Pekin Ibrahim

Pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit Malaysia

Mohd Iznan "Pekin" Ibrahim (lahir 25 Oktober 1981)[a] merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Malaysia.[1][2] Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya Di Ambang Misteri (2004), diikuti oleh beberapa filem berikut termasuk Cinta Terakhir (2009), Skrip 7707 (2009), Al-Hijab (2011), Bunohan (2012), Paku Pontianak (2013), Cerita Kita (2013), Coverina (2015), Kampung Drift (2016), Volkswagen Kuning (2016), Suatu Ketika (2019) dan Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys (2023). Kredit filem beliau yang lain termasuk komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), komedi muzikal Rock Oo! (2013), Lagenda Budak Hostel (2013), Tokan (2013), drama cereka sains Apokalips X (2014), Ophilia (2014), thriler seram Villa Nabila (2015),[3] Juvana 2 (2015), Jejak Warriors (2015),[4] drama aksi komedi Mat Moto (2016)[5][6] dan seram ghaib Munafik (2016).

Pekin Ibrahim
Pekin semasa memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 3 September 2016.
Kelahiran
Mohd Iznan bin Ibrahim

(1981-10-25) 25 Oktober 1981 (umur 42)
PendidikanIjazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia (UUM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif2002–kini
PasanganMona Allen (k. 2018)
Anak-anak1

Beliau mencapai banyak kejayaan pada 2016 apabila beliau telah memenangi Festival Filem Malaysia ke-28 melalui filemnya, Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit bagi Pelakon Lelaki Terbaik, menewaskan calon lain seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Aaron Aziz. Beliau juga berbakat dalam tarian dan muzik kerana pernah menganggotai kumpulan B-Boys dan Sevenwords.[7][8] Selain itu, Pekin juga bergiat aktif di teater dan telah menjayakan pementasan teater termasuk Tattoo Gestapo (2012) dan Dendam Laksamana (2017).

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Iznan bin Ibrahim pada 25 Oktober 1981 di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada 6 beradik,[9] ibu bapanya ialah Che Jah Che Mat dan Allahyarham Ibrahim Awang,[9] bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1991 ketika Pekin berusia 10 tahun.[9] Kehilangan arwah bapa memberikan tamparan hebat kepada Pekin kerana beliau menjadi anak kesayangan bapanya. Semasa zaman kanak-kanaknya, Pekin gemar berangan dan suka berimaginasi, beliau meminati siri animasi adiwira Jepun seperti Satria Perkasa Hitam dan Ultraman,[9] kecenderungan Pekin menonton siri televisyen ini membuatkan beliau boleh 'menukar' dirinya kepada watak animasi yang diminati dalam sekelip mata. Beliau bersekolah di Maktab Pengajian Islam Kota Bharu.[9]

Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai seorang pekerja di restoran makanan segera A&W, Subang Jaya[9] selepas meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1998 untuk memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur.[9] Beliau berpindah ke KL bersama rakan karibnya apabila beliau berusia 16 tahun untuk mencapai impian untuk menjadi seorang pelakon.[9] Walaupun bekerja di restoran, beliau menghadiri beberapa uji bakat untuk menjayakan peranan dalam drama dan filem. Pada tahun-tahun terawal kerjayanya, beliau bekerja keras untuk menguasai bahasa Inggeris dan menggunakan loghat Kelantan tebal.[9] Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).[10][11]

Kerjaya sunting

2002–2009: Permulaan kerjaya sunting

Semasa tahun terawal penglibatannya dalam bidang lakonan, Pekin memulakan kerjayanya dalam industri filem hanya sebagai pelakon pembantu. Beliau menjayakan peranan dalam filem pertamanya Di Ambang Misteri diarahkan oleh Silver Chung pada tahun 2004. Beliau kemudian berlakon dalam filem Cinta Terakhir arahan Along Kamaludin juga sebagai watak pembantu; Pekin kemudiannya membintangi telefilem Ombak Laut China Selatan arahan Rashid Sibir yang dibintangi oleh Eman Manan. Pada tahun 2009, beliau menerima tawaran untuk menjayakan watak penting sebagai pelakon seram dalam filem seram Skrip 7707 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

2010–2014: Kejayaan awal sunting

 
Ketika menjayakan watak Bakar dalam Bunohan

Kerjaya Pekin mula meningkat selepas beliau ditawarkan untuk memegang peranan sebagai Musalman dalam filem seram komedi pecah panggung Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) arahan Mamat Khalid. Pada tahun 2012, beliau menjayakan peranan utama sebagai Bakar dalam Bunohan arahan Dain Said. Dalam filem ini, Pekin terpaksa bercakap dalam loghat Kelantan kerana ia bukanlah masalah besar baginya kerana beliau berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pada Jun tahun sama, beliau melancarkan buku biografi pertama yang mula ditulis pada 2009, Memoir Bukan Memoir terbitan Merpati Jingga yang berkisarkan tentang pengalamannya sebagai artis.[12] Bagaimanapun, tidak lama selepas buku ini dikeluarkan, buku tersebut dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan pada 12 Jun kerana dikatakan menyebarkan kandungan yang merosakkan akidah umat Islam.[13] Pekin yang pada mulanya terkejut dengan rampasan bukunya berkata,[13] salah faham yang timbul itu bagaimanapun sudah diselesaikan dan kandungan bukunya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri sebelum diterbitkan.[13][14]

Pekin kemudiannya terlibat dalam pementasan teater Tattoo Gestapo yang merupakan bentuk teater yang diimpikan selama ini.[15] Pekin memegang watak sebagai Mustafa, yang mengalami konflik bersama rakan sekerja dan akhirnya konflik itu berakhir dengan hukuman mati.[15] Pementasan kedua yang dilakonkan di bawah produksi Rumah Anak Teater selepas Ju&Meo yang berdasarkan adaptasi naskah karya William Shakespeare, Romeo dan Juliet dipentaskan pada 2011,[15] yang diarahkan dan dilakonkan bersama Mislina Mustaffa.[15] Di dalam Tattoo Gestapo, Pekin digandingkan dengan Benjy yang membuat kemunculan semula selepas ditahan selama dua tahun kerana terlibat dalam kes dadah.[15]

Pada tahun 2013, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh Mamat untuk membawakan peranan sebagai pelakon utama dalam filem komedi muzikal, Rock Oo!: Rimba Bara Kembali yang merupakan kesinambungan filem pertama, Pekin membawakan kembali watak Slash @ Wan Sulaiman. Beliau mengikat kontrak tiga filem bersama Metrowealth Pictures dan seterusnya muncul dengan filem pertama lakonnannya bersama syarikat itu, Cerita Kita arahan Pierre Andre lakonan bersama Yana Samsudin dan Fezrul Khan,[16] filem keduanya bersama Metrowealth ialah Paku Pontianak arahan Ismail "Bob" Hasim, lakonan bersama Uqasha Senrose yang melakonkan watak utama sebagai Melati,[17] diikuti oleh filem terakhirnya bersama Metrowealth, Lagenda Budak Hostel. Nama beliau terus meningkat dalam industri perfileman Malaysia apabila beliau melakonkan peranan dalam sebuah filem fiksyen sains Apokalips X yang juga arahan Mamat. Beliau kemudian membawakan peranan yang besar dalam filem Ophilia (2014) yang diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin sebagai salah satu daripada ahli-ahli dalam kumpulan skinhead.[18]

2015–kini: Kerjaya pengarahan dan kejayaan arus perdana sunting

Pada 15 Januari 2015, beliau melakonkan peranan utama sebagai Asyraf, seorang kontraktor binaan dalam filem dokumentari seram arahan Syafiq Yusof, Villa Nabila yang diinspirasikan oleh kisah benar tragedi banglo Villa Nabila di Johor pada November 2013.[19][20][21][22] Mencari kelainan daripada biasa, Pekin menggalas watak yang tidak pernah dilakonkannya sebelum ini iaitu menjadi perempuan, menerusi filem Coverina arahan Khalid Nadzri (adik kepada Ahmad Idham). Pekin membawa watak Kamelia, seorang gadis yang bersopan santun, tetapi sebenarnya gadis itu adalah lelaki yang bernama Kamal Ali.[23][24][25][26]

Pekin seterusnya ditawarkan oleh Syamsul Yusof untuk menjayakan peranan dalam Munafik sebagai Fazli. Filem ini ditayangkan pada 26 Februari 2016 dan merupakan satu kejayaan komersial, berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM 17.04 juta dalam masa 2 bulan.[27] Pekin telah mengambil langkah besar dalam portfolio kerjayanya apabila beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi arahan sulungnya Mat Moto yang memulakan tayangan perdana pada 14 Januari 2016.[28] Pada 22 September, beliau muncul dalam filem Volkswagen Kuning yang berdasarkan dari kisah benar.[29][30] 2016 merupakan tahun cemerlang untuk Pekin apabila filemnya berjaya membawa pulang tiga anugerah di Festival Filem Malaysia ke-28 termasuk Cerita Asal Terbaik, Pelakon Baru Terbaik untuk Falisha Crossley, dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui Pekin sendiri.[31] Selepas kemenangannya di Festival Filem Malaysia 2016, beliau berkata:

"Mat Moto amat bermakna bagi saya kerana ia dekat di hati saya dan ia merupakan arahan pertama saya. Saya tidak menyangka bahawa watak saya boleh menang walaupun ia sukar untuk menjayakannya, tetapi ia tidak begitu berat. Dari segi emosi, saya fikir terdapat watak-watak lain yang lebih berat di luar sana. Ini ialah kemenangan Festival Filem Malaysia pertama saya sejak berada di dalam industri ini selama lebih daripada 20 tahun. Ia juga pencalonan kedua saya dan pertama bagi saya adalah pada tahun 2012 untuk Festival Filem Malaysia ke-25 untuk filem Bunohan".[32]

Pekin kembali membawakan semula watak Slash Haji Tapah dalam kesinambungan ketiga dan terakhir filem Rock, Rock Bro! yang ditayangkan pada 27 Oktober.[33][34] Pada November 2016, Pekin bersama pelakon Idris Khan menubuhkan syarikat penerbitan Centro Pictures yang diasaskan dengan sokongan beberapa rakan kongsi lain,[35] syarikat itu menerbitkan filem sulung bertajuk KL Wangan.[35] Pekin dan Idris dilaporkan bakal menerbitkan filem kedua berjudul Anarki, pada pertengahan 2017.[35] Malah, Pekin juga memberitahu beliau akan menghasilkan kesinambungan filem Mat Moto.[35][36][37]

Pada Januari 2017, Pekin mengumumkan akan menerbitkan filem dokumentari petamanya yang bertajuk Madness of Borneo bagi mempromosikan keindahan negeri Sabah yang digelar "Negeri Di Bawah Bayu", yang mana beliau bekerjasama dengan Raja Mukhriz selaku pengarah.[38] Penggambaran filem ini dijalankan pada April, di mana krew KL Media House Production memulakan penggambaran.[39] Filem kedua arahannya, KL Wangan ditayangkan pada 21 Disember 2017 dengan skrip ditulis oleh beliau sendiri dengan barisan pelakon termasuk beliau sendiri, Faizal Hussein, Emily Lim dan Kazuto Soon. Bagi mempromosikan filem ini, beliau mengetuai sesi jelajah promosi bersama barisan pelakon di 20 lokasi menarik di seluruh negara.[40][41] Pekin memegang watak sebagai Jimmy, seorang peluncur lagenda dan salah seorang ahli peluncur Trio Malaya dalam filem Surf This Love: Gelora Juara arahan Wan Haafiz yang ditayangkan pada 22 Februari 2018.[42] Beliau kembali menjayakan watak Musalman dalam filem seram komedi arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah yang ditayangkan pada 9 Ogos 2018.[43] Selain itu, beliau juga bakal muncul dalam filem Manap Karaoke juga arahan Mamat yang akan diumumkan tarikh tayangan rasmi.

Pekin bekerjasama dengan Raja Ahmad Alauddin (Allahyarham) menerusi drama rantaian Tuan Puteri Saadong; memegang watak sebagai Sultan Abdullah. Untuk drama ini, beliau mendalami ilmu seni mempertahankan diri terutamanya silat yang sinonim dengan era kehidupan berlatar belakangkan tahun 1660-an.[44]

Pekin bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Johan As'ari, Riz Amin, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Beliau memegang watak sebagai Mus.[45] Beliau memegang watak sebagai Ali dalam filem pendek Tujuh Hari Di Bawah Matahari (2022) arahan Razaisyam Rashid, lakonan Nadhir Nasar.[46]

Beliau menggalas watak Cikgu Azman dalam filem Gemencheh Boys (asalnya bertajuk Adiwiraku 2) yang dijadualkan untuk tayangan pada Oktober 2023.[47] Untuk menjayakan watak lakonannya, beliau sanggup berulang-alik dari ibu negara ke Gemencheh, Negeri Sembilan selama dua bulan. Menurut Pekin, "Memang susah untuk menukar cara pertuturan, apatah lagi lidah saya sudah sebati dengan loghat Kelantan. Saya perlu membuat persediaan yang cukup untuk menghidupkan karakter Cikgu Azman".[48][49]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2013, Pekin dilaporkan bercinta dengan pelakon, Uqasha Senrose yang terkenal menerusi drama Tundukkan Playboy Itu. Mereka berdua merancang untuk berkahwin pada 2014, namun dibatalkan.[50] Uqasha memaklumkan yang hubungan mereka telah berakhir pada 3 Februari 2014 atas permintaan Pekin sendiri. Pekin mengakui hubungannya dengan Uqasha sudah tamat dan beliau mempunyai bukti bekas tunangnya itu menjalin hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.[51] Malah Pekin juga sudah berpesan kepada Sharnaaz agar menjaga Uqasha dengan baik sekiranya memang benar mereka berdua bercinta.[52][53][54][55]

Pada Oktober 2015, Pekin menafikan khabar angin mengatakan bahawa beliau telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman mikro Twitter. Beliau yang terkejut dengan berita palsu tersebut memberitahu tweet mengenai berita kematiannya tersebar luas sehinggakan ada yang memuat naik gambar untuk mengucapkan takziah.[56][57]

Pada Jun 2016, beliau dilaporkan bercinta dengan seorang model antarabangsa yang menetap di London.[58] Menurutnya, wanita itu sudah pun memeluk agama Islam baru-baru ini dengan menggunakan nama Iman.[58] Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkan hubungan istimewa berkenaan berikutan wanita itu terikat dengan beberapa kontrak kerja.[58][59][60][61]

Pada 24 Julai 2017, beliau mengalami kerugian lebih RM 100,000 selepas motosikal berkuasa tinggi BMW S1000 yang dipercayai telah dicuri. Motosikal miliknya disedari hilang di kawasan rumah rakannya di Seksyen 30, Shah Alam.[62][63]

Abang kandung beliau, yang hanya dikenali sebagai Abang Din meninggal dunia sewaktu mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, Arab Saudi pada 14 September 2018.[64]

Beliau berkahwin dengan pelakon Mona Allen pada 7 Disember 2018.[65][66][67] Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022, bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.[68][69] Pekin dan Mona menamakan anak sulung mereka sebagai Petra Pekin.[70][71][72]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Di Ambang Misteri Vic Filem pertama
2009 Cinta Terakhir Cat Farish
Skrip 7707 Young Burn
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah Musalman
2011 ...Dalam Botol Pemandu Teksi
Al-Hijab Pelakon filem seram Pelakon undangan
2012 Bunohan Bakar
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Jai Dewasa Pelakon undangan
Rock Oo! Slash / Wan Sulaiman
Cerita Kita Kamal
Paku Pontianak Adam
Lagenda Budak Hostel Aaron
Paku Hadi Pelakon undangan
Tokan Yusof
2014 Still Life Pengawal Keselamatan Galeri Filem pendek
Apokalips X Lipan
Ophilia Uji
2015 Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Rashid / Datuk Semerah Setongkol Jagung
Villa Nabila Asyraf
Coverina Kamal
Jejak Warriors Wan Hassan
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Tok Ki
2016 Mat Moto Al Juga sebagai pengarah dan penulis skrip
Munafik Fazil
Kampung Drift Acai
Lalu Filem pendek
Pagari Bulan Sebagai penerbit, filem pendek
Volkswagen Kuning Fuad
Rock Bro! Slash / Wan Sulaiman
Juvana 3: Perhitungan Terakhir Tok Ki Pelakon undangan
Desolasi Zahid
2017 Lebuhraya Ke Neraka Pembantu Perubatan
KL Wangan Ejay Sebagai pengarah, penerbit dan penulis skrip
2018 Surf This Love: Gelora Juara Jimmy John
Hantu Kak Limah Musalman
7ujuh Mus
2019 Suatu Ketika Cikgu Sulaiman
2020 Rock 4: Rockers Never Dai Slash
Manap Karaoke Rauf Bogiba
2021 Salina Rizal
Belaban Hidup: Infeksi Zombie SWAT Penampilan kameo
2022 Gila Gusti Jiggy
Tujuh Hari Di Bawah Matahari Ali Filem pendek
Juang Hospital Kakitangan
2023 Maryam Pagi Ke Malam
Imaginur Haikal
Cerana Biduk Bu Merah Imran
Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys Cikgu Azman
Belang: The Silent Tiger Fahmi
2024 Janna Endoro Mat Dat
SyurgaKu Rakan Sepejabat Sebagai pengarah, filem pendek
Padang Kertas Pos-produksi
TBA Masterpicisan Sebagai penerbit, pos-produksi
Mat Moto 2 Al Sebagai pengarah dan penulis skrip, pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Cinta Tsunami TV3 Drama pertama
Kisah Benar (Musim 23) Rahman Episod: "Terleka"
2006 Janji Diana Sam TV2
2008 Antologi Cinta Buat Rania TV1
2009 Nenek Kebaya Hazami TV3
2010 Pintu Taubat Astro Oasis Episod: "Ragutan Maut"
2012 Ride Pekin TV9
2013 Tanah Kubur (Musim 8) Husin Astro Oasis Episod: "Dosa Susu"
2014 Kalau Itu Jodoh Kita TV AlHijrah
Seludup Amran Astro Prima
Kifarah (Musim 1) Hisyam TV3 Episod: "Bisikan Qarin"
Kifarah (Musim 2) Episod: "Kelentong"
Bercakap Dengan Jin Tarmizi Astro Mustika HD
2015 Kifarah Mistik TV3 Episod: "Gelandangan"
2021 Kampong Pisang Bersiri-siri Imam Ahmad Astro Citra Episod: "Hutan dan Penunggunya"
Keluarga Untuk Disewa Din TV9

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak Ruj.
2012 Tattoo Gestapo Mustafa [15]
2014 Lembu & Mat Derih Kola Perlih Solleh
2017 Cinta Pertama The Musical
Dendam Laksamana

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Pendekar: The Movie Iskandar VCD Telefilem pertama
Momok 2 Ali
2003 Maximum Pekin TV3
2004 Zon 606 Pitt VCD
2005 Ombak Laut China Selatan Astro Ria Pelakon pembantu, dikreditkan sebagai Pekin
2006 Gadis Melayu Wan Deraman TV3
2012 Kampung Semarah Padi Sudin TV1
2013 Tarbiah Toyib Astro Oasis
Mengejar Neraka Fahkri TV2
Cerita Sebenar Mengenai Bibah Hazril TV9
2014 Abu Fauzi TV2
Saya Sabar Sabar TV AlHijrah
Hitam Puteh TV3
Bejat Hamzah TV2
Balqis Yamin TV3
Migrasi TV9
2015 Hujan Pagi Idrus Astro Prima
Adelia Faris TV2
Misteri Ubi Kayu
2016 Fatin TV3
Batas Izad TV2
Karya 12: Wau Kasih Sani Astro Citra
2017 Bayangan Emilia Rizal Astro Ria Juga sebagai pengarah dan penulis skrip
Karya 12 Vol 2: Semerah Darah Khairul Astro Citra
2018 Perahu Kecil Jamil TV1
Manikam Hati TV9
2019 Abang! Adik Patah Balik TV2
Hassan Turbo Hassan Turbo TV3
2020 Jihad Ramadan Hasan
Sunah Terakhir Nordin TV2
Tuan Petri Saadong Raja Abdullah Astro Citra
B.O.B (Bukan Orang Buta) Wahid Awesome TV
2021 Mr Drift Ady Astro Citra
2022 Yang Soleh TV2 Sebagai pengarah
Jodoh Buat Mia Helmi TV Okey

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan
2017
"KL Wangan"
Altimet dan Faizal Hussein

Bibliografi sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2012 Men of the Year Filem Menang
Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Lelaki Terbaik Bunohan Tercalon
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Terbaik (Drama) Balqis Tercalon
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Mat Moto Menang
Pengarah Harapan Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Cerita Asal Terbaik Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon

Catatan sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir sama dengan Hannah Tan. Pekin turut berkongsi tarikh lahir dengan Tiz Zaqyah yang 8 tahun lebih muda daripadanya.

Rujukan sunting

  1. ^ Amirul Haswendy Hassan (17 Julai 2016). "Pekin kini penerbit". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-30. Dicapai pada 5 April 2017.
  2. ^ Marina Shabudin (4 November 2014). "Pekin Ibrahim tawan pawagam". Sinar Harian. Dicapai pada 5 November 2014.
  3. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (11 Januari 2015). "Demi Villa Nabila, Pekin, Tisha gagahkan diri". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2015.
  4. ^ Pekin menangis kerana Jejak Warriors Sinar Harian (4 September 2015). Diperoleh pada 4 September 2015.
  5. ^ "Pekin Ibrahim: Bukan kerana duit". Sinar Harian. 11 Disember 2016. Dicapai pada 5 April 2017.
  6. ^ Noor Ainulyakin Ishak (5 Disember 2015). "Mat Moto percubaan pertama Pekin Ibrahim". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2016.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (23 Februari 2013). "Pekin tunggu reaksi bersama grup Sevenwords". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 3 April 2013.
  8. ^ Abdul Aziz Itar (29 Oktober 2011). "Ahli sufi inspirasi lagu Pekin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 3 April 2013.
  9. ^ a b c d e f g h i Amirah Amaly Syafaat (13 November 2016). "Dunia fantasi Pekin Ibrahim". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 13 November 2016.
  10. ^ "Pekin Dedah Rahsia Dibuang Sekolah". Cinema. 28 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-07. Dicapai pada 26 September 2016.
  11. ^ Nursyazwani Saiful Sham (8 Disember 2017). "Fattah Amin, Tomok dan Pekin Ibrahim bergelar mahasiswa?". Astro Awani. Dicapai pada 23 Mac 2018.
  12. ^ "Pekin Lancar Buku MEMOIR BUKAN MEMOIR". Sensasi Selebriti. 19 Jun 2012. Dicapai pada 5 April 2014.
  13. ^ a b c Wahiduzzaman (24 Jun 2012). "Pekin Ibrahim Terkejut Buku Tulisannya Dirampas Jais". MSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 5 April 2014.
  14. ^ Nizha Periaswamy (9 Julai 2012). "Pekin kongsi kisah hidup". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-17. Dicapai pada 5 April 2014.
  15. ^ a b c d e f "Tattoo Gestapo Teater Saya Impikan Selama Ini – Pekin Ibrahim". Sensasi Selebriti. 13 November 2012. Dicapai pada 5 April 2014.
  16. ^ "CERITA KITA BUKAN FILEM KLISE, PUNYAI KEKUATAN SENDIRI". WordPress. Metrowealth. 7 Mac 2013. Dicapai pada 3 Januari 2015.
  17. ^ Mustaza, Nurezzatul Aqmar (24 Ogos 2013). "Debaran Paku Pontianak". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Januari 2015.
  18. ^ "Ophilia (2014)". imdb. 28 September 2016. Dicapai pada 26 September 2016.
  19. ^ Akmaliah Razak (13 Januari 2015). "Villa Nabila rungkai misteri sebenar". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  20. ^ "KISAH SERAM 'VILLA NABILA' KINI DI LAYAR LEBAR". Media Hiburan. 13 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-04. Dicapai pada 3 April 2015.
  21. ^ Rudy Imran Shamsuddin (30 November 2014). "Villa Nabila penuh mistik". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-04. Dicapai pada 3 April 2015.
  22. ^ Raizatul Hanum A. Rajak (10 Januari 2015). "Villa Nabila: Dari kisah sebenar ke layar perak". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  23. ^ Zaidi Mohamad (16 Februari 2015). "Pekin Ibrahim berlakon jadi wanita". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  24. ^ Budiey (28 Januari 2015). "Pekin Undang Kontroversi Jadi Wanita Dalam Filem COVERINA". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 April 2015.
  25. ^ Farhana Ab Rahman (3 Mac 2015). "Jadi 'wanita', Pekin minta maaf pada ibu". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  26. ^ Ifqdar Rahman (24 Februari 2015). "Selindung di sebalik Coverina". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-21. Dicapai pada 3 April 2015.
  27. ^ Mohd Tahir, Sudirman (14 April 2016). "Munafik paling laris". Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2016.
  28. ^ Angelin Yeoh (28 Januari 2016). "Pekin Ibrahim is making bank with Mat Moto". Star2. Dicapai pada 16 April 2016.
  29. ^ Abdul Rahman, Shakilawati (3 Mei 2015). "Pekin dalami ilmu sutradara". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  30. ^ Kemalia Othman (1 Oktober 2016). "Volkswagen Kuning rungkai kisah misteri popular". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-06. Dicapai pada 5 April 2017.
  31. ^ "Pekin Ibrahim is Grateful To The Late Azwan Annuar". Cinema. 28 September 2016. Dicapai pada 26 September 2016.
  32. ^ "Pekin Ibrahim Rangkul Dua Anugerah Di Festival Filem Malaysia Ke-28". Universiti Utara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-05. Dicapai pada 3 April 2017.
  33. ^ "Pekin Ibrahim Menangis Kerana 'Rock Bro'". Utara News. 28 Oktober 2016. Dicapai pada 3 Januari 2017.
  34. ^ "Pekin Ibrahim sebak 'Rock Bro' imbau perjuangan dalam industri". Perak Today. 23 Oktober 2016. Dicapai pada 5 April 2017.
  35. ^ a b c d Zaidi Mohamad (1 November 2016). "Idris, Pekin kongsi syarikat terbitkan filem". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2016.
  36. ^ Feride Hikmet Atak (28 Februari 2017). "Pekin utama kebajikan pekerja di set KL Wangan". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2017.
  37. ^ Ashraf Nasser (18 Julai 2016). "Pekin Ibrahim bakal arah filem kedua "KL Wangan"". Cinema.com.my. Dicapai pada 3 April 2017.
  38. ^ Farhana Ab Rahman (1 Jun 2016). "Pekin teruja tunggu 'anak sulung'". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2017.
  39. ^ "'Madness of Borneo' to promote Sabah's beauty". Fandango. 1 April 2017. Dicapai pada 3 April 2017.
  40. ^ Wawann Mohd (2 Januari 2018). "Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  41. ^ "KL Wangan sarat aksi mendebarkan". Kosmo! Online. 17 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-22. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  42. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2018). "Peluncuran terumbang-ambing dalam Surf This Love: Gelora Juara". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-06. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  43. ^ Mungkin Hantu Kak Limah terakhir Diarkibkan 2018-08-08 di Wayback Machine Kosmo! (8 Julai 2018). Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  44. ^ Nurul Fadila Awaludin (27 Ogos 2018). "Lagenda klasik dalam Tuan Puteri Saadong". Kosmo!. Dicapai pada 15 September 2018.
  45. ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
  46. ^ Farol Hadi (22 April 2022). "'7 Hari Di Bawah Matahari' angkat kisah perjuangan pasca Covid-19, selit mesej erti kehidupan berdepan endemik". mStar Online. Dicapai pada 21 September 2022.
  47. ^ Arif Zikri (10 September 2023). "Malaysian film 'Gemencheh Boys' highlights journey of six Felda students to the national cricket stage (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 21 September 2023.
  48. ^ Zaidi Mohamad (10 Jun 2019). "Pekin belajar loghat 'Nogori' demi Cikgu Azman". Berita Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  49. ^ Zaidi Mohamad (31 Mei 2019). "Watak guru sukan dalam Adiwiraku 2 milik Pekin". Berita Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  50. ^ Pekin, Uqasha tak jadi kahwin? Sinar Harian. 16 Februari 2014.
  51. ^ Roni Hidayat Riduwan (24 Oktober 2013) Saya ada bukti Uqasha curang - Pekin Kosmo!. Diperoleh pada 12 Februari 2017.
  52. ^ Pekin Ibrahim Masih Sayangkan Uqasha Senrose Mohd Al Qayum Azizi. mStar Online. 26 Mei 2014.
  53. ^ "Pekin Ibrahim Malas Bercakap Tentang Uqasha Senrose, Sibuk Bekerja". Rotikaya. 8 Jun 2014. Dicapai pada 6 April 2017.
  54. ^ "Pekin Ibrahim: Saya Ada Bukti Uqasha Senrose Curang". Rotikaya. 24 Oktober 2013. Dicapai pada 6 April 2017.
  55. ^ "Pekin Ibrahim nekad putus tunang dengan Uqasha Senrose". Berita Sini. 24 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 6 April 2017.
  56. ^ "Berita Pekin Ibrahim meninggal dunia palsu". Sinar Harian. 9 Oktober 2015. Dicapai pada 10 Oktober 2015.
  57. ^ Kemalia Othman (9 Oktober 2015). "Pekin Ibrahim terkejut berita sudah meninggal dunia". Rotikaya. Dicapai pada 2017-04-05.
  58. ^ a b c Kemalia Othman (29 Julai 2016). "Pekin Ibrahim Sahkan Bercinta Dengan Model Antarabangsa". mSTAR Online. Dicapai pada 2017-04-05.
  59. ^ "Pekin Ibrahim Sedia Kahwin Model Antarabangsa Tetapi Tak Mahu Bersanding". Astro Gempak. 12 Januari 2017. Dicapai pada 2017-04-05.
  60. ^ Ifqdar Rahman (12 Januari 2017). "Pekin Ibrahim enggan bersanding, rahsia tarikh nikah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-04-05.
  61. ^ "Pekin Ibrahim kini serius bercinta dengan Model cantik di London". Utara News. 30 Julai 2016. Dicapai pada 2017-04-05.
  62. ^ Nur Asyikin Mayudin (2 Ogos 2017). "Malang Nasib Mu Pekin, Motosikal BMW Dikebas Orang". mSTAR Online. Dicapai pada 30 September 2017.
  63. ^ "Superbike BMW Pekin Ibrahim Kena Curi!". MyNewsHub. 2 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-01. Dicapai pada 30 September 2017.
  64. ^ "Abang pelakon, Pekin Ibrahim meninggal dunia". Kosmo!. 14 September 2018. Dicapai pada 15 September 2018.
  65. ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen selamat nikah". Sinar Harian. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  66. ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen sudah bernikah". Astro Awani. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  67. ^ Najiy Jefri (7 Disember 2018). Tahniah Pekin dan Mona... Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  68. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (31 Ogos 2022). "Mona, Pekin sambut 'bayi merdeka'". Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2022.
  69. ^ Fatin Farhana Ariffin (17 Mac 2023). "Zaman fikir 'perempuan' sudah berakhir - Pekin". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  70. ^ Sairul Zamri Misrani (4 September 2022). "Anugerah terindah, Petra Pekin jadi pilihan". Kosmo!. Dicapai pada 5 September 2022.
  71. ^ Azma ML (2 September 2022). ""Dia Pekin sebenar." – Pilih nama Petra Pekin buat anak sulung, Mona Allen kongsi momen bersalin". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 12 September 2022.
  72. ^ ""Anugerah Terindah," - Petra Pekin Nama Anak Sulung Pekin Ibrahim & Mona Allen". Media Hiburan. 3 September 2022. Dicapai pada 12 September 2022.

Pautan luar sunting