
Lokasi24 Rue du Commandant Guilbaud
75016 Paris, Île-de-France, Perancis
Koordinat48°50′29″N 2°15′11″E / 48.84139°N 2.25306°E / 48.84139; 2.25306Koordinat: 48°50′29″N 2°15′11″E / 48.84139°N 2.25306°E / 48.84139; 2.25306
Transit awamParis Métro Paris Métro Line 9 Porte de Saint-Cloud
PentadbirParis Saint-Germain
Kapasiti47,929
Rekod kehadiran50,370 (Ragbi: Perancis vs Wales, 18 Februari 1989)
Saiz Padang105 m × 68 m (344 ka × 223 ka)
PermukaanGrassMaster oleh Tarkett Sports
Pembinaan
Dibina1967 (sekarang)
Dibuka25 Mei 1972 (1972-05-25)
Pengubahsuaian1997–1998, 2014–2016
Kos pembinaan150 juga FRF (1972)
ArkitekRoger Taillibert & Siavash Teimouri
Tuan rumah
Paris Saint-Germain (1974–kini)

Stadium ini, dengan kapasiti tempat duduknya sebanyak 47,929, telah menjadi gelanggang sendiri (home ground) bagi Paris Saint-Germain sejak 1974.[3][4] Sebelum pembukaan Stade de France pada 1998, stadium ini juga merupakan gelanggang sendiri pasukan bola sepak kebangsaan Perancis dan pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis.[4] Padang Parc des Princes dikelilingi oleh tempat duduk yang berbumbung di empat sisinya, yang secara rasminya dikenali sebagai Tribune Borelli, Tribune Auteuil, Tribune Paris, dan Tribune Boulogne.[5]

Direka oleh arkitek Roger Taillibert dan Siavash Teimouri, versi sekarang stadium ini dibuka secara rasmi pada 25 Mei 1972, dengan kos sebanyak 80–150 juta franc.[6][7] Sebelum ini, dua stadium pernah dibina di atas tapak tersebut, dengan yang pertama dibuka pada 1897 dan yang kedua pada 1932.[2]

Rekod kehadiran penonton tuan rumah bagi PSG adalah pada 1983, apabila 49,575 penonton menyaksikan kemenangan kelab tersebut (dengan mata 2–0) semasa berlawan dengan Waterschei dalam peringkat suku akhir Piala Winners UEFA.[8] Namun, rekod keseluruhan kehadiran penonton tercatat oleh pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis semasa mereka mengalahkan Wales dengan mata 31–12 dalam Kejohanan Lima Bangsa 1989 di hadapan 50,370 penonton.[9]

Sejarah sunting

Stadium asal (1897–1932) sunting

Asalnya dikenali sebagai Stade Vélodrome du Parc des Princes, stadium ini dibuka pada 18 Julai 1897. Tapak ini sebelum ini merupakan taman berhutan yang digunakan oleh kerabat diraja Perancis sebelum Revolusi Perancis. Oleh itu, stadium ini dinamakan Parc des Princes (Bahasa Melayu: Taman Putera).[7][10]

Dengan lebih daripada 3,000 tempat duduk, velodrom ini mempunyai balapan yang berpanjang 728-ela.[7][10] Pengarah stadium itu, Henri Desgrange, merupakan seorang bekas atlet lumba basikal serta pengasas majalah berbasikalL'Auto (duluan L'Équipe).[10] Le Parc merupakan tempat penamatan Tour de France sejak edisi pertamanya pada 1903 sehingga 1967.[4] Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 1900 telah diadakan di Parc des Princes.[10]

Pada 1903, sebuah pasukan England mengalahkan dengan mudahnya sebuah pasukan yang terdiri daripada pemain terbaik Paris (11–0) di hadapan 984 penonton, perlawanan ini merupakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang pertama di Parc des Princes.[7] Pada 1905, pasukan bola sepak kebangsaaan Perancis memain perlawanan pertama mereka di Perancis apabila mengalahkan Switzerland dengan mata 1–0 di le Parc.[7][10] Selepas itu, stadium ini juga menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan yang berprestij, serta empat perlawanan akhir Kejohanan Perancis USFSA dan perlawanan akhir Coupe de France 1919 antara CASG Paris dan Olympique de Paris di hadapan 10,000 penonton.[7]

 
Parc des Princes asal yang dilitupi salji pada 1908.

Gelanggang sendiri PSG juga mempunyai sejarah yang panjang sebagai tempat pertandingan ragbi antarabangsa.[2] Pada 1906, pasukan ragbi kebangsaan Perancis memain pertandingan antarabangsa pertama mereka dengan pasukan New Zealand. Penyewa lain stadium ini termasuklah Racing Club de France.[10]

Kapasiti stadium ini telah ditambah hingga 20,000 sebelum Sukan Olimpik Musim Panas 1924 yang diadakan di Paris. Namun, Stade Olympique Yves-du-Manoir, yang telah diluaskan sehingga 60,000 tempat duduk, menganjurkan pertandingan itu.[10]

Stadium kedua (1932–1972) sunting

Pada 1930-an, pengasas L'Auto Henri Desgrange dan rakan niaganya Victor Goddet melaksanakan projek pembinaan semula Parc des Princes dan meluaskan stadium tersebut sehingga mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 45,000, termasuk 26,000 tempat duduk berbumbung.[7][10] Stadium baharu dibuka pada 19 April 1932.[2][7] Namun, kapasitinya telah kemudiannya dikurangkan sehingga 38,000 untuk menambah baik keselesaan penonton.[7] Le Parc telah menganjurkan perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 1938 antara Switzerland denga Jerman serta perlawanan separuh akhir antara Hungary dengan Sweden. Namun Stade Olympique Yves-du-Manoir kekal sebagai stadium yang lebih penting dan menganjurkan perlawanan akhir Piala Dunia 1938 yang menyaksikan Itali mengalahkan pasukan Hungary dengan mata 4–2 untuk merangkul Piala Dunia keduanya secara berturut-turut.[10]

Ekoran daripada Pembebasan Paris pada Ogos 1944 dan penamatan Perang Dunia II pada September 1945, kejohanan bola sepak Perancis telah kembali, dengan kelab Paris yang besar seperti Stade français-Red Star dan Racing Paris memain di stadium ini dari semasa ke semasa. Masih kekal dengan balapan lumba basikalnya yang berpanjang 454 meter, Tour de France juga diadakan di stadium ini.[4][7] Le Parc juga menganjurkan perlawanan akhir Piala Dunia Liga Ragbi 1954, yang menyaksikan Great Britain mengalahkan pasukan tuan rumah Perancis;[11] perlawanan akhir Piala Eropah pertama pada 1956 yang dimenangi oleh Real Madrid;[4] serta perlawanan akhir Piala Bangsa Eropah pertama pada 1960, yang menyaksikan Kesatuan Soviet mengalahkan pasukan Yugoslavia.[2]

Stadium kini (sejak 1972) sunting

Reka bentuk sunting

 
Parc des Princes yang kedua pada 1932.

Direka oleh arkitek Perancis Roger Taillibert dan artis Iran Siavash Teimouri, reka bentuk bagi Parc des Princes yang ketiga dan terkini dianggap inovatif ketika itu, membenarkan penonton menikmati garis penglihatan yang sangat baik kerana tiada tempat duduk yang terletak lebih jauh daripada 45 meter daripada padang.[1][10] Stadium ini juga merupakan stadium pertama yang menggunakan sistem pencahayaan yang diintegrasikan ke dalam bumbung berbentuk bujurnya. Sehingga kini, stadium ini masih dipuji atas akoustik uniknya dan rusuk konkritnya yang tersendiri.[1]

Digelar dalam bahasa Perancis sebagai sebuah 'caisse de résonnance' ('kotak suara') kerana dimensi yang ketatnya dan suasana penyokongnya, stadium ini merupakan tempat sukan yang paling bersejarah dan berlambang di Eropah.[4][10] Walaupun luarannya tidak lagi mengkagumkan dalam era stadium multimedia ini, namun rusuk konkritnya kekal sebagai satu ikon. Stadium ini merupakan sebuah mercu tanda dan ikon seni bina Perancis yang dilindungi mengikut undang-undang.[12]

Pembukaan dan Paris Saint-Germain sunting

Parc des Princes dibuka secara rasminya pada 25 Mei 1972 sempena perlawanan bola sepak antara Perancis dan USSR. Stadium baharu ini telah menganjurkan peringkat akhir Coupe de France 1972 antara Olympique de Marseille dan Bastia pada 4 Jun 1972.[7][10] Pada tahun yang sama, Paris Saint-Germain (PSG), yang merupakan gabungan antara Kelab Bola Sepak Paris (PFC) dan Stade Saint-Germain, telah berpisah. Paris FC kekal dalam Divisyen 1 manakala PSG mengekalkan nama mereka tetapi telah diturun ke Divisyen 3.[13][14]

PSG memain perlawanan pertama mereka di Parc des Princes apabila berdepan dengan Red Star pada 10 November 1973, sebagai pembuka tirai musim liga tersebut antara PFC dan Sochaux. PSG menang dengan mata 3–1 manakala Othniel Dossevi meraikan gol pertama bagi kelab itu dii Parc de Princes.[15] PSG kembali ke Ligue 1 pada 1974. Yang ironiknya, Paris FC (PFC) diturunkan pangkat pada tahun yang sama. PSG segera berpindah ke Parc des Princes, yang setakat itu merupakan gelanggang sendiri PFC.[13][14] Sebelum itu, PSG telah bermain di beberapa stadium seperti Stade Municipal Georges Lefèvre, Stade Jean-Bouin, Stade Bauer, dan di Parc des Princes beberapa kali setelah dibenarkan oleh PFC dengan perasaan enggan.[16][17] Selepas itu, Paris FC dan Racing Paris juga bermain di Parc des Princes ketika mereka berada di Ligue 1 (hingga 1990).[7]

 
Parc des Princes dilihat dari atas. Stadium di sebelahnya ialah Stade Jean-Bouin (Paris).

Berikutan dengan pembukaannya, Parc des Princes akhirnya menjadi stadium terbesar Perancis.[10] Stadium ini telah menganjurkan perlawanan akhir piala antarabangsa dan kebangsaan, termasuk setiap Coupe de France dari 1972 hingga 1997, dan tiga perlawanan akhir kelab Eropah: Piala Eropah 1975, Piala Winner Eopah 1978 dan Piala Eropah 1981.[2][10] Yang paling penting, le Parc menyaksikan Perancis mengalahkan Sepanyol dalam perlawanan akhir UEFA Euro 1984 dan merangkul juara pertamanya. Pada 1992, Perancis telah dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 1998. Edisi tersebut merupakan kali pertama Perancis menganjurkan kejohanan tersebut sejak 1938. Pembinaan stadium baharu bermula pada Mei 1995, pada masa yang sama Parc des Princes pula menganjurkan perlawanan akhir Piala Winner Eropah 1995.[10]

Dibuka pada Januari 1998, Stade de France telah menggantikan le Parc sebagai tempat pertandingan antarabangsa, dengan perlawanan akhir antarabangsa yang terakhirnya, perlawanan akhir Piala UEFA 1998 diadakan pada tahun yang sama.[10] Les Bleus hanya bermain di Parc des Princes sebanyak dua kali selepas 1998: apabila berdepan dengan Scotland ketika kelayakan UEFA Euro 2008 pada September 2007, dan ketika berlawan dengan Australia dalam satu perlawanan persahabatan pada Oltober 2013.[18] Walau bagaimanapun, stadium ini masih menganjurkan pertandingan dalam Piala Dunia FIFA 1998, Piala Dunia Ragbi 2007, UEFA Euro 2016 dan Piala Dunia Wanita FIFA 2019.[2][4]

Pengubahsuaian dan perluasan sunting

Pada November 2013, PSG mencapai satu persetujuan dengan Majlis Bandaraya Paris, pemilik Parc des Princes, untuk memanjangkan pajakan stadium mereka sehingga 2043.[10][19][20] Seterusnya, di bawah pimpinan arkitek Amerika Tom Sheehan, PSG melakukan satu projek penaiktarafan bagi Parc de Princes sepanjang tiga tahun yang berharga €75 juta (2012, 2013–2014, 2015–2016) dan projek itu tamat sebelum berlangsungnya UEFA Euro 2016 di Perancis.[12][20]

Dua baris tempat duduk telah ditambah. Walaupun kapasitinya masih kekal pada 48,000, tempat duduknya telah menjadi lebih besar dan selesa.[20] Kapasiti hospitaliti telah bertambah dari 1,200 hingga 4,500 dan bangku pemain gantian serta bilik persalinan baharu telah dipasang.[4][20]

PSG juga sedang berharap untuk meningkat kapasiti stadium ini hingga 60,000 dalam beberapa tahun yang akan datang.[20] Sejak memiliki kelab itu, Qatar Sports Investments (QSI) telah mengatakan bahawa sebuah stadium yang lebih besar merupakan salah satu cara untuk menjadikan PSG sebagai salah satu kelab Eropah yang terkemuka. Asalnya, terdapat dua pilihan yang telah dipertimbangkan: berpindah ke Stade de France atau meluaskan Parc des Princes. Pilihan pertama telah dibuang ekoran projek pembangunan semula le Parc sebelum Euro 2016. Perluasan sebelum kejohanan bermula dibuktikan adalah mustahil, namun mengikut Timbalan CEO PSG Jean-Claude Blanc rancangan kelab itu tidak berubah.[21] Wujudnya juga khabar angin bahawa QSI berniat untuk membeli Parc des Princes dengan harga €150 juta.[10]

Perlawanan kejohanan utama sunting

Perlawanan Piala Dunia FIFA 1938 sunting

Tarikh Masa (WEST) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
4 Jun 1938 17:00   Switzerland 1–1 (a.e.t.)   Jerman Pusingan Pertama 27,152
9 Jun 1938 18:00   Jerman 2–4   Switzerland Perlawanan semula Pusingan Pertama 20,025
16 Jun 1938 18:00   Hungary 5–1   Sweden Separuh akhir 20,000

Perlawanan Piala Dunia Liga Ragbi 1954 sunting

Tarikh Masa (CET) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
30 Oltober 1954 Perancis 22–13 New Zealand Pusingan Pertama 13,240
13 November 1954 12–16 Great Britain Peringkat Akhir 30,368

Perlawanan Piala Bangsa Eropah 1960 sunting

Tarikh Masa (CET) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
6 Julai 1960 20:00   Perancis 4–5   Yugoslavia Separuh akhir 26,370
10 July 1960 21:30   Kesatuan Soviet 2–1 (a.e.t.)   Yugoslavia Peringkat akhir 17,966

Perlawanan Piala Dunia Liga Ragbi 1972 sunting

Tarikh Masa (CET) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
1 November 1972 Australia 9–5 New Zealand Pusingan Pertama 8,000

Perlawanan UEFA Euro 1984 sunting

Tarikh Masa (CEST) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
12 Jun 1984 20:30   Perancis 1–0   Denmark Kumpulan 1 47,570
20 Jun 1984 20:30   Jerman Barat 0–1   Sepanyol Kumpulan 2 47,691
27 Jun 1984 20:00   Perancis 2–0 Peringkat akhir 47,368

Perlawanan Piala Dunia Ragbi 1991 sunting

Tarikh Masa (CEST) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
19 Oltober 1991 Perancis 10–19 England Suku akhir 48,500

Perlawanan Piala Dunia FIFA 1998 sunting

Tarikh Masa (CEST) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
15 Jun 1998 21:00   Jerman 2–0   Amerika Syarikat Kumpulan F 45,500
19 Jun 1998 17:30   Nigeria 1–0   Bulgaria Kumpulan D 45,500
21 Jun 1998 17:30   Argentina 5–0   Jamaica Kumpulan H 45,500
25 Jun 1998 16:00   Belgium 1–1   Korea Selatan Kumpulan E 45,500
28 Jun 1998 21:00   Brazil 4–1   Chile Pusingan 16 45,500
11 Julai 1998 21:00   Belanda 1–2   Croatia Tempat ketiga 45,500

Perlawanan Piala Dunia Ragbi 2007 sunting

Tarikh Masa (CEST) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
9 September 2007 16:00 Afrika Selatan 59–7 Samoa Kumpulan A 46,575
19 September 2007 20:00 Itali 31–5 Portugal Kumpulan C 45,476
28 September 2007 21:00 England 36–20 Tonga Kumpulan A 45,085
30 September 2007 17:00 [[Ireland 15–30 Argentina Kumpulan D 45,450
19 October 2007 21:00 Perancis 10–34 Tempat ketiga 45,958

Perlawanan UEFA Euro 2016 sunting

Tarikh Masa (CEST) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
12 Jun 2016 15:00   Turki 0–1   Croatia Kumpulan D 43,842
15 Jun 2016 18:00   Romania 1–1   Switzerland Kumpulan A 43,576
18 Jun 2016 21:00   Portugal 0–0   Austria Kumpulan F 44,291
21 Jun 2016 18:00   Ireland Utara 0–1   Jerman Kumpulan C 44,125
25 Jun 2016 18:00   Wales 1–0   Ireland Utara Pusingan 16 44,342

Perlawanan Piala Dunia Wanita FIFA 2019 sunting

Tarikh Masa (CEST) Pasukan #1 Mata Pasukan #2 Pusingan Kehadiran
7 Jun 2019 21:00   Perancis 4–0   Korea Selatan Kumpulan A 45,261
10 Jun 2019 18:00   Argentina 0–0   Jepun Kumpulan D 25,055
13 Jun 2019 21:00   Afrika Selatan 0–1   China Kumpulan B 20,011
16 Jun 2019 18:00   Amerika Syarikat 3–0   Chile Kumpulan F 45,594
19 Jun 2019 21:00   Scotland 3–3   Argentina Kumpulan D 28,205
24 June 2019 21:00   Sweden 1–0   Kanada Pusingan 16 38,078
28 June 2019 21:00   Perancis 1–2   Amerika Syarikat Suku akhir 45,595

Konsert sunting

Konsert terkemuka di Parc de Princes
Tarikh Artis Jelajah Kehadiran
23 Jun 2007 Muse Black Holes and Revelations Tour N/A
30 Jun 2007 Genesis Turn It On Again: The Tour 49,606
6 Julai 2007 Red Hot Chili Peppers Stadium Arcadium World Tour N/A
27 Julai 2008 Bruce Springsteen Magic Tour 40,661
7 September 2009 Coldplay Viva la Vida Tour 50,335
11 Jun 2022 DJ Snake dengan David Guetta [22] 63,000
18 Jun 2022 Dadju [23]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "PARC DES PRINCES". Paris2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2016. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  2. ^ a b c d e f g "Parc des Princes". UEFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2016. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  3. ^ "Parc des Princes". PSG.FR. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2017. Dicapai pada 19 Julai 2017.
  4. ^ a b c d e f g h "The lowdown on the Parc des Princes". Real Madrid CF. 21 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2016. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  5. ^ "Plan du Parc". PSG.FR. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2017. Dicapai pada 2 Mac 2017.
  6. ^ "PSG firmly in the pantheon". FIFA.com. 17 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2015. Dicapai pada 18 Jun 2014.
  7. ^ a b c d e f g h i j k l "Le Parc des Princes". Info PSG. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2016. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  8. ^ "PSG-OM, record d'affluence au Parc des Princes en L1". Paris.canal-historique. 24 Oktober 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2016. Dicapai pada 23 November 2016.
  9. ^ "Parc des Princes Paris". Stadium and Attendances. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2016. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  10. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Parc des Princes". The Blizzard. 4 September 2017. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  11. ^ "World Cup 1954". Rugby League Project. 10 Mac 2020. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  12. ^ a b "Euro 2016: Parc des Princes". StadiumDB.com. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  13. ^ a b "Histoire du Paris Saint Germain". PSG70. Dicapai pada 2 April 2019.
  14. ^ a b "A brief history: Paris FC". thefootballcult – Medium. 16 Januari 2018. Dicapai pada 2 April 2019.
  15. ^ "Millième au Parc des Princes : ces dix matches qui ont fait l'histoire du PSG". Europe1. 9 September 2016. Dicapai pada 3 April 2019.
  16. ^ "1973 - 1978 : Paris se replace sur la scène française". Paris United. 19 November 2018. Dicapai pada 7 Mac 2019.
  17. ^ "Le PSG et Manchester City, les faux jumeaux". Le Monde. 5 April 2016. Dicapai pada 2 April 2019.
  18. ^ "Le grand retour des Bleus au Parc des Princes". Sport24 - Le Figaro. 10 Oktober 2013. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  19. ^ "Paris: PSG confirm next 30 years at Parc des Princes". StadiumDB.com. 27 November 2013. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  20. ^ a b c d e "Paris Saint-Germain finish Parc des Princes renovation but eye expansion". Goal.com. 11 Mei 2016. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  21. ^ "Paris: 2024 Olympics could accelerate Parc des Princes expansion". StadiumDB.com. 11 Mei 2016. Dicapai pada 11 Julai 2016.
  22. ^ "DJ Snake Concert - Parc des Princes | Paris Saint-Germain". billetterie.psg.fr. Dicapai pada 2022-06-12.
  23. ^ "Concert Dadju - Parc des Princes | Paris Saint-Germain". billetterie.psg.fr. Dicapai pada 2022-06-12.

Pautan luar sunting


Laman web rasmi sunting