Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 18 buah IPTA dan 1 IPTS.

Sejarah sunting

Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965. Di awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Peristiwa 13 Mei menyaksikan kompeni ini dikembangkan ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan sambutan yang menggalakan daripada para mahasiswa, Pengarah Askar Wataniah Brigadier Jeneral Dato’ Abdul As Ismail telah mengambil inisiatif berbincang dengan naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM pada masa itu ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU dengan objektif utamanya untuk melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela daripada kalangan pensyarah, kakitangan dan mahasiswa di IPTA. Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing.

Penubuhan PALAPES di IPTA sunting

Data bersumberkan buku Askar Wataniah: Warga Pembela Nusa.[1].

Sejarah penubuhan PALAPES
No. Universiti Penubuhan rasmi Komandan pertama Nota
1 Universiti Kebangsaan Malaysia 1 Julai 1979 Leftenan Kolonel Profesor Mohd Ghazali PALAPES pertama ditubuhan di IPTA
2 Universiti Malaya 7 Februari 1980 Profesor Diraja Ungku Aziz
3 Universiti Putra Malaysia 8 Februari 1980 Leftenan Kolonel Profesor Tan Sri Dato' Dr Mohd Rasdan
4 Universiti Sains Malaysia 7 Jun 1980 Kolonel Dato' Dr Amir bin Awang
5 Universiti Utara Malaysia 1 Mei 1984 Kolonel (Kehormat) Prof Tan Sri Dato' Awang Had bin Salleh
6 Institut Teknologi Mara 8 Februari 1979 Kolonel Profesor Madya Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid
8 Universiti Teknologi Malaysia 11 April 1991 Kepten (Kehormat) Dato' Dr Ridzuan bin Hj Salleh
9 Universiti Malaysia Sarawak 1 Julai 1997 Kolonel (kehormat) Prof Dato' Mohamad Zawawi bin Ismail
10 Universiti Malaysia Sabah 24 November 1996 Tan Sri Datuk Seri Panglima Prof. Dr Abu Hassan Othman
11 Universiti Tun Hussein Onn 1 Oktober 2003 Kol (K) Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin
12 Universiti Pendidikan Sultan Idris
13 Universiti Malaysia Perlis 3 Mac 2005 Y. Bhg. Brigadier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin
14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia YBhg Brig Jen Dato’ Amir Bin Hashim TUDM Semua mahasiswa awam diwajibkan menyertai PALAPES. Sebagai syarat layak untuk graduasi
15 Universiti Teknikal Malaysia Melaka 16 April 2018

Istiadat pentauliahan Pegawai PALAPES sunting

Setelah menjalani latihan berkala secara sambilan selama 3 tahun, lulus peperiksaan yang diadakan oleh pihak ATM melalui Markas PALAPES di IPTA serta mendapat perakuan dari Ketua Jurulatih, Markas PALAPES IPTA sebagai layak untuk ditauliahkan, seorang Pegawai Kadet akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tempat pentauliahan akan diadakan secara bergilir-gilir oleh kesemua IPTA yang terlibat.

Senarai tempat Pentauliahan Diraja Pegawai Muda PALAPES. Data dari USM Palapes[2]
Pentauliahan ke Tuan rumah Ditauliahkan oleh Tarikh Ditauliahkan Nota
01 26 April 1983 UPM
02 26 April 1983
03 31 Mei 1984
04 ITM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail 3 Julai 1985
05 UM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail 28 Jun 1986 SPB Yang Dipertuan Agong
06 UKM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Jun 1987 Baginda adalah SPB Yang Dipertuan Agong ke-8
07 USM DYMM Sultan Azlan Shah Jun 1988 Ketika itu Sultan Azlan adalah Timb. SPB Yang Dipertuan Agong
08 UUM DYMM Sultan Kedah 15 Jun 1989
09 UPM DYMM Sultan Selangor 23 Jun 1990 Baginda mewakili SPB Yang Dipertuan Agong
10 30 Jun 1991
11 UM DYMM Sultan Azlan Shah 22 Jun 1992 Ketika itu Sultan Azlan adalah SPB Yang Dipertuan Agong
12 UKM Tuanku Ja'afar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan 26 Jun 1993 Canselor UKM mewakili SPB Yang DiPertuan Agung
13 UTM Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail 21 Jun 1994 Baginda mewakili SPB Yang Dipertuan Agong dan juga selaku Sultan Johor
14 USM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 17 Jun 1995 Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-10.
15 UUM 15 Jun 1996
16 UPM 17 Mei 1997
17 ITM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 16 Mei 1998 Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-10.
ITM kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM)
18 UM 15 Mei 1999
19 UKM SPB YDA Ke-11, Sultan Saladuddinn Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alan Shah Al-Haj 13 Mei 2000 Pentauliahan pertama yang memperkenalkan Pegawai Kadet Terbaik Udara (Sebelum ini hanya Darat dan Laut sahaja yang mempunyai Pegawai Kadet Terbaik)
20 UTM 12 Mei 2001
21 USM Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail 4 Mei 2002 Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-12
22 UUM Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail 10 Mei 2003 Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-12
23 UPM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj 8 Mei 2004
24 UiTM
Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail
14 Mei 2005
25 UM 17 Jun 2006
26 UiTM SPB Yang di Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah 18 Jun 2007
27 UKM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 21 Jun 2008 Baginda mewakili SPB Yang Dipertuan Agong dan juga selaku Canselor UKM
28 UTM Tunku Ibrahim Ismail, Tengku Mahkota Johor 22 Jun 2009 Mewakili ayahanda beliau[3]
29 USM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Raja Muda Perlis

12 Jun 2010 Seramai 1,138 orang pegawai kadet dari 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan[4]
30 UTHM DYMM Sultan Ibrahim

Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

9 Julai 2011 Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 15 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. [5]
31 UUM Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah

Tunku Temenggong Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah

17 Julai 2012 Seramai 1,284 pegawai kadet Palapes daripada 16 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. [6][7][8]
32 UMS DYMM Sultan Muhammad V

Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

Merangkap Timbalan Yang Di Pertuan Agong

06 Julai 2013 Seramai 1,340 orang pegawai kadet Palapes daripada 17 buah Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. Bagaimanapun hanya 1,254 orang yang telah menghadiri majlis pertauliahan di sebabkan para pegawai kadet daripada UiTM Shah Alam masih menghadapi peperiksaan akhir[9]
33 UPSI YTM Brigader Jeneral Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim

Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah

23 Ogos 2014 Seramai 1,584 pegawai kadet Palapes daripada 17 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. [10][11]
34 UPM DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan

15 Ogos 2015 Seramai 1,620 pegawai kadet (750 pegawai kadet lelaki dan 870 pegawai kadet wanita) dari 18 IPTA bertemakan "Watan Mendaulat Nusa".
35 UM DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah 20 Ogos 2016 Seramai 1,675 pegawai kadet Palapes Universiti Awam(UA) ditauliahkan terdiri daripada 774 PK(Lelaki) dan 901 PK(Wanita) dari 18 buah universiti awam.
36 UiTM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad ke-V 12 Ogos 2017 Seramai 1,832 pegawai kadet (755 pegawai kadet lelaki dan 1,076 pegawai kadet wanita) dari 18 IPTA bertemakan "Mahasiswa Perkasa Aset Keteguhan Negara".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Askar Wataniah Warga Pembela Nusa, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Alor Setar,1998
  2. ^ http://usmpalapes.blogspot.com/ Senarai Pentauliahan Diraja
  3. ^ 1,179 cadets receive their accreditation
  4. ^ http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/6/17/north/6482744&sec=north Smart army officers
  5. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm#ixzz2HprgZtfB
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 2014-11-11.
  7. ^ http://bolonganaksemporna.blogspot.com/2012/08/tauliah-dan-bolong-psstudm.html
  8. ^ http://min-def.blogspot.com/2012/09/palapes.html
  9. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm#ixzz2HprgZtfB
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 2014-11-11.
  11. ^ https://www.usm.my/index.php/en/admin/news-article-bahasa/2836-1584-pegawai-kadet-palapes-ditauliah

Pautan luar sunting