Parti Kebebasan dan Keadilan

Parti Kebebasan dan Keadilan (bahasa Inggeris: Freedom and Justice Party atau FJP; Arab: حزب الحرية والعدالة, rumi: Ḥizb al-Ḥurriyyah wa-l-ʿAdālah) ialah sebuah parti politik Islam di Mesir.[9] Bekas presiden parti ini, Mohamed Morsi, telah memenangi pilihan raya presiden 2012,[10] dan dalam pilihan raya parlimen 2011, parti ini berjaya memperoleh bilangan kerusi terbanyak berbanding parti lain. Parti ini dipertandingkan secara bebas, tetapi mempunyai hubungan yang kuat dengan Ikhwan Muslimin Mesir, sebuah pertubuhan politik dan sosial terbesar di Mesir.[11] Parti ini diharamkan dan dibubarkan pada 2014, tetapi ia menyambung fungsinya secara bawah tanah.[4]

Parti Kebebasan dan Keadilan
حزب الحرية و العدالة
PengerusiSaad El-Katatni[1]
Setiausaha AgungHussein Ibrahim[2]
Ditubuhkan30 April 2011 (2011-04-30)
Dibubarkan9 Ogos 2014 (2014-08-09)[3] (diharamkan)[4]
Ibu pejabat20 King El-Salem Hameed Street Roda Island, Kaherah
AkhbarAl-Huriyah wa al-Adalah
Keanggotaan (2011)8,821[5]
IdeologiIslamisme[6][7]
Konservatisme sosial
Konservatisme agama
Ekonomi campuran[8]
Penggabungan kebangsaanPerikatan Demokratik Mesir (2012)
Penggabungan antarabangsaIkhwan Muslimin
Warna         Hijau, biru
SloganMembawa Kebaikan Demi Mesir
(Arab: نحمل الخير لمصر)
Dewan Perwakilan Rakyat
0 / 568
Laman sesawang
www.fj-p.org
Politik Mesir
Parti politik
Pilihan raya

Pilihan raya parlimen Mesir 2011-2012 menghasilkan keputusan FJP menang 47.2 peratus daripada keseluruhan kerusi bagi Dewan Perwakilan Mesir, bersama-sama parti-parti Islam yang lain iaitu Al-Nur dan Al-Wasat yang memenangi 24.7 dan 2 peratus kerusi.[12][13][14] FJP dan Parti Al-Nur yang beraliran salafi menafikan sebarang pembentukan penyatuan politik antara kedua-dua parti.[15][16]

FJP pada asalnya tidak menghantar calon bagi pilihan raya presiden Mesir,[17][18] kemudian pada pusingan pertama, pemimpin Ikhwan Muslimin, Khairat al-Shater telah bertanding dan didapati beliau tidak layak, pusingan seterusnya Mohamed Morsi bertanding.[19]

Ikhwan Muslimin telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh pemerintah sementara Mesir pada Disember 2013, menjadikan status FJP secara tidak jelas.[20] Pada 15 April 2014, Mahkamah Urusan Segera Iskandariah mengharamkan anggota semasa dan bekas anggota Ikhwan Muslimin daripada menyertai pilihan raya parlimen.[21] Pada 9 Ogos 2014, Mahkamah Pentadbiran Tertinggi memutuskan pembubaran FJP dan mencairkan aset-aset mereka.[22]

Sejarah sunting

Selepas revolusi Mesir 2011, pada 21 Februari 2011, Ikhwan Muslimin mengumumkan hasrat mereka menubuhkan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang akan dipimpin Saad El-Katatni.[23][24][25]

Parti tersebut secara rasmi diasaskan pada 30 April 2011, dan mengumumkan bahawa mereka akan bertanding hampir separuh daripada keseluruhan kerusi menjelang pilihan raya parlimen akan datang. Status rasmi mereka bertanding diperoleh pada 6 Jun 2011.[26] Jawatankuasa kerja Ikhwan Muslimin melantik Mohamed Mursi sebagai presiden Parti Kebebasan dan Keadilan, Essam el-Erian sebagai naib presiden, dan Saad Al-Katatni sebagai setiausaha agung.[27][28] Ketiga-tiga mereka merupakan bekas anggota Maktab al-Irshad, badan tertinggi dalam Ikhwan Muslimin Mesir.[29]

Parti ini telah dijangka memenangi sebahagian besar kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya 2011 kerana "tiada parti lain" yang mempunyai "apa-apa berkaitan jaringan penyokong yang komited" yang mereka miliki. Di samping itu, Ikhwan Muslimin juga telah bekerjasama dengan calon bebas dan menjanjikan sokongan kepada mereka.[29] Akhirnya ia membentuk Perikatan Demokratik Mesir bersama-sama dengan 10 parti lain dan memenangi 235 daripada sejumlah 498 kerusi, atau 47%.[30][31] Pada pilihan raya presiden, calon FJP, Mohamed Morsi diumumkan memenangi pilihan raya tersebut dengan jumlah undian 51.73%.

Rentetan daripada kemenangan itu, Mohamed Morsi meletakkan jawatan beliau sebagai presiden parti. Dalam kongres parti yang diadakan pada 19 Oktober 2012, Saad El-Katatni telah terpilih sebagai presiden, manakala Essam el-Erian kekal sebagai naib presiden dan Hussein Ibrahim sebagai setiausaha agung yang baharu.

Pada penghujung 2012, FJP tidak lagi bersama-sama dalam gabungan Perikatan Demokratik[32] Pada Disember 2013, Ikhwan Muslimin diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh pemerintah sementara, tetapi status FJP tidak dijelaskan.[20] FJP secara rasmi diharamkan oleh mahkamah pada Ogos 2014.[33]

Pemerintahan (2012–2013) sunting

Selepas Mohamed Morsi mengangkat sumpah sebagai presiden kelima dan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi pada 30 Jun 2012, FJP menjadi parti pemerintah yang utama. Dalam kabinet Perdana Menteri Hesham Qandil, yang mengangkat sumpah pada 2 Ogos 2012, perwakilan FJP menjadi kumpulan terbesar ahli politik dalam pemerintahan gabungan teknokrat dan ahli politik, dengan meletakkan lima orang menteri.

Pada 27 Ogos 2012, Mohamed Morsi menamakan 4 orang pembantu kanan presiden dan 17 orang menganggotai majlis penasihat presiden termasuk tiga orang wanita, dua orang individu beragama Kristian dan sejumlah besar tokoh yang cenderung kepada Islamis. Beiau juga melantik gabenor baharu di 27 wilayah dalam negara tersebut.

Empat pembantu kanan presiden ialah[34]:

  • Bakinam el-Sharkawi, seorang wanita pakar sains politik, yang bertanggungjawab bagi isu-isu politik.
  • Samer Morcus, seorang penulis Koptik Kristian yang membantu hal peralihan demokratik
  • Essam Hadad, anggota kanan Ikhwan Muslimin yang membantu bagi hubungan luar dan kerjasama antarabangsa
  • Emad Abdel-Ghafour, seorang tokoh salafi yang membantu bagi santunan masyarakat

Pada 5 Januari 2013[35], berlaku rombakan kabinet menyaksikan pertambahan 3 orang menteri FJP. Pada 7 Mei 2013 pula[36], rombakan kabinet sekali lagi berlaku dan anggota FJP yang menyertai kabinet bertambah kepada 10 orang.

Selepas FJP dan Morsi dilihat gagal membaik pulih ekonomi negara, populariti mereka semakin merudum dan kewibawaan dipertikaikan. Pada 30 Jun 2013, demonstrasi bebas-besaran berlaku untuk meminta Presiden Morsi meletak jawatan. Menteri FJP meletak jawatan diikuti peletakan jawatan[37] Perdana Menteri yang akhirnya membubarkan kabinet pada 8 Julai 2013.[38]

Presiden sunting

Senarai presiden Parti Kebebasan dan Keadilan.

# Nama Tempoh khidmat
1. Mohamed Morsi 30 April 2011 – 24 Jun 2012
Essam el-Erian (pemangku) 24 Jun 2012 – 19 Oktober 2012
2. Saad El-Katatni 19 Oktober 2012 – 9 Ogos 2014

Tokoh penting sunting

Tempoh aktif FJP menyaksikan beberapa tokoh telah dipilih mengisi kedudukan penting dalam badan perundangan dan eksekutif.

Gabenor Wilayah sunting

Kawasan Nama
Lantikan September 2012[39]
Kafr El-Sheikh Saad El-Husseini[40]
Minya Yahia Eissa Farghaly[41]
Assiut Yehia Keshk[42]
Menoufiya Mohamed Ali Beshr[43]
Lantikan Jun 2013[44]
Beni Suef Adel Abdel-Moneim Hassan[45]
Daqahliya Sobhi Atteya Younis[46]
Menoufiya Ahmed Shaarawi Mohamed[47]
Qalioubiya Hossam Abul-Ezz[48]
Gharbiya Ahmed El-Beili[49]
Beheira Osama Ibrahim Suleiman[50]
Fayoum Gaber Abdel-Salam Ibrahim[51]

Jemaah Menteri sunting

Jawatan Senarai asal (Ogos 2012) Rombakan 1 (Januari 2013) Rombakan 2 (Mei 2013)
Nama Nama Nama
Menteri Pelaburan Yehia Hamed Abdel-Samie Hamed
Menteri Pengangkutan Hatem Abdel Latif
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Tarek Wafik
Menteri Pengajian Tinggi Mostafa Mussad
Menteri Bekalan dan Perdagangan Dalam Negeri Bassem Audah
Menteri Tenaga Manusia dan Imigresen Khaled Azhari
Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Amr Darrag
Menteri Penerangan Salah Abdel Maqsoud
Menteri Negara bagi Pembangunan Tempatan Mohammed Ali Beshr
Menteri Negara bagi Hal Ehwal Belia Osama Yassin

Dewan Perwakilan Mesir sunting

Jawatan keparlimenan sunting

  • Yang Dipertua Dewan Perwakilan: Mohamed Saad Tawfik Al Katatni
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar: Essam al-Din Mohamed al-Erian
  • Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara: Abbas Mohamed Mohamed Mukhaimar
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan: Akram Al-Mendoh Awad Al-Shaer
  • Pengerusi Jawatankuasa Pekerja: Saber Abu al-Fotouh Badawi al-Sayed
  • Pengerusi Jawatankuasa Belia: Osama Yassin Abdel Wahab Mohamed

Anggota Parlimen (Perwakilan Berkadar) sunting

Daerah Nama Bilangan
Kaherah 10/36
Pertama (al-Sahel)
  • 01. Hazem Mohamed Farouk Abdel Khaleq (Profesional)
  • 02. Rafat Hamed Tawfiq al-Adawi (Pekerja)
  • 04. Mohamed Abdul Rashid al-Sayyid Salameh (Pekerja)
3/10
Kedua (Nasr City)
  • 11. Ahmed al-Imam Ali Abdel-Hamid (Pekerja)
  • 12. Abdel Basset Abdel Hay Mustafa Ismail (Pekerja)
2/8
Ketiga (Qasr al-Nil)
  • 19. Wahid Mohamed Abdel al-Majid (Profesional)
  • 20. Adel Abdel-Ati Abdel-Hamid (Pekerja)
  • 21. Jamal Jinfi Jamal Ali (Profesional)
3/8
Keempat (Maadi)
  • 27. Osama Yassin Abdel Wahab Mohamed (Profesional)
  • 38. Al-Mohamedi Abdul Maqsoud Mohamed (Pekerja)
2/10
Iskandariah 6/16
Pertama (Montaza)
  • 37. Subhi Saleh Mousa Abu Assi (Profesional)
  • 38. Saleh Noman Mubarak Bilal (Pekerja)
2/6
Kedua (Moharram Bey)
  • 43. Hussein Mohamed Ibrahim Hussein (Profesional)
  • 44. Ahmed Gad al-Rab Mahmoud Ahmed (Pekerja)
  • 45. Hassan al-Borns Hussein Baddar (Profesional)
  • 46. Karem Abdul Hamid Sadiq (Pekerja)
4/10
Assuit 6/16
Pertama (Assuit)
  • 53. Ali Ezz al-Din Thabit Ali (Profesional)
  • 54. Mahmoud Helmi Ibrahim Faris (Pekerja)
  • 55. Mohamed Hamed Ahmed Osman (Profesional)
3/8
Kedua (al-Fath)
  • 61. Mohamed Abdel-Aziz Sayed Khalifa (Profesional)
  • 62. Mumtaz Ahmed Ali Nasser (Peladang)
  • 63. Farghali Mohamed Farghali Ahmed (Profesional)
3/8
Luxor 2/4
Luxor
  • 69. Abdel-Hamid al-Sanusi Ahmed Abdullah (Profesional)
  • 70. Bahi-Din Mohamed Abdel Dayem Mansour (Pekerja)
2/4
Fayoum 6/12
Pertama (Fayoum)
  • 73. Ahmed Mohamed Abdul Rahman Abdul Hadi (Profesional)
  • 74. Ahmed Ibrahim Bayoumi Sabra (Pekerja)
  • 75. Sami Salama Noman (Profesional)
  • 76. Nasr Mahmoud Abbas (Pekerja)
4/8
Kedua (Al-Sunwirs)
  • 81. Ahmedi Qasem Mohammad Saad (Pekerja)
  • 82. Hatem Abdel Azim Abu Hasab Ali (Profesional)
2/4
Port Said 1/4
Pertama (al-Sharq)
  • 85. Ali Mohamed Mustafa Dora (Profesional)
1/4
Damietta 3/8
Damietta I
  • 89. Saber Abdel Sadiq Mohamed Saeed (Profesional)
  • 93. Mohamed Abdel Hamid Mohamed Al-Hadidi (Pekerja)
  • 94. Mohamed Shawky Mohamed Ahmed al-Banna (Pekerja)
3/8
Kafr Al-Sheikh 3/12
Pertama (Kafr al-Sheikh)
  • 97. Hassan Ali Abu She’sha Ali (Profesional)
  • 98. Abdullah Ahmed Hamed Ahmed Hindawi (Pekerja)
2/8
Kedua (Desouk)
  • 105. Ragab Mohamed Mohamed Banna (Profesional)
1/4
Laut Merah 2/4
Pertama (Al-Qasir)
  • 109. Mohamed Awad Abdel-Aal Abdel Hamid (Profesional)
  • 110. Zine al-Abidine Embarak Ali (Pekerja)
2/4
Beheira 6/20
Pertama (Damanhur)
  • 113. Mohamed Jamal Ahmed Hishmat (Profesional)
  • 114. Mohamed Awad Abdul Ati Zayat (Pekerja)
  • 115. Mahdi Abdul Hamid Mohamed Qarsham (Pekerja)
  • 116. Mohamed Abdul Kafi Hamad Mansour (Peladang)
4/12
Kedua (Al-Dalnajat)
  • 125. Mohamed Ibrahim Abd al-Muttalib al-Hawari (Profesional)
  • 126. Mohamed Shaaban Mohamed Issa (Peladang)
2/8
Giza 7/20
Pertama (Giza)
  • 133. Essam al-Din Mohamed al-Erian (Profesional)
  • 134. Azab Mostafa Morsi Yaqout (Pekerja)
  • 135. Juma Mohamed Badri Mari (Profesional)
  • 136. Ahmed Abd al-Sayed (Pekerja)
4/10
Kedua (Al-Bulaq)
  • 143. Hilmi Al-Sayed Abd al-Aziz al-Jazzar (Profesional)
  • 144. Khalid Mahmood Hamid Azhari (Pekerja)
  • 146. Izzat Mohamed Ibrahim al-al-Jirf (Peladang)
3/10
Ismailiyah 2/4
Ismaliyah
  • 153. Hamdi Mohamed Mohamed Ismail (Profesional)
  • 154. Aladdin Khalifa Omar Khalifa (Pekerja)
2/4
Al-Syarqiyah 8/20
Pertama (Zagazig)
  • 157. Ahmed Al-Sayed Ahmed Shehata (Profesional)
  • 158. Mo’min Mohamed Ahmed Zaarour (Pekerja)
  • 159. Rida Abdullah Mohamed Atwa (Profesional)
  • 160. Adel Radwan Othman Mohamed (Pekerja)
4/10
Kedua (Abu Kabir)
  • 167. Farid Ismail Abdel Halim Khalil (Profesional)
  • 168. Ahmed Ali Ibrahim Ezz (Peladang)
  • 169. Abbas Mohamed Mohamed Mukhaimar (Profesional)
  • 170. Mahmoud Al-Sayed al-Wahid Abdel-Hamid (Pekerja)
4/10
Suez 1/4
Suez
  • 177. Ahmed Mahmoud Mohamed Ibrahim (Profesional)
1/4
Menoufia 5/16
Pertama (Shebin)
  • 181. Sabri Mohamed Amer Khader (Profesional)
  • 182. Badr Abdel Aziz Mahmoud Al Falah (Peladang)
2/8
Kedua (Ashmoon)
  • 189. Ashraf Mahmoud Mohamed Badr al-Din (Profesional)
  • 190. Abdul-Fattah Mahmoud Eid (Pekerja)
  • 191. Atiya Adlan Atiya Ramadan (Profesional)
3/8
Beni Suef 4/12
Pertama (Beni Suef)
  • 197. Hamdi Hussein Mohamed Zahran (Profesional)
  • 198. Abdul Rahman Mohamed Shoukri Abdul Rahman (Peladang)
  • 199. Mahmoud Saber Abdel Gawad Allam (Profesional)
3/8
Kedua (Baba)
  • 206. Farouk Abdel Hafiz Abdel Atti Mabrouk (Pekerja)
1/4
Sohag 5/20
Pertama (Sohag)
  • 213. Mohamed al-‘Atia Sagheer Hussein (Profesional)
  • 214. Mohamed Yusuf Mahmoud Shatta (Pekerja)
  • 215. Mukhtar Ahmed Mohamed Ahmed al-Sayed (Profesional)
3/12
Kedua (Garga)
  • 221. Mohamed Mostafa Abdul Majid al-Ansari (Pekerja)
  • 222. Ali al-Shadhili Badawi al-Sayed (Pekerja)
2/8
Aswan 1/4
Aswan
  • 229. Shahat Abdullah Omar Ahmed (Peladang)
1/4
Daqahliya 9/24
Pertama (Al-Mansurah)
  • 233. Tareq al-Desouki Abdul Khalil Ali (Profesional)
  • 234. Seham Abdul Lateef Mohamed al-Yamani al-Jamal (Peladang)
  • 235. Ibrahim Faraj al-Qasabi Faraj (Peladang)
3/8
Kedua (Dakrnis)
  • 241. Mohamed Mohamed Abdul Ghani Faraj (Profesional)
  • 242. Al-Sadat Abdul Rahim Abdul Salam (Pekerja)
  • 243. Adel Abbas Mohamed al-Qala (Profesional)
3/8
Ketiga (Meet Ghamar)
  • 249. Mohamed Abdul ‘Aal Abbas Haykal (Profesional)
  • 250. Shafiq Mohamed Abdul Hayy Ibrahim al-Deeb (Pekerja)
  • 251. Mohamed Rajab Ismail ‘Awf (Profesional)
3/8
Al-Gharbiyah 7/20
Pertama (Tanta)
  • 257. Sayid Ahmed Yusuf Al-Sayed al-Shuri (Pekerja)
  • 258. Mohamed Mundah Mohamed al-Azbawi (Profesional)
  • 259. Hamdi Abd al-Wahhab Ahmed Ramadan (Pekerja)
3/10
Kedua (Al-Mahalla)
  • 267. Saad Esmat Mohamed al-Husseini (Profesional)
  • 268. Mohamed Mustafa Adli Abdul Wahid (Pekerja)
  • 269. Alaa al-Din Mohamed Ahmed Azab al-Qut (Profesional)
  • 270. Najah Saad Al-Mahrous Thabit (Pekerja)
4/10
Qaliubiya 5/12
Pertama (Banha)
  • 277. Mohamed Emad al-Din Abdel-Hamid Sabir (Profesional)
  • 278. Mohamed Abdel Majid Ibrahim Desouki (Peladang)
2/4
Kedua (Shubra)
  • 281. Mohamed Mohamed Ibrahim Beltagy (Profesional)
  • 282. Abdullah Ahmed Mohamed Khalil (Pekerja)
  • 283. Huda Mohamed Anwar al-Abdul Rahman Al-Ghaniyeh (Profesional)
3/8
Minya 7/16
Pertama (Minya)
  • 289. Mohamed Saad Tawfik Al Katatni (Profesional)
  • 290. Mohamed Abdel Azim Mohamed Ahmed (Pekerja)
  • 291. Mohamed Hassan Aref Metwally (Profesional)
  • 292. Mustafa Abdul-Khaliq Mehdi Sayed (Pekerja)
4/8
Kedua (Wasat Minya)
  • 297. Hussein Sultan Mohamed Nassar (Profesional)
  • 298. Bahaa Eddin Sayed Attia Suleiman (Pekerja)
  • 299. Mohamed Abu Bakr Mohamed Hassan (Profesional)
3/8
Marsa Matruh 1/4
Marsa Matruh
  • 308. Bilal Jibril Abdullah (Pekerja)
1/4
Qena 3/12
Pertama (Qena)
  • 309. Mahmoud Yusuf Mahmoud Abdul-Rahim (Profesional)
1/4
Kedua (Naja’ Hamadi)
  • 313. Abdul Nasser Tughyan Abd al-Aal Mahmoud (Profesional)
  • 314. Yunus Sabir Hussein Ali (Pekerja)
2/8
New Valley 1/4
New Valley
  • 321. Sameh Sa’dawi Mohamed Ali (Profesional)
1/4
Sinai Utara 2/4
Sinai Utara
  • 325. Sulieman Salim Saleh Salem (Profesional)
  • 326. Khaled Mohamed Muslim Ali Salma (Pekerja)
2/4
Sinai Selatan 2/4
Sinai Selatan
  • 329. Abdullah Ibrahim al-Desouki Abd Rabbu (Profesional)
  • 330. Ahmed Ibrahim Qassim Metwali (Pekerja)
2/4
Jumlah 115/332

Anggota Parlimen (Perseorangan) sunting

Daerah Nama Bilangan
Kaherah
  • 1. Fahmy Abdou Mustafa (Profesional)
  • 2. Kamal Hassan Mahdi (Pekerja)
  • 3. Amr Mohamed Zaky (Profesional)
  • 4. Yasser Ibrahim Abdullah (Pekerja)
  • 9. Sayed Hussein Mohamed Gadalla (Profesional)
  • 10. Ashraf Saad Abdul-Latif (Pekerja)
  • 12. Mustafa Farghali Rashwan (Pekerja)
  • 13. Khalid Mohamed Ahmed Mohamed (Profesional)
  • 14. Nasser Eddin Ibrahim Osman (Pekerja)
  • 15. Khaled Hanafi Faheem Hussain (Profesional)
  • 16. Yousry Mohamed Bayoumi (Pekerja)
  • 18. Ramadan Ahmed Omar Salem (Pekerja)
12/18
Iskandariah
  • 20. Mustafa Mohamed Mustafa (Pekerja)
  • 22. Al-Mohamedi al-Sayed Ahmed Abu al-Hamd (Pekerja)
  • 23. Mahmoud Atiyya Mabrouk (Profesional)
  • 24. Saber Abu al-Fotouh Badawi al-Sayed (Pekerja)
4/8
Kafr Al-Sheikh
  • 29. Mohamed Ibrahim Darwish Amer (Profesional)
  • 30. Ashraf Mohamed Al-Saeed Yusuf (Pekerja)
2/6
Damietta
  • 33. Ali Hasan Hasan Al-Day (Profesional)
  • 34. Mohamed Al-Sayed Ahmed Abu Musa (Pekerja)
  • 35. Mohamed Mohamed Al-Filahjy (Profesional)
3/4
Port Said
  • 37. Akram Al-Mendoh Awad Al-Shaer (Profesional)
1/2
Al-Fayoum
  • 39. Adel Ismail Abdel-Hamid Musa (Profesional)
  • 40. Hamdi Taha Abdul Rahim Al-Issa (Peladang)
  • 41. Osama Yahya Abd Al-Wahid Yahya (Profesional)
  • 42. Sayed Abdel-Karim Jabr Nasr (Peladang)
  • 43. Jamal Hassan Abdel Latif (Profesional)
  • 44. Fawzi Ali Abdul Aziz (Peladang)
6/6
Assiut
  • 45. Samir Othman Ibrahim Khashaba (Profesional)
  • 47. Mohamed Salama Bakr (Profesional)
  • 48. Mohamed Modir Moussa (Pekerja)
  • 49. Abdul Aziz Khalaf Mohamed Ali (Profesional)
  • 50. Abdullah Sadek Noshi Ahmed (Pekerja)
  • 51. Hassan Ali Abd Al-Al Amer (Profesional)
6/8
Luxor
  • 53. Abdul Mawjod Rajeh Dardiri (Profesional)
1/2
Laut Merah
  • 55. Mohamed Mahmoud Yusuf Katamesh (Profesional)
1/2
Beheira
  • 57. Osama Mohamed Ibrahim Soliman (Profesional)
  • 58. Tareq Rajab Saleh Mohamed Saleh (Pekerja)
  • 60. Yasser Ali Abdul Rafi Ali (Peladang)
  • 61. Ahmed Zuhair Mohamed Said (Profesional)
  • 62. Masry Saad Masry Mohareb (Peladang)
  • 65. Saad Mahmoud Mohamed Abu Talib (Profesional)
6/10
Al-Sharqiyah
  • 67. Al-Sayed Abdul Aziz Ismail Negeida (Profesional)
  • 68. Saleh Ali Ahmed Suleiman (Pekerja)
  • 69. Amir Mohamed Bassam Al-Najjar (Profesional)
  • 70. Mohamed Mohamed Abdul Rauf Ismail (Pekerja)
  • 71. Mohamed Fayyad Abdel Moneim Fayyad (Profesional)
  • 72. Ibrahim Mohamed Mohamed Salim (Peladang)
  • 73. Mohamed Safwat Al-Hadi Sweilem (Profesional)
  • 74. Mohamed Awad Mohamed Shawish (Pekerja)
  • 75. Ahmed Suleiman Ahmed Ibrahim (Profesional)
  • 76. Al-Sayed Mohamed Abdul Karim Al-Atawil (Pekerja)
10/10
Al-Menoufia
  • 78. Saad Mohamed Yousuf Hussein (Pekerja)
  • 80. Said Al-Azb Abdul Qader Eid (Pekerja)
  • 82. Mahmoud Ali Mohamed Abul Magd (Pekerja)
  • 83. Ibrahim Ibrahim Mustafa Hajjaj (Profesional)
4/8
Giza
  • 85. Mohamed Ibrahim Ahmed Hussein (Profesional)
  • 86. Khattab Sayed Khattab Murad (Pekerja)
  • 87. Gamal Abdel Fattah Ali Ashri (Profesional)
  • 88. Hassan Boraik Khalifa Boraik (Pekerja)
  • 90. Ayman Mahmoud Sadek Refaat (Pekerja)
  • 92. Abdul Salam Zaki Mohamed Bashandi (Pekerja)
  • 93. Mahmoud Mohamed Ali Amer (Profesional)
7/10
Beni Suef
  • 95. Jaber Mansour Abdel Wahab Yassin (Profesional)
  • 97. Mohamed Shakir Abdul Baqi Miahub (Profesional)
  • 99. Nihad al-Qasim Sayed Abdul Wahab Khudair (Profesional)
  • 100. Abd al-Qader Abdul-Wahab Abdul Qader Ismail (Pekerja)
4/6
Sohag
  • 102. Mustafa Abdul-Hamid Ali Abd al-Rahim (Peladang)
  • 103. Mohamed Mohamed Abdul Rahman Al Sayed (Profesional)
  • 105. Mohamed Masaad Imam Al-Harzjy (Profesional)
3/10
Ismailiyah
  • 111. Mohamed Hisham Mustafa Al-Suli (Profesional)
1/2
Suez
  • 113. Abbas Abdel Aziz Abbas Mohamed (Profesional)
1/2
Aswan 0/2
Al-Gharbiyah
  • 118. Sayed Abdel-Maksoud ‘Askar (Pekerja)
  • 120. Mahmoud Ismail Muhduyeh (Peladang)
  • 122. Mahmoud Tawfiq Mohamed Abdel Aal (Pekerja)
  • 123. Sameh Abdel Hamid Shawki Ibrahim (Profesional)
  • 124. Abdul-Aziz Yahya Abdul-Aziz (Pekerja)
  • 125. Ibrahim Zakaria Ibrahim Younis (Profesional)
6/10
Daqahliya
  • 127. Yusr Mohamed Han’i (Profesional)
  • 128. Tariq Mohamed Qutb (Pekerja)
  • 130. Saad Ali Abdu Halwaji (Pekerja)
  • 131. Imad Shams al-Din Mohamed Abdel-Rahman (Profesional)
  • 132. Abdul Hamid Mohamed Hassan Issa (Pekerja)
  • 133. Ibrahim Ibrahim Abu Awf Yusuf (Profesional)
  • 135. Khalid Mohamed Metwally al-Deeb (Profesional)
  • 137. Al-Sayed Mohamed Niazi al-‘Adawi (Profesional)
8/12
Qaliubiya
  • 139. Mohsen Radi (Profesional)
  • 141. Nasser al-Hafi (Profesional)
  • 142. Jamal Shehata (Pekerja)
  • 143. Ahmed Mohamed Mahmoud Diab (Profesional)
  • 144. Sayed Imam Mahmoud al-Qadi (Pekerja)
5/6
Minya
  • 145. Ali Ahmed Mohamed Omran (Profesional)
  • 146. Gom’a Yusuf Ahmed Kafafi (Pekerja)
  • 147. Mohamed Abdullah Hassan al-Basil (Profesional)
  • 148. Hamdi Khalifah Mohamed Abdul Nabi (Pekerja)
4/8
Qena
  • 153. Ahmed Sayed Mohamed al-Saghir (Profesional)
  • 156. Hisham Ahmed Hanfi Abdullah (Peladang)
  • 157. Ali Ibrahim Ahmed al-Shishani (Profesional)
3/6
Marsa Matrouh 0/2
New Valley
  • 161. Mohamed Abdel Majid Hamid (Profesional)
1/2
Sinai Utara
  • 163. Abd al-Rahman Said Abdel-Rahman Dawud (Profesional)
1/2
Sinai Selatan 0/2
Jumlah 100/166

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Egypt's El-Katatni becomes new head of Muslim Brotherhood's FJP". Ahram Online. 19 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2013. Dicapai pada 20 December 2013.
  2. ^ "Brotherhood's Freedom & Justice Party elects new secretary-general". Ahram Online. 10 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2013. Dicapai pada 20 December 2013.
  3. ^ "Egypt court bans Muslim Brotherhood's political wing". BBC News. 9 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2014. Dicapai pada 25 November 2014.
  4. ^ a b "Al-Komi: Disbanding Freedom and Justice Party Will Not Stop Us Serving People". Ikhwanweb. 11 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2014. Dicapai pada 12 August 2014.
  5. ^ "Länderbericht Parteienmonitor Ägypten 2011" (PDF) (dalam bahasa Jerman). Konrad-Adenauer-Stiftung. 27 November 2011. m/s. 3. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 February 2016. Dicapai pada 18 October 2015.
  6. ^ "Egypt's Islamists announce own political party", Dawn, 30 April 2011, diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2013, dicapai pada 20 December 2013
  7. ^ "Egypt Islamists form 'non-theocratic' party", The Peninsula, 1 May 2011, diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2011, dicapai pada 20 December 2013
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kurzman.unc.edu tidak disediakan
  9. ^ "Egypt's Islamists announce own political party", Dawn, 30 April 2011, diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2013, dicapai pada 20 December 2013
  10. ^ "Celebration in Egypt as Morsi declared winner". Al Jazeera. 24 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2014. Dicapai pada 20 December 2013.
  11. ^ Foreign Affairs magazine, September October 2011, "The Unbreakable Muslim Brotherhood", Eric Trager, pp. 114–222 (full text not available for free on internet)
  12. ^ "Ahram, Electoral Results, Retrieved 3 February 2012". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2013. Dicapai pada 3 February 2012.
  13. ^ "Egypt's MB wins most parliamentary seats". PressTV. 21 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2012. Dicapai pada 20 December 2013.
  14. ^ "الأخبار – هيمنة الإسلاميين على برلمان مصر عربي". Al Jazeera. 21 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2012. Dicapai pada 8 December 2012.
  15. ^ "Head of Salafist Al-Nour Party Rules Out Alliance with Muslim Brotherhood". Ahram Online. 6 December 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2014. Dicapai pada 25 November 2013.
  16. ^ "FJP: No Alliance With Salafist Al Noor Party". Ikhwanweb. 1 December 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2013. Dicapai pada 25 November 2013.
  17. ^ "Muslim Brotherhood's political party will not run for presidency". Ahram Online. 26 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2013. Dicapai pada 20 December 2013.
  18. ^ "Brotherhood will not run for Egypt presidency". Middle East Online. 27 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2013. Dicapai pada 20 December 2013.
  19. ^ "Egypt Brotherhood candidate: army wants to retain power". Al Akhbar. 18 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2013. Dicapai pada 29 May 2012.
  20. ^ a b "Egypt's Muslim Brotherhood declared 'terrorist group'". BBC News. 25 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2014. Dicapai pada 25 December 2013.
  21. ^ "Court bans Brotherhood members from running for elections". Cairo Post. 15 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2014. Dicapai pada 29 April 2014.
  22. ^ "Egyptian court dissolves Brotherhood's Freedom and Justice Party". Ahram Online. 9 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2014. Dicapai pada 14 August 2014.
  23. ^ "The Muslim Brotherhood Official English Website". Ikhwanweb. 23 Februari 2011. Dicapai pada 20 Disember 2011.
  24. ^ Earl Cox (23 Februari 2011). "Muslim Brotherhood sits at Egypt's new democratic table". Jpost.com. Dicapai pada 20 Disember 2011.
  25. ^ "Muslim Brotherhood to establish 'Freedom and Justice Party'". Egypt Independent. 21 February 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2013. Dicapai pada 20 December 2013.
  26. ^ Shehata, Said (25 November 2011). "Profiles of Egypt's political parties". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2014. Dicapai pada 20 December 2013.
  27. ^ "Egypt's Muslim Brotherhood selects hawkish leaders". Egypt Independent. 30 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2012. Dicapai pada 20 December 2011.
  28. ^ "Egypt: Muslim Brotherhood sets up new party". BBC News. 30 April 2011. Dicapai pada 20 Disember 2011.
  29. ^ a b Foreign Affairs magazine, September Oktober 2011, "The Unbreakable Muslim Brotherhood", oleh Eric Trager, m/s. 114–222
  30. ^ Egypt's post-Mubarak legislative life begins amid tension and divisions - News - Elections 2011 Ahram Online
  31. ^ Interactive: Egypt's new parliament blocs Al Jazeera English
  32. ^ Enein, Ahmed Aboul. "All broken up: new coalitions form as old electoral alliances die out". Daily News Egypt. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2014. Dicapai pada 20 December 2013.
  33. ^ "Egypt: court dissolves Muslim Brotherhood's political wing". The Guardian. 9 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2016. Dicapai pada 30 August 2016.
  34. ^ "Egyptian president names mainly Islamist advisers". Times of Israel. 28 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2012. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  35. ^ Shalaby, Ethar (6 January 2013). "Ten new ministers take oath in Cabinet reshuffle". Daily News. Dicapai pada 30 January 2013.
  36. ^ "Egypt's Morsi Brings More Islamists into Cabinet". Voice of America. Reuters. 7 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2013. Dicapai pada 16 June 2013.
  37. ^ "Freedom and Justice Party cabinet members resign". 4 July 2013.
  38. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2015. Dicapai pada 2015-06-09.CS1 maint: archived copy as title (link)
  39. ^ Ahram Online (4 September 2012). "Egypt's new regional governors: A who's who". Ahram Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2012. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  40. ^ Bekas anggota parlimen dan tokoh Ikhwan Muslimin
  41. ^ Tokoh Ikhwan Muslimin di Minya dan bekas profesor di Universiti Minya
  42. ^ Pemimpin Ikhwan Muslimin di Assiut, dan profesor perubatan di Universiti Assiut
  43. ^ Anggota Maktab al-Irsyad Ikhwan Muslimin dan profesor di Universiti Menoufiya
  44. ^ Ahram Online (17 Jun 2013). "Egypt's newly appointed governors: A 'who's who'". Ahram Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2021. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  45. ^ Anggota jawatankuasa tertinggi FJP dan dekan fakulti sains di Universiti Beni Suef
  46. ^ Jurucakap Ikhwan Muslimin di Delta Nil, anggota pengasas FJP dan profesor arkeologi dan sejarah di Universiti Mansurah sejak 2009
  47. ^ pemimpin Ikhwan Muslimin
  48. ^ Usahawan dan pengasas saluran televisyen milik Ikhwan Muslimin, Misr 25. Anggota Maktab Al-Irsyad yang rapat dengan timbalan mursyidul am Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater
  49. ^ Anggota Ikhwan Muslimin yang mengambil bahagian dalam merangka perlembagaan baharu Mesir. Seorang pemegang ijazah sarjana muda farmasi dari Universiti Iskandariah pada 1978 dan pengerusi jawatankuasa cukai, Kesatuan Umum Ahli Farmasi.
  50. ^ Setiausaha FJP di El-Beheira sejak 2011, seorang jurutera dan usahawan
  51. ^ Pemimpin FJP dan pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan Penyelidikan dan Pembangunaan Namaa di Fayoum.

Pautan luar sunting