Parti Komunis Nepal (Maois)

Parti Komunis Nepal (Maois) (Bahasa Nepal: नेपाल कम्युनिष्ट पार्टी (माओवादी) Nepāl Kamyuniṣṭ Pārṭī (Māovādī), bahasa Inggeris: Communist Party of Nepal (Maoist), CPN (M)) ialah sebuah parti politik berfahaman Maoisme di Nepal yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan dipimpin Pushpa Kamal Dahal (atau lebih dikenali sebagai Prachanda). Parti ini menjadi parti terbesar di Pilihan Raya Dewan Perwakilan Rakyat Nepal 2008.

Pari Komunis Nepal (Maois)
PemimpinPrachanda
Ditubuhkan1994
Ibu pejabatKathmandu
IdeologiKomunisme,
Marxisme-Leninisme-Maoisme-Prachanda Path,
Penggabungan antarabangsaPergerakan Internasionalisme Revolusi, CCOMPOSA
Laman sesawang
http://www.cpnm.org/

Am sunting

CPN (M) ditubuhkan berikutan perpecahan dalam Parti Komunis Nepal (Pusat Perpaduan) dan memakai nama 'CPN (Pusat Perpaduan)' sehingga tahun 1995. Pada 13 Februari 1996, CPN (M) melancarkan "Perang Rakyat Nepal", dan menguasai kawasan perkampungan di negara sebelum mencapai gencatan senjata.

 
Satu keluarga di lembah yang dikuasai Maois.

Pada tahun 2001, Tentera Nepal melancarkan kempen tentera menentang pejuang Maois, khususnya di bahagian barat negara, namun adanya beberapa kali gencatan senjata sementara.

Pada tahun 2008, CPN (M) memenangi blok undian terbesar di pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat. Pemerhati antarabangsa, seperti Kumpulan Carter berkata bahawa pilihan raya ini diadakan secara "aman dan teratur" serta "memuaskan"[1]

 
"Hidup Marxisme-Leninisme-Maoisme dan Prachanda Path". Mural di Kathmandu yang dihasilkan oleh Madhesi Rashtriya Mukti Morcha

Struktur pertubuhan CPN-Maois sunting

Parti Tentera Rakyat Barisan Bersatu
Jawatankuasa tetap Suruhanjaya ketenteraan pusat Jawatankuasa daerah rakyat bersatu
Politburo Suruhanjaya ketenteraan setempat Jawatankuasa kawasan rakyat bersatu
Jawatankuasa pusat Suruhanjaya ketenteraan subkawasan Jawatankuasa kampung rakyat bersatu
Biro setempat (lima) Suruhanjaya ketenteraan daerah Jawatankuasa wad rakyat bersatu
Biro subkawasan (di kawasan tertentu, biro subkawasan khas) Batalion sementara
Jawatankuasa daerah Kompeni
Jawatankuasa kawasan Platun
Jawatankuasa sel Skuad (tentera awam berasingan juga wujud di bawah jawatankuasa kampung rakyat bersatu)

Kegiatan terkini sunting

  • 14 Januari 2007 - Parlimen 330 kerusi baru, termasuk 83 ahli Maois, mengangkat sumpah setelah jemaah menteri meluluskan perlembagaan sementara.[2]
  • 21 Mac 2007 - 29 orang terbunuh dan lebih 40 orang lain cedera dalam satu perbalahan yang dahsyat antara Forum Hak Rakyat Madhesi (Madhesi People's Rights Forum, MPRF) dan kader Madhesi Rashtriya Mukti Morcha (Barisan Pembebasan Nasional Madeshi) yang berpakat dengan Maois di Gaur.[3] Pertempuran tercetus merebut tempat berhimpun di Gaur yang hendak digunakan kedua-dua pihak. Kementerian Dalam Negeri Interior mengarahkan siasatan kejadian ini.
  • 1 April 2007 - Sebuah kerajaan baru mengangkat sumpah,[4][5] dengan lima orang menteri Maois dan seorang menteri junior.[5] The Maoists were placed in charge of the ministries of information, local development, planning and works, forestry, and women and children.[4]
  • 18 September 2007 - Menteri CPN (Maois) meletak jawatan dari kerajaan kerana tuntuan mereka yang termasuk pengisytiharan republik sebelum pilihan raya, dan sistem pengundian perwakilan berkadar, ditolak.[6]
  • 31 Disember 2007 - Selepas kata sepakat dicapai bagi membentuk sistem perwakilan separa berkadar dan pembubaran sistem beraja selepas pilihan raya,[7] lima ahli Maois itu mengangkat sumpah sebagai menteri semula. Menteri-menteri Maois berkenaan ialah: jurucakap CPN(M) Krishna Bahadur Mahara selaku Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dev Gurung selaku Menteri Pembangunan Setempat, Hisila Yami selaku Menteri Perancangan Fizikal, Matrika Yadav selaku Menteri Pemuliharaan Hutan dan Tanah, dan Pampha Bhusal selaku Menteri Wanita dan Kebajikan Sosial.[8]
  • 25 April 2008 - CPN memenangi 220 kerusi dari 601 kerusi dalam Dewan Perwakilan. Dengan kemengan itu, CPN menjadi parti terbesar dalam Dewan tetapi tidak mendapat majoriti.

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-22. Dicapai pada 2008-04-29.
  2. ^ "Nepal Maoists join parliament after 10 years of war - AFP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-09-30.
  3. ^ US condemns Gaur massacre
  4. ^ a b "Nepal swears Maoists into cabinet", BBC News, 1 April 2007.
  5. ^ a b "Nepal swears in Maoist ministers", Al Jazeera, 1 April 2007.
  6. ^ "Maoists quit govt; announce protest movement" Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine, Nepalnews.com, 18 September 2007.
  7. ^ "Maoists to rejoin Nepal government", Al Jazeera, 23 Disember 2007.
  8. ^ "Nepal swears in Maoist ministers", Al Jazeera, December 31, 2007.

Pautan luar sunting