Patrick Stewart

pelakon Inggeris

Sir Patrick Stewart OBE (lahir 13 Julai 1940) ialah seorang pelakon lelaki England yang kerjayanya melibatkan pentas, televisyen dan filem dalam kerjaya yang melangkaui hampir enam dekad. Memulakan kerjayanya dalam jangka panjang bersama Royal Shakespeare Company, beliau menerima Anugerah Laurence Olivier 1979 untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Pembantu menerusi persembahannya salam Antony and Cleopatra di West End. Peranan layar perdana Stewart dalam TV dan filem sepanjang pertengahan akhir 1970-an, termasuk Hedda, dan siri mini I, Claudius.

Sir Patrick Stewart

Stewart di Festival Filem Berlin pada 17 Februari 2017
Kelahiran (1940-07-13) 13 Julai 1940 (umur 83)
WarganegaraUnited Kingdom
Pusat pendidikanBristol Old Vic Theatre School
PekerjaanPelakon, pelakon suara
Tahun aktif1959–kini
Parti politikBuruh[1]
Pasangan
Anak-anak2

Pada tahun 1980-an, Stewart mula bekerja dalam televisyen dan filem Amerika, dengan peranan seperti Kapten Jean-Luc Picard dalam Star Trek: The Next Generation dan filem terbitan turunannya, seperti Professor Charles Xavier dalam siri filem adiwira X-Men. Dari siri TV Starz Blunt Talk, dan peranan suara seperti Timbalan Pengarah CIA Avery Bullock dalam American Dad!. Beliau telah memenangi Anugerah Golden Globe, Anugerah Emmy, Anugerah Screen Actors Guild sebanyak beberapa kali dan pencalonan Anugerah Saturn. Setelah kekal bersama Royal Shakespeare Company, pada tahun 2008 Stewart menjayakan watak Raja Claudius dalam Hamlet di West End dan memenangi Anugerah Olivier.

Pada tahun 1993, TV Guide menamakan Stewart sebagai Pelakon Televisyen Drama Terbaik 1980-an.[3] Beliau menerima bintang di Hollywood Walk of Fame pada 16 Disember 1996. Pada tahun 2010, Stewart dianugerahkan gelaran bangsawan oleh Ratu Elizabeth II untuk drama.

Rujukan sunting

  1. ^ "Patrick Stewart wants politicians to watch more Star Trek and follow Jean-Luc Picard's example". The Independent. 14 Ogos 2015. Dicapai pada 1 April 2017.
  2. ^ Dale, Sharon (24 Ogos 2016). "Sir Patrick Stewart sells his Dales home and makes a dream come true". The Yorkshire Post. Dicapai pada 10 Februari 2017.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ TV Guide 17–23 April 1993. 1993. m/s. 32.

Pautan luar sunting