Patung Perpaduan (Statue of Unity) merupakan sebuah patung gergasi seorang negarawan India, Vallabhbhai Patel di daerah Narmada, Gujarat, India. Ia merupakan patung terbesar dunia setakat ini dengan ketinggian 182 meter, iaitu lebih kurang dua kali tinggi Patung Liberty termasuk tapaknya. Patung ini dibina di sebuah pulau sungai dan menghadap Empangan Narmanda berdekatan Rajpipla.

Patung Perpaduan
Patung pada 31 Oktober 2018
Maklumat umum
Pereka bentuk
Ram V. Sutar
JenisStatue
BahanBingkaian besi, konkrit, pelekap gangsa[1]
Tinggi
  • Patung: 182 meter (597 ka)
  • Bersama tapak: 240 meter (790 ka)[1]
Mula dibina pada
31 Oktober 2013 (2013-10-31)
Dibuka pada
31 Oktober 2018
Didedikasikan kepada
India
Laman sesawang
statueofunity.in
Maklumat lokasi
Patung Perpaduan is located in Bumi
Patung Perpaduan
Patung Perpaduan (Bumi)
Map
Koordinat21°50′17″N 73°43′09″E / 21.8380°N 73.7191°E / 21.8380; 73.7191Koordinat: 21°50′17″N 73°43′09″E / 21.8380°N 73.7191°E / 21.8380; 73.7191
LokasiNarmada, Gujarat, India
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Peringkat awal sunting

Projek patung tersebut mula diumumkan pada 7 Oktober 2010.[2] Sebuah gerakan bernama Gerakan Patung Perpaduan (Statue of Unity Movement) ditubuhkan bagi menampung pembinaan patung tersebut dengan membantu mengumpulkan besi yang diperlukan menerusi dermaan barangan pertanian daripada peladang-peladang. Dengan itu, kira-kira 5,000 tan metrik besi telah dikumpulkan.[3]

Selain itu, gerakan tersebut talah menubuhkan petisyen Suraaj ("pentadbiran baik" dalam bahasa Hindi) dan telah mengumpul sebanyak 20 juta tanda tangan sehingga menjadi petisyen terbesar di dunia.[4]

Rekaan sunting

Patung ini melambangkan Vallabhbhai Patel, salah seorang negarawan terkemuka dalam gerakan kemerdekaan India, Timbalan Perdana Menteri India pertama serta pemimpin yang bertanggungjawab menyatukan ratusan negeri beraja sehingga membentuk sempadan politik India pada masa kini. Patung ini direka oleh Ram V. Sutar.[5]

Pembinaan sunting

Sebuah konsortium yang terdiri daripada Turner Construction (pengurus projek Burj Khalifa), Michael Graves and Associates dan Meinhardt Group menjadi penyelia projek tersebut. Projek tersebut mengambil masa 56 bulan untuk disiapkan, iaitu 15 bulan untuk perancangan, 40 bulan untuk pembinaan dan dua bulan untuk penyerahan. Jumlah kos keseluruhan projek tersebut dianggarkan oleh kerajaan sebanyak ₹20.63 bilion (US$290 juta).[6]

Patung tersebut disiapkan dalam masa 33 bulan, di mana tapak asasnya dibina pada 2013 dan siap pada pertengahan Oktober 2018. Upacara pembukaan rasmi telah dilakukan pada 31 Oktober 2018 oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.[7]

Isu sunting

Pihak puak Tadvi menentang tindakan pengambilan tanah sekeliling patung tersebut untuk tujuan pembangunan pelancongan.[8] Selain itu, pihak aktivis alam sekitar menulis surat terhadap kerajaan pusat sebagai tegasan bahawa projek itu diteruskan tanpa kelulusan Kementerian Alam Sekitar.[9] Pelbagai pihak juga menentang peruntukan dana sebanyak ₹2 bilion (US$28 juta) untuk projek tersebut yang dikatakan sepatutnya diperuntukkan untuk keutamaan-keutamaan lain.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Gujarat: Sardar Patel statue to be twice the size of Statue of Liberty" (dalam bahasa Inggeris). CNN-IBN. 30 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "For iron to build Sardar Patel statue, Modi goes to farmers". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 8 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Statue of Unity: 36 new offices across India for collecting iron". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2013. Dicapai pada 15 November 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "The Indian Republic". The Indian Republic. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 15 November 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "All you need to know about Ram Vanji Sutar, sculptor behind the Statue of Unity, 50 other sculptures of politicians" (dalam bahasa Inggeris). firstpost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ "Gujarat's Statue of Unity to cost Rs 25 billion". Daily News and Analysis (dalam bahasa Inggeris). 8 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2012. Dicapai pada 28 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ "Statue of Unity ready for inauguration on October 31: 10 interesting facts about world's tallest statue". The Financial Express (dalam bahasa Inggeris). 13 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2018. Dicapai pada 13 Oktober 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Indian farmers fume at $430m cost of Gujarat statue, BBC 28 Oktober 2018
  9. ^ "Statue of Unity project has no environmental clearance, say activists". The Hindu. Chennai, India. 23 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2014. Dicapai pada 4 Januari 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Budget 2014: Indians balk at ₹2 billion statue of Sardar Patel". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 10 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2014. Dicapai pada 11 Julai 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting