Patrick Star merupakan salah satu watak dalam siri kartun animasi popular Nickelodeon SpongeBob SquarePants. Patrick merupakan rakan karib kepada Spongebob. Patrick merupakan tapak sulaiman yang berwarna merah jambu dan berperut buncit. Patrick tinggal di bawah kubah batu. Patrick merupakan haiwan paling bengap di Bikini Bottom kerana dia sering melakukan aksi yang pelik dan hodoh selain segala percakapannya adalah tanpa berfikir.

Patrick Star (ڤتريچق ستار)
Patrick Star
Dicipta oleh Stephen Hillenburg
Disuarakan oleh Bill Fagerbrakke
Informasi
JantinaLelaki

Patrick tidak pergi ke sekolah melainkan ke sekolah memandu (itupun hanya sekali sahaja dalam satu babak khusus dalam siri kartun SpongeBob SquarePants kerana menemani SpongeBob). Patrick juga tidak bekerja, segala perbelanjaan untuk kehidupannya bersendirian di Bikini Bottom dikatakan diberikan oleh ibu bapanya (Herb dan Margie) yang menetap jauh dari Bikini Bottom.

Setiap pagi Patrick akan berdiri di luar rumahnya untuk mengucapkan perkataan "Hai SpongeBob" kepada SpongeBob yang akan pergi ke tempat kerjanya di Krusty Krab dan Patrick akan terus berdiri di luar rumahnya sampai ke petang sehingga SpongeBob pulang dari tempat kerjanya untuk mereka berdua bermain dan bersiar-siar di sekitar Bikini Bottom. Selalunya Patrick dan SpongeBob akan mengganggu jiran mereka Squidward Tentacles.

Lihat juga sunting