Paus merupakan gelaran yang diberikan kepada uskup Rom yang merupakan ketua kerohanian dalam badan Gereja Katolik Rom. Pemegang gelaran ini juga merupakan ketua negara Kota Vatikan, sebuah negara kota terletak di tengah-tengah Rom, ibu kota Itali. Pejabat jawatan dipegang paus dipanggil Kepausan sementara kawasan kepaderiannya dipanggil Takhta Suci (Sancta Sedes, Holy See atau Apostolic See).

Uskup
Rom
اوسکوڤ روم
Pontifex Romanus
Penyandang
Fransiskus
sejak 13 Mac 2013
Gelaranbahasa Melayu: Yang Mulia, Sri Paus[1]
bahasa Inggeris: His Holliness, "Yang Suci"
Anggota bagiHierarki Gereja Katolik Edit the value on Wikidata
Bidang kuasaGereja Roman Katolik, Vatikan dan Negeri-Negeri Paus Edit the value on Wikidata
InstitusiGereja Roman Katolik, Holy See, Diocese of Rome (en) Terjemah dan Roman Catholic Ecclesiastical province of Rome (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
KediamanIstana Paus
Penjawat sulungSanto Peter
DibentukAbad pertama
SenaraiSenarai Paus Edit the value on Wikidata
Tapak webBapa Suci
Twitter: Pontifex Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Paus Gregorius I yang Agung (c 540–604) yang menetapkan tema medieval di Gereja, dalam lukisan oleh Carlo Saraceni, sekitar 1610, Rom.

Paus gereja ini yang terkini adalah Paus Fransiskus yang ditabalkan semasa berusia 76 tahun pada 2013.

Etimologi sunting

Istilah "paus" ini merupakan kata pinjaman bahasa Belanda daripada perkataan Yunani: πάππας pappas, 'bapa' melalui istilah bahasa Latin iaitu papa. Gelaran papa atau pappas ini pada awalnya digunakan semua uskup dan paderi kanan terutamanya di Timur ketika kurun-kurun awal agama Kristian. Ia kemudiannya dikhususkan pengunaannya kepada Uskup Rom pada abad ke-11.[2][3][4][5][6]

Cara pemilihan sunting

Pengundian sunting

Paus asalnya dipilih paderi-paderi kanan yang mendiami kota Rom atau sekitarnya. Kelayakan para pengundi dihadkan kepada Kardinal-Kardinal Gereja Rom Suci pada 1059, manakala undian individu kesemua Pengundi Kardinal dikira sama rata pada tahun 1179. Para pengundi kini dihadkan dalam kalangan mereka yang tidak mencecah usia 80 tahun sehari sebelum kematian atau peletakkan jawatan Paus yang sebelumnya.[7] Memandangkan Paus ini juga berperanan sebagai Uskup Rom, hanya mereka yang telah dilantik sebagai uskup sahaja dapat diundi, di mana sebarang penganut Katolik lelaki yang dibaptiskan layak dalam pemilihan ini.

Salah satu ciri utama kaedah pemilihan paus yang baru ini adalah cara pengundian diumumkan kepada orang ramai. Selepas kesemua kertas undi dikumpul dan diikat, bondolan tersebut dibakar dalam sebuah dapur khas yang didirikan dalam Gereja Kecil Sistine di mana asap pembakaran tersebut akan dilepaskan sebuah serombong kecil yang kelihatan dari Dataran Santo Peter. Undian yang tidak berjaya akan dibakar bersama sejenis bahan khas yang menghasilkan asap hitam (bahasa Itali: fumata nera) Undian yang berjaya pula akan dibakar sendirian menghasilkan asap putih (fumata bianca) seterusnya mengumumkan pengundian seorang Paus yang baharu.[8]

Diakon Kardinal Kanan muncul dari beranda yang menghadap Dataran Santo Peter lalu membuat pengumuman: Annuntio vobis gaudium magnum! Habemus Papam! ("Saya mengumumkan dengan sukacitanya! Kami mempunyai seorang Paus kini!"). Paderi tersebut seterusnya mengumumkan nama pertama serta nama pemerintah Paus baru ini.

Kematian sunting

Mengikut tradisi abad-abad kebelakangan ini, Kardinal Camerlengo ("Pengurus Rumah Tangga") mengesahkan kematian seseorang Paus selepas mengetuk lembutnya kepala beliau dengan sejenis tukul perak sambil memanggil nama asalnya sebanyak tiga kali,[9] namun ia tidak diamalkan sewaktu kematian John Paul I[10] dan John Paul II.[11] Kardinal tersebut mengambil Cincin Nelayan lalu membelahnya di hadapan jemaah kardinal lain. Tera Paus ini dirosakkan agar ia tidak digunakan lagi sementara kediaman persendiriannya ditutup.[perlu rujukan]

Mayat si Paus yang mati ini dipamerkan untuk tujuan penghormatan terakhir selama beberapa hari sebelum dikebumikan dalam bilik bawah gereja atau katedral yang utama; kesemua paus yang meninggal pada abad-abad ke-20 dan ke-21 dikebumikan dalam Basilika Santo Peter. Suatu tempoh berkabung selama sembilan hari (novendialis) berlangsung selepas pengebumian ini berlaku.[perlu rujukan]

Peletakan jawatan sunting

Kemungkinan seseorang Paus meletakkan jawatannya amatlah jarang.[12] Benedict XVI merupakan Paus terkini yang melakukan demikian dengan penurunannya dari Takhta Suci pada 28 Februari 2013 selepas pengunduran Gregorius XII pada tahun 1415.[13]

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Contoh penggunaan: Sri Paus umum Kardinal pertama Malaysia (Herald Malaysia, 14 Oktober 2016)
  2. ^ Elwell, Walter A. (2001). ''Evangelical Dictionary of Theology''. Baker Academic. m/s. 888. ISBN 9780801020759. Dicapai pada 18 Februari 2013.
  3. ^ Greer, Thomas H.; Gavin Lewis (2004). A Brief History of the Western World. Cengage Learning. m/s. 172. ISBN 9780534642365. Dicapai pada 18 Februari 2013.
  4. ^ Mazza, Enrico (2004). The Eucharistic Prayers of the Roman Rite. Liturgical Press. m/s. 63. ISBN 9780814660782. Dicapai pada 18 Februari 2013.
  5. ^ O'Malley, John W. (2009). A History of the Popes. Government Institutes. m/s. xv. ISBN 9781580512275. Dicapai pada 18 Februari 2013.
  6. ^ Schatz, Klaus (1996). Papal Primacy. Liturgical Press. m/s. 28–29. ISBN 9780814655221. Dicapai pada 18 Februari 2013.
  7. ^ John Paul II 1996, m/s. Introduction.
  8. ^ Effron, Lauren (Mac 2013). "White Smoke, Pope; Black Smoke, Nope: How Conclave Smoke Gets Its Color". ABC News.
  9. ^ "Hammer Time". Snopes.com. 5 April 2005. Dicapai pada 2 November 2014.
  10. ^ Sullivan, George E. Pope John Paul II: The People's Pope. Boston: Walker & Company, 1984.
  11. ^ "The Path to a New Pontiff". Time.com. 3 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-30. Dicapai pada 11 Ogos 2010.
  12. ^ Zaman pemerintahan paus difahamkan menjangkau dari tarikh pelantikannya sehingga tarikh kematiannya. Hanya lima orang paus sahaja yang meletakkan jawatan dengan pastinya antara sekitar kurun ke-10 dan kurun ke-15.
  13. ^ Brown, Andrew (11 Februari 2013). "Benedict, the placeholder pope who leaves a battered, weakened church". The Guardian. Dicapai pada 12 Februari 2013.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.