Parit Bakar terletak di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia lebih kurang 8 km dari Bandar Muar. Parit Bakar terbahagi kepada Parit Bakar Darat dan Parit Bakar Laut. Parit Bakar Laut bersebelahan dengan laut manakala Parit Bakar Darat pula menghala ke darat melalui sepanjang parit.

Parit Bakar

Di pekan Parit Bakar terdapat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina "Chi Sin", sebuah tokong cina, sebuah sekolah kebangsaan, sekolah agama, masjid, surau dan balai raya. Terdapat juga 2 sekolah rendah di parit bakar iaitu sekolah kebangsaan parit bakar darat dan sekolah kebangsaan parit bakar tengah.

Industri Perabot memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Parit Bakar pada tahun 90-an. Sebelum itu, penduduk kebanyakan terlibat dalam bidang pertanian. Pada 90-an terdapat sebuah kedai perabot bernama Sistem Elektrik dan Perabot terkenal dalam penjualan barangan perabot. Kini, ia telah berpindah ke Parit Amal Darat. Baru-baru ini, terdapat pembangunan perdagangan di pekan Parit Bakar Darat. bangunan perdagangan ini menggantikan bangunan-bangunan perniagaan lama. terdapat 5 blok bangunan yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan dan menjadi tempat perniagaan tumpuan bagi penduduk sekitar.

Rujukan sunting