Payung (Jawi: ڤايوڠ turunan proto-Austronesia *payuŋ[1]) adalah alatan tangan yang digunakan untuk menghalang hujan daripada jatuh pada seseorang. Payung juga digunakan untuk membuat teduhan dan melindungi seseorang daripada terik cahaya matahari.

Payung
Payung emas dan perak alat istiadat pertabalan Sultan Hassanal Bolkiah

Payung dijadikan suatu alat istiadat utama dalam banyak kerajaan seluruh dunia termasuk alam Melayu (bayangan peranan raja sebagai "pemberi teduh" laksana alat tersebut, menurut Walter William Skeat).[2] Sejarah Melayu misalnya mencatatkan butiran istiadat Kesultanan Melaka yang mengkhususkan sekaki payung berwarna putih untuk kegunaan sultan dan payung berwarna kuning untuk kerabat baginda;[3]:26 pemakaian payung sebagai alat kebesaran masih diteruskan pembesar di negeri-negeri tertentu seperti Pahang, Selangor dan Jelebu.[3]:34–35

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*payuŋ: umbrella, parasol". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada Dis 25, 2023.
  2. ^ Cranstone, B. A. L. (Julai 1957). "A Malay 'Umbrella'". The British Museum Quarterly. 21 (2): 57–58. doi:10.2307/4422575.
  3. ^ a b Skeat, Walter William (1900). "Chapter 2: Man and His Place in the Universe". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 16–55.