Paul Van Himst

footballer

Paul Van Himst (lahir 2 Oktober 1943) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penyerang. Meskipun telah bersara, beliau tetap menyokong bekas kelabnya, R.S.C. Anderlecht.

Paul Van Himst
Maklumat peribadi
Nama penuh Paul Van Himst
Tarikh lahir (1943-10-02) 2 Oktober 1943 (umur 80)
Tempat lahir Sint-Pieters-Leeuw, Belgium
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1951–1959 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1959–1975 Anderlecht 457 (233)
1975–1976 Molenbeek 21 (1)
1976–1977 Eendracht Aalst
Pasukan kebangsaan
1960–1974 Belgium 81 (30)
Pasukan diurus
1983–1986 Anderlecht
1987–1988 Molenbeek
1991–1996 Belgium
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Van Himst memenangi Divisyen Pertama Belgium sebanyak lapan kali dan kesemua itu ketika beliau beraksi untuk Anderlecht. Bersama Anderlecht, beliau telah bermain sebanyak 456 perlawanan dan sempat menjaringkan 233 gol. Beliau juga bermain untuk RWDM dan Eendracht Aalst.

Beliau merupakan penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Belgium bersama Bernard Voorhoof dengan menjaringkan 30 gol (dalam 81 perlawanan). Beliau membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada 19 Oktober 1960 menentang Sweden. Beliau juga membantu skuad Belgium menduduki tempat ketiga pada Euro 1972.

Ketika menjadi pengurus, beliau berjaya membawa Belgium ke Piala Dunia 1994.

Isteri beliau, Arlette Neckebroeck, meninggal dunia pada 4 Disember 2013.[1]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 30 Oktober 1960 Brussels, Belgium   Hungary 1–0 2–1 Persahabatan
2 20 November 1960 Brussels, Belgium   Switzerland 1–1 2–4 Kelayakan Piala Dunia 1962
3 22 Mac 1961 Rotterdam, Belanda   Belanda 1–2 6–2 Persahabatan
4 12 November 1961 Amsterdam, Belanda   Belanda 0–4 0–4 Persahabatan
5 24 Disember 1961 Brussels, Belgium   Bulgaria 3–0 4–0 Persahabatan
6 4–0
7 13 Mei 1962 Brussels, Belgium   Itali 1–1 1–3 Persahabatan
8 14 Oktober 1962 Antwerp, Belgium   Belanda 2–0 2–0 Persahabatan
9 24 April 1963 Brussels, Belgium   Brazil 3–0 5–1 Persahabatan
10 25 Disember 1963 Paris, Perancis   Perancis 0–1 1–2 Persahabatan
11 1–2
12 21 Oktober 1964 London, England   England 1–2 2–2 Persahabatan
13 2 Disember 1964 Brussels, Belgium   Perancis 1–0 3–0 Persahabatan
14 27 Oktober 1965 Brussels, Belgium   Bulgaria 1–0 5–0 Kelayakan Piala Dunia 1966
15 2–0
16 10 November 1965 Tel Aviv, Israel   Israel 0–1 0–5 Kelayakan Piala Dunia 1966
17 0–3
18 0–5
19 25 Mei 1966 Liège, Belgium   Ireland 1–0 2–3 Persahabatan
20 11 November 1966 Brussels, Belgium   Perancis 1–0 2–1 Kelayakan Euro 1968
21 2–0
22 19 Mac 1967 Bandar Luxembourg, Luxembourg   Luxembourg 0–1 0–5 Kelayakan Euro 1968
23 0–3
24 16 April 1969 Brussels, Belgium   Mexico 2–0 2–0 Persahabatan
25 3 Februari 1971 Liège, Belgium   Scotland 2–0 3–0 Kelayakan Euro 1972
26 3–0
27 20 Mei 1971 Bandar Luxembourg, Luxembourg   Luxembourg 0–2 0–4 Persahabatan
28 13 Mei 1972 Brussels, Belgium   Itali 2–0 2–1 Euro 1972
29 18 Mei 1972 Liège, Belgium   Iceland 1–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia 1974
30 17 Jun 1972 Liège, Belgium   Hungary 2–0 2–1 Euro 1972

Rujukan sunting

  1. ^ "Paul Van Himste takes leave of his wife". Niewsblad.be. Dicapai pada 12 February 2014.

Pautan luar sunting