Pasang surut ialah naik dan turunnya paras air laut akibat kesan putaran Bumi dan tarikan graviti Bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari. Waktu air pasang, air laut tenang dan kadang-kala mengalir ke hulu sungai sehingga 10 kilometer. Waktu air surut, pinggir air jauh ke tengah laut.

Bot terapung di sebelah dok
Teluk Fundy ketika air pasang
Bot terdampar di dasar di sebelah dok
Teluk Fundy ketika air surut

Contohnya air pasang di hilir Sungai Perak, air akan naik atau mudik he hulu sehingga ke Kampung Air Mati. Ketika air pasang inilah penduduk yang berperahu dari Teluk Intan mudik semula ke Kampung Pebayan, Pulau Indera Sakti, Kampung Air Mati, Bandar dan lain-lain. Air dari hulu lebih mudah ditongkah ketika air pasang.

Pasang surut dan pengangkutan air sunting

Pengetahuan tentang pasang surut sangat diperlukan dalam pengangkutan air, kegiatan di pelabuhan, pembangunan di daerah pesisir pantai, dan lain-lain. Kerana sifat pasang laut yang berkala, maka ia dapat diramalkan.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai teori Pasang Surut[1]


Untuk dapat meramalkan pasang surut, diperlukan data amplitud dan beza fasa dari komponen pembangkit pasang surut. Seperti telah disebutkan, komponen-komponen utama pasang surut terdiri dari komponen antara hari dan harian. Namun demikian, kerana interaksinya dengan bentuk (morfologi) pantai, superposisi antara komponen pasang surut utama, dan faktor-faktor lainnya akan mengakibatkan terbentuknya komponen-komponen pasang surut yang baru.

Jenis air pasang surut sunting

Terdapat dua jenis air pasang surut:

Pasang perbani merujuk kepada air pasang yang berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada dalam kedudukan lurus. Julat air pasang dengan air surut adalah besar kerana tarikan graviti bulan dan matahari bertindak mengikut arah yang sama.

Pasang anak merujuk kepada air pasang yang berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak. [2]

Rujukan sunting