Park Geun-hye (Hangul: 박근혜; Hanja: 朴槿惠, sebutan Korea: [pak ɡɯn hɛː]; lahir 2 Februari 1952) ialah ahli politik Korea Selatan yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-11 dari 2013 sehingga pemecatannya pada Mac 2017. Beliau dahulunya ialah pengerusi konservatif Parti Saenuri antara 2004 dan 2006 serta antara 2011 dan 2012 (Parti Kebangsaan Agung menukar nama kepada Parti Saenuri pada Februari 2012). Ayahnya ialah Park Chung-hee yang merupakan Presiden Korea Selatan dari 1963 hingga 1979. Beliau dianggap sebagai ahli politik paling berpengaruh di Korea sejak zaman "tiga Kim" (yakni Presiden-Presiden Kim Young-sam, Kim Dae-jung serta ahli politik Kim Jong-pil).[2] Pelantikannya selepas memenangi pilihan raya pada 19 Disember 2012 menjadikan beliau presiden wanita Korea Selatan yang pertama.[3]

Park Geun-hye
박근혜
Potret rasmi, 2013
Presiden Korea Selatan ke-11
Dalam jawatan
25 Februari 2013 – 10 Mac 2017
Perdana MenteriKim Hwang-sik
Didahului olehLee Myung-bak
Digantikan olehHwang Kyo-ahn
Pemangku
Moon Jae-in
Ketua Parti Kebangsaan Agung
Dalam jawatan
17 Disember 2011 – 15 Mei 2012
Didahului olehHong Junpyo
Digantikan olehHwang Uyeo[1]
Dalam jawatan
23 Mac 2004 – 10 Julai 2006
Didahului olehChoe Byeongryeol
Digantikan olehKang Jae-sup
Wanita Pertama Korea Selatan
Dalam jawatan
16 Ogos 1974 – 26 Oktober 1979
PresidenPark Chung-hee
Didahului olehYuk Young-soo
Digantikan olehHong Gi
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
30 Maei 2012 – 10 Disember 2012
Kawasan pilihan rayaProportional Representation No. 11
Dalam jawatan
3 April 1998 – 29 Mei 2012
Didahului olehKim Suk-won
Digantikan olehLee Jong-jin
Kawasan pilihan rayaDalseong
Butiran peribadi
Lahir (1952-02-02) 2 Februari 1952 (umur 72)
Daegu, Korea Selatan
Parti politikParti Saenuri (2012-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Kebangsaan Agung (1998-2012)
Alma materUniversiti Sogang
Universiti Grenoble
Tandatangan
Park Geun-hye
Hangul박근혜
Hanja槿
Perumian SemakanBak Geunhye
McCune–ReischauerPak Kŭnhye
Nama Dharma
Hanja
Perumian SemakanSeondeokhwa
McCune–ReischauerSŏndŏkhwa

Pada 14 Januari 2021, Mahkamah Tinggi Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Park Geun-hye dalam keputusan terakhir mengenai skandal rasuahnya.[4][5][6] Pada 31 Disember, beliau dibebaskan di bawah pengampunan khas yang diberikan oleh Presiden Moon Jae-in.[7][8]

Pemecatan sunting

Sebagai hasil dari pungutan suara pemecatan, Hwang Kyo-ahn, Perdana Menteri Korea Selatan, menjadi pemangku presiden sehingga 180 hari manakala Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memutuskan sama ada akan menerima atau menolak pemecatan tersebut. Park mengakhiri jawatannya sebagai Presiden pada 10 Mac 2017 selepas Mahkamah Perlembagaan mengesahkan pemecatannya dengan sebulat suara.[9]

Park kini ditahan dalam Pusat Tahanan Seoul.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ I Eunju (16 May 2012). "Saenuri elects new leaders: Hwang Woo-yea of Park faction becomes its chairman". JoongAng Ilbo. Dicapai pada 16 May 2012. Text "home" ignored (bantuan); Text "newslist1" ignored (bantuan)
  2. ^ Sin Su-jeong(신수정) (14 July 2009). "역시 박근혜! 지지율 29% 1위…5월보다 다소 하락". Herald Business(헤럴드 경제) (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 13 May 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  3. ^ Guray, Geoffrey Lou (December 19, 2012 at 12:18 PM EDT). "South Korea Elects First Female President -- Who Is She?". PBS NewsHour. Dicapai pada 19 December 2012. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 20 tahun". Berita Harian. 2021-01-14.
  5. ^ Hollingsworth, Jake Kwon,Julia (2021-01-14). "South Korea's top court upholds former leader Park Geun-hye's 20-year prison sentence". CNN (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ "South Korean court upholds 20-year jail term for ex-president Park". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-14.
  7. ^ Shin, Hyonhee (2021-12-31). "S.Korea's disgraced ex-president Park freed after nearly 5 years in prison". Reuters (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "S. Korean ex-president Park freed after 5 years". dw.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-31.
  9. ^ Presiden Korea Selatan dipecat
  10. ^ Sang-hun, Choe (2017-03-31). "Park Geun-hye's Life in Jail: Cheap Meals and a Mattress on the Floor". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2017-05-13.