Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion Kuala Lumpur ialah sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Malaysia yang dibuka pada Oktober 2007. Pavilion terdiri daripada empat komponen utama; sebuah pusat peruncitan, sebuah bangunan pejabat, dua buah bangunan kediaman dan sebuah hotel yang dicadangkan.[3]

Pavilion KL
bahasa Inggeris: Pavilion KL
Tamil: பவில்யன் கோலா லும்பூர்
LokasiBukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaanOktober 2007[1]
PemajuUrusharta Cemerlang (KL) Sdn Bhd[2]
PemilikMTrustee Berhad for Pavilion REIT
Keluasan lantai peruncitan1,400,000 kaki persegi (130,000 m2)

Komponen sunting

Pavilion Kuala Lumpur mempunyai tujuh aras kompleks peruncitan. Ruangan peruncitan seluas 1.4 juta kaki persegi ini boleh menempatkan sebanyak 450 kedai di enam bahagian:[4]

  • Bintang Circle
  • Gourmet Emporium (restoran dan kedai makanan, tertumpu di tingkat 1)
  • Couture (fesyen)
  • Connection (kelengkapan teknologi tinggi)
  • Home (kelengkapan rumah)
  • Seventh Heaven (kemudahan istirahat, tertumpu di tingkat 7)

Sejarah sunting

Tapak yang kini diduduki Pavilion KL ini pernah menempatkan sebuah kampus Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Bintang, sekolah tertua di Kuala Lumpur. Kampus Bukit Bintang ini dikosongkan pada tahun 2000 apabila sekolah tersebut pindah ke Cheras lalu dinamakan semula sebagai Sekolah Sri Bintang Utara.

Hubungan sunting

Pusat beli-belah ini tercapai oleh beberapa laluan rel sekitar ibu kota. Yang terdekat ialah Kuala Lumpur Monorail iaitu di stesen Bukit Bintang dan Raja Chulan.

Pengangkutan sunting

Pavilion Kuala Lumpur terletak dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari stesen MRT/Monorail Bukit Bintang dari selatan atau stesen Monorail Raja Chulan dari utara.[5] Pusat ini juga dihubungkan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Suria KLCC (dan dengan itu stesen LRT) melalui laluan pejalan kaki bertingkat.[6]

Peristiwa sunting

Muzik video lagu “Falling in Love” nyanyian Datuk Siti Nurhaliza telah difilemkan di sekitar ruang masuk Pusat beli-belah ini,[7] dengan menggunakan konsep flash mob yang mengambil khidmat seramai 200 orang awam.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pavilion KL: Overview and Factsheet". Pavilion KL. 12 June 2017. Dicapai pada 12 June 2017.
  2. ^ "Pavilion KL developer to build RM800mil tower block". Pavilion KL. 2 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-13. Dicapai pada 12 June 2017.
  3. ^ "Pavilion KL - Floor Map". Pavilion KL. 12 June 2017. Dicapai pada 12 June 2017.
  4. ^ "Pavilion KL - About Us (Precinct Info)". Pavilion KL. 12 June 2017. Dicapai pada 12 June 2017.
  5. ^ "Pavilion KL - Getting Here". Pavilion KL. 12 June 2017. Dicapai pada 12 June 2017.
  6. ^ "Bukit Bintang - KLCC Pedestrian Walkway in KL". Hotels.com. 12 June 2017. Dicapai pada 12 June 2017.
  7. ^ a b Flashmob Dalam Klip Video Falling In Love Siti Diarkibkan 2013-04-13 di archive.today Muzaffar Mustafa. Gua.com.my. (13 September 2011). Diperoleh pada 18 Mac 2012.

Pautan luar sunting

Koordinat: 3°08′57″N 101°42′49″E / 3.149215°N 101.713529°E / 3.149215; 101.713529