Pasangan berlingkar

Kabel Pasangan berlingkar atau Twisted pair adalah kabel yang digunakan di dalam rangkaian komputer. Kabel ini menggunakan spesifikasi 10BaseT di dalam kebanyakan jenis rangkaian kabel twisted pair yang popular. Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter. twisted pair mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi twisted pair bergantung kepada jumlah bilangan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel. Twisted pair juga banyak digunakan di dalam pendawaian telefon.

Setiap pasangan berlingkar.
Kabel UTP

Twisted pair digunakan untuk sambungan ethernet, kabel twisted pair yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilin. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah penyambung kepada kabel twisted pair.

Kategori sunting

Piawai EIA/TIA 568 menetapkan spesifikasi kabel twisted pair dalam penyambungan rangkaian komputer. EIA/TIA menggunakan istilah kategori (Cat) untuk membezakan beberapa jenis kabel twisted pair. Jenis-jenis twisted pair yang wujud pada masa ini adalah:

Kategori (Cat) Penerangan
1 Biasanya digunakan untuk menghantar suara pada sambungan telefon dan bukan untuk penghantaran data.
2 Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 4 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.
3 Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 10 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar dengan 3 pintal bagi setiap 12".
4 Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 16 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.
5 Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 100 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.
6 Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 1000 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.

Kabel twisted pair menggunakan penyambung telefon RJ45 untuk sambungan ke komputer (telefon menggunakan RJ11). Perumah RJ45 menyediakan penyambungan lapan kabel berbanding dengan RJ11 yang menyediakan hanya empat penyambungan kabel.

Pemasangan sunting

 
Twisted pair dipasang pada RJ45

Setiap pasang wayar didalam kabel twisted pair dikodkan dengan warna, salah satu wayar dalam pasangan mempunyai warna penuh iaitu biru, oren, hijau dan perang dan berpintal pada wayar pasangan masing-masing yang berlatarbelakangkan warna putih dengan jaluran warna yang sama.

Dua kod piawai digunakan dalam pemasangan wayar iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Terdapat dua jenis pemasangan kabel Twisted pair iaitu:

  1. Pemasangan Lurus (Straight-Through)
  2. Pemasangan Terbalik (Cross Over)

Pemasangan lurus sunting

Pemasangan lurus biasanya digunakan untuk menghubungkan hab dengan komputer. Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama di kedua hujung komputer dan hab.

Pemasangan terbalik sunting

Pemasangan terbalik digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.

Lihat juga sunting