Pekan pasar (bahasa Inggeris: Market town atau market right) adalah istilah hukum, yang digunakan sejak abad pertengahan, untuk wilayah di Eropah yang memiliki hak untuk menggelarkan sebuah pasar, sebuah hak yang tidak dimiliki oleh kampung dan bandar. Sebuah kota kelurahan (town) dapat sahaja menggambarkan sebuah "pekan pasar" atau setidaknya memiliki "hak untuk menguruskan pasar" walaupun kini tidak lagi memiliki pasar, yang menggambarkan istilah ini masih digunakan sehingga sekarang.

British sunting

Sebelum Abad ke-19, majoriti dari penduduk British bergantung hidup mereka dalam sektor pertanian dan penternakan, dan hampir semuanya tinggal di tempat mereka bekerja (bertani dan menternak), dengan populasi yang kecil di setiap kota. Oleh disebabkan itu, para petani bersama keluarganya membawa hasil pertanian dan penternakan mereka ke pasar tidak formal setelah mereka pergi ke gereja untuk beribadat. Pekan pasar berkembang di pusat aktiviti tempatan dan merupakan sebahagian penting daripada kehidupan perkampungan, sebagaimana beberapa nama tempat yang menggambarkannya: Pasar Drayton, Pasar Harborough, Chipping Norton dan Chipping Sodburychipping merupakan kosakata yang berasal daripada bahasa Anglo-Saxon yang bermaksud "beli".

Rujukan sunting

A Revolution from Above; The Power State of 16th and 17th Century Scandinavia; Editor: Leon Jesperson; Odense University Press; Denmark; 2000